Showing posts with label Aktif. Show all posts
Showing posts with label Aktif. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif


Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.

Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.






"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.

"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1, hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

"Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya.




Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

"Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Kahwin Tak Sekat Mon Ryanti Aktif Berlakon


Mon Ryanti dan suami Mohd Hasrul selamat diijabkabulkan pada malam Sabtu lalu.

Pelakon baharu dan penyampai radio Ultra.FM, Mon Ryanti menganggap keputusannya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hasrul Ali, 26 ketika sedang bertatih mencipta nama bukan satu penghalang untuk dirinya terus aktif dalam dunia seni.

Mon Ryanti atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, berkata, dia sentiasa percaya kepada bakat yang ada dan status perkahwinan bukanlah kayu pengukur seorang selebriti meraih populariti.






"Lepas kahwin saya saya akan terus aktif sebagai pelakon dan saya tidak menyesal berkahwin awal sebelum mencipa nama dalam industri.

"Saya hanya mengikut apa yang Allah sudah tentukan, saya pasti ada rezeki dalam bidang lakonan biarpun sudah berkahwin," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Mon Ryanti sah menjadi isteri kepada Mohd Hasrul Ali pada malam Sabtu lalu dengan sekali lafaz.


Pasangan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar Datuk Mahat Mohd Said di Dewan Sangkar Kristal, Driving Range Golf Club, Jalan Pelangi, di Johor Bahru.

Mon Ryanti menerima mas kahwin sebanyak RM515.15 dan hantaran RM20,000.

Sementara itu, Mon Ryanti berkata, sebagai isteri dia tahu batasan apabila berlakon dengan lelaki lain dan menjaga maruah suaminya.




"Sudah tentu ada bezanya bila sudah bergelar isteri orang, saya tahu batasannya bila berlakon dengan lelaki lain dan utamakan maruah suami dan keluarga dahulu.

"Tapi kebiasaanya apa yang dilakonkan di drama adalah teknik kemera bukan berlakon betul-betul," katanya.

Tambahnya, dia bersyukur suaminya sangat memahami dan tidak pernah menghalang minatnya untuk terus berlakon.

Dalam perkembangan lain, Mon Ryanti baharu sahaja keluar dengan filem terbaharu berjudul Jin bersama pelakon Zul Ariffin di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Ogos lalu.

View the original article here