Showing posts with label Allahyarham. Show all posts
Showing posts with label Allahyarham. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

CERITA !! Kisah Hidup Yang Menyayat Hati Seorang Pelakon Allahyarham Ahmad Nisfu..




Siapa tidak kenal gelagat kawan-kawan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Namun apa yg ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Allahyarham Ahmad Nisfu. Siapa yg tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yg berbakat. Banyak sahaja tagline yg digunapakai sehingga hari ini antaranya :



“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”






Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yg ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yg tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yg sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yg dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.



Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.



Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.



Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.



Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.



Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)



Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo





Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.



Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!



Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.



Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.



Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.



Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Nisfu..





 

View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Anak Tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini Selamat Bertunang



Anak tunggal kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor gigi iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi ,28.

Perkara ini disahkan sendiri oleh ayahnya, Ali Bakar, 60.

Menurut Ali Bakar, dia berasa bersyukur kerana anaknya itu telah bertemu dengan pilihan hati dan mendoakan yang terbaik buat mereka.






“Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan)… Saya bersyukur kerana Aliff sudah bertemu dengan wanita pilihannya.

“Maaf, saya tidak dapat bercakap panjang kerana ia adalah atas permintaan Aliff sendiri… Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.” Katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Majlis pertunangan itu berlansung secara sederhana pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.

Ibu tiri Aliff, Zalinda Haron telah menyarungkan cincin ke jari Nur Athirah.

Terdahulu, pasangan ini mula berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.

Tahniah diucapkan kepada Aliff Omar.



View the original article here

Anak Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Nikah Oktober Ini



Anak kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Sharifah Nur Athirah Syed Azmi pada Oktober depan.

Sumber memberitahu majlis perkahwinan mereka akan diadakan ada minggu pertama bulan Oktober.






Selain itu, sumber yang rapat dengan keluarga allahyarham Sharifah Aini juga menyifatkan Nur Athirah adalah seorang gadis yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.



Ibu tiri Aliff, Zalinda Haron (kanan) bersama Nur Athirah.

Dalam pada itu, Aliff kini sudah pulang ke Madinah untuk menyambung pelajarannya sebelum pulang pada September ini untuk membuat persiapan perkahwinannya.

Terdahulu, Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan bersama Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, yang juga merupakan seorang doktor gigi pada 23 Ogos lalu di Shah Alam.

Pasangan ini mula berkenalan kira-kira dua tahun yang lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam sebuah majlis.



View the original article here

Monday, 1 September 2014

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak | Menerusi portal berita Awani hari ini melaporkan pusara allahyarham P Ramlee rosak teruk akibat sebatang pokok besar yang tumbang mengenai ke atas pusaranya.

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

Turut musnah adalah pusara Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham A.R Tompel.

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

Selain itu, 135 pusara lain di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang turut mengalami kerosakan teruk.


Di laporkan, puluhan kubur terbenam ke dalam tanah manakala pokok-pokok yang tumbang masih tidak dialihkan berikutan saiznya yang terlalu besar dan berat.



Sehubungan itu, satu kutipan dana diadakan bagi membaikpulih pusara kesemua seniman dan seniwati yang terjejas akan dilakukan sebagai tanda penghormatan kerana telah banyak berjasa.


sumber
http://www.astroawani.com/photos/album/pusara-p-ramlee-malay-247/pusara-p-ramlee-malay-5-2052


View the original article here