Monday, 17 November 2014
Hanya Ada Di Jepun Pertandingan Yang Memalukan Dan Gila
Zaman dahulu ada sebuah pertandingan unik di Jepun yang bernama He-Gassen (Perang Kentut). Festival ini merupakan sebuah tardisi orang-orang Jepun zaman dulu yang melepaskan kentut dimana saja mereka mahu. Mereka kentut ke arah orang lain, ke batang pokok, ke kuda, ke kucing, dan benda-benda malang yang lain.
Donald Richie yang dikenali sebagai pengkritik filem Jepun pernah menulis "Walaupun kentut jelas bukanlah fenomena yang perlu diperhatikan secara khusus di Jepun, sikap orang Jepun terhadapnya, saya fikir, unik"
Menurut Donald Richie, di Jepun ada lipatan sejarah yang dikenali sebagai "He-Gassen" dan menggambarkan "pertandingan kentut". Gambar dibawah yang dikutip dari laman web Universiti Waseda yang mempunyai lukisan "He-Gassen" tersebut.
Menurut maklumat dari Universiti Waseda, lukisan "He-Gassen" di atas dibuat pada tahun 1846, akhir zaman Edo (1603-1868) di Jepun. Lukisan yang menggambarkan orang-orang yang bertempur dengan kentut ini mempunyai daya tarikan yang sangat misteri sebagai karya seni, sehingga membuat kita yang melihatnya pasti bertanya-tanya.
Beberapa tahun yang lalu, pertandingan kentut pernah diadakan dalam sebuah acara komedi di TV Jepun. Dalam pertandingan tersebut, orang yang kentutnya paling kuat akan menjadi juara (tidak berkaitan dengan bau dan lamanya kentut). lihat video di bawah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment