Showing posts with label HIDUP. Show all posts
Showing posts with label HIDUP. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Nenek 70 Tahun Hidup Merempat Mencari Sesuap Nasi


Selama 20 tahun, Nenek Nasih tinggal di kawasan perkuburan Cina di kawasan Jakarta Timur,  dengan rumah ala kadar yang tidak layak di Huni. Seharian Nenek Nasih mencari bunga Kemboja dan plastik sampah.

Dengan umurnya yang sudah 70 Tahun, Nenek Nasih memanjat pohon Kemboja di sekitar kawasan perkuburan Cina di kawasan Jakarta Timur, untuk mengambil bunganya dan dijual pada harga Rp. 80.000 / kilo.

Selama 2 minggu, Nenek Nasih dapat mengumpulkan bunga Kemboja yang dicarinya di area sekitar perkuburan Cina, Jakarta Timur, sebanyak 1 kilogram. Nenek Nasih menjualnya dengan harga Rp.80.000 / kilo ..

Walau sudah berumur 70 Tahun, nenek Nasih masih bersemangat untuk memanjat pohon Kemboja dan mencari sampah plastik untuk dijual dengan harga yang tidak setanding dengan perjuangannya.





View the original article here

Saturday, 15 November 2014

Kisah Lelaki Yang Hidup Merempat Kini Jadi Jutawan


ketika anda mengalami masa paling buruk dalam hidup anda, Adakah anda masih ingat siapakah yang membantu anda? Yang membuat anda boleh menjadi sehebat sekarang.

Ini adalah sebuah kisah yang patut dicontohi oleh generasi muda masa kini. Keadaan kehidupan kita hari ini, jangan lupa pada mereka yang pernah membantu anda atau mereka yang ada di sebalik kejayaan dan keselesaan anda.

21 tahun lalu di tahun 1993, seorang pemuda 17 tahun bernama He Rongfeng adalah gelandangan yang tidak mempunyai rumah dan wang. Beliau bersama dua orang rakannya ditampung hidup oleh seorang wanita penjual mie bernama Dai Xingfen.

Setelah diberi makan selama beberapa waktu, wanita itu memberi mereka wang untuk menaiki kereta api dan mengejar mimpi mereka menjadi orang berjaya. Setelah bertahun-tahun berlalu dan mereka tidak pernah bertemu lagi.

Kini He Rongfeng sudah menjadi jutawan berjaya, yang dahulunya beliau seorang gelandangan. Kini beliau mencari kembali di mana wanita penjual mie yang dahulu menolongnya. Setelah sekian lama pencarian, He akhirnya menemui Dai Xingfen yang masa ini sudah berusia 66 tahun.

He Rongfeng memberinya wang satu juta yuan, kerana tanpa Dai, beliau tidak tahu bagaimana nasibnya waktu itu. "Kami dalam keadaan terhimpit dan tidak mempunyai jalan keluar, entah apa jadinya kalau tidak bertemu beliau," ujar He Rongfeng.

He mengatakan bahawa beliau masih ingat akan satu pekara yang dikatakan Dai Xingfen, "Tidak mengapa jika tidak mempunyai banyak wang, yang penting jadi orang yang baik, aku selalu ingat itu. Rasa terima kasihku pada Dai XIngfen setinggi gunung," ujarnya penuh respek .

Namun memang pada dasarnya Dai Xingfen hidup dengan mudah, ia mengatakan bahawa dirinya tak boleh menerima wang itu. "Aku tak boleh menerimanya kerana aku menolongnya bukan untuk itu. Tapi, rasa terima kasih itu sudah menyentuh hatiku," kata Xingfen seperti disampaikan Dailystar.
Tolong menolong dan tahu balas budi adalah kebaikan yang diajarkan nenek moyang kita.

Semoga kisah di atas memberi inspirasi kepada kita untuk menolong dengan tulus dan tetap menjadi orang yang sederhana meskipun sudah berada di atas.

View the original article here

Thursday, 6 November 2014

GEMPAR!!! Lelaki baharu dalam hidup Erra baharu dalam hidup Erra



Erra Fazira bukan baru semalam melangkahkan kaki dan duduk selesa di dalam dunia seni. Sudah lebih 10 tahun beliau di sini, dan selain kisah kariernya yg selalu diberitakan, sensasi sebuah kehidupan anak wayang sepertinya sering menjadi ‘makanan’ umum.

Terkini, dalam sebuah kolum gosip akhbar hujung minggu, wanita tinggi lampai itu dikaitkan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki yg tergolong dalam kelas sosialit. Golongan sosialit lazimnya seseorang yang bergaul rapat dengan orang-orang ternama.

Kosmo! yg menghubungi Erra untuk mendapatkan pengesahan daripadanya dilayan dengan cukup baik.

Hanya tegas Erra, pada usianya 40 tahun, memegang status ibu tunggal dan sudah lama dihenyak dengan pelbagai gosip peribadi sejak dahulu lagi, beliau berharap agar diberi ruang untuk menjalani kehidupan sendiri tanpa gosip seumpama itu lagi.

Akuinya yg sempat digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang artis muda lelaki antaranya Amar Baharin dan Shahir, selepas bercerai dengan Engku Emran awal tahun ini, beliau sudah letih untuk melayan kerenah gosip yang tidak berkesudahan.

Kosmo!: Erra Fazira, maaf mengganggu. Saya hubungi anda untuk bertanya tentang gosip yg mendakwa anda kini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam kalangan sosialit. Apakah benar dakwaan tersebut?

Erra: Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yg baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.

Adakah anda membuat pengakuan sedang rapat dengan seseorang, tetapi bukan daripada golongan sosialit hanya untuk mematikan gosip itu?

Saya tidak kisah untuk mengakui status hati saya jika tujuannya adalah untuk menutup semua cerita tidak benar yang pernah dipalitkan kepada saya sebelum ini. Saya mengakuinya bukan untuk publisiti tetapi jika saya tidak bercakap jujur pada hari ini, esok lusa akan muncul lagi pihak-pihak tertentu yang mengaitkan nama saya dengan kisah yg tidak benar. Walaupun mengakui status saya sebagai seorang wanita bergelar janda bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas lebih-lebih lagi saya terlibat dalam industri hiburan, tetapi saya bukan seorang yang jenis mudah dan rela hati untuk dikaitkan dengan mana-mana orang daripada golongan atasan.

Jika tidak keberatan, boleh anda kongsikan siapakah lelaki bertuah itu dan bagaimana peringkat perhubungan kalian setakat ini?

Maaf jika saya katakan, saya tidak boleh kongsikan siapakah dia. Cukuplah sekadar saya ceritakan bahawa dia seorang lelaki biasa. Lagi pula, kami baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain. Bercakap soal peringkat perhubungan pula, saya rasa tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut. Pada usia saya yg semakin meningkat kini, saya rasa saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya selesa bersama. Itu hak dalam hidup seseorang.

Setelah memegang status ibu tunggal buat kali kedua dan pada usia sudah mencecah 40 tahun, sejujurnya apakah perasaan anda apabila sering dikaitkan dengan cerita gosip bercinta dengan lelaki muda?

Komen saya, perkara seperti digosipkan bercinta dengan mana-mana lelaki sudah seperti tidak kena dengan diri saya. Semacam sudah tidak relevan kiranya saya dikaitkan dengan gosip seperti itu. Bukan apa, usia saya sudah cukup matang dengan perkara-perkara sebegini. Sejak awal membabitkan diri dalam bidang seni, saya sudah cukup muak bergelumang dengan cerita-cerita gosip yg tidak betul ketika zaman remaja dahulu. Umur saya sekarang sudah tidak sesuai rasanya untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah ‘penat’ dan muak dengan semua gosip seperti itu. Buat masa sekarang, apa yang ada dalam jiwa saya ialah lebih mengutamakan kerjaya berbanding kisah peribadi. Saya mahu kisah kerjaya lebih membangun jika dibandingkan dengan sisi peribadi. Kalau boleh, saya mahu tolak ke tepi semua kata-kata yang tidak benar mengenai diri saya. Kerjaya lebih penting.

Baiklah. Sekarang berbalik kepada soal kerjaya Erra. Apa perkembangan terbaharu anda sekarang?

Alhamdulillah saya sekarang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian bersama gandingan pelakon Awie. Namun pada masa yg sama, jadual merencanakan program Primadona masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan memulakan raptai sebuah teater berjudul Tiga Ratu pada bulan Disember depan. Dalam teater itu, saya bergandingan dengan pelakon dan penyanyi Soo Wincci dan juga seorang pelakon wanita dari negara jiran, Indonesia.







 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

PERHH!!! Doktor Temui Labah-Labah Hidup Dalam Telinga Penyanyi Katie Melua..




Sebelum ni banyak cerita atau kejadian serangga memasuki rongga badan didengari seperti lintah dihidung, serangga di telinga dan banyak lagi. Dan kini kejadian seumpama ini berlaku lagi dimana Labah-labah memasuki telinga seroang artis British iaitu Katie Melua dan tinggal didalam telinganya selama seminggu.



Katie Melua berkata, dia telah sering diganggu oleh bunyi gemerisik di telinganya dan kemudiannya dia pergi berjumpa doktor. Doktor telah menggunakan pembersih mikro vakum untuk menyedut dan mengeluarkan makhluk itu daripada telinga artis Bristish tersebut. Penyanyi Georgia-British berusia 30 tahun percaya labah-labah yg dikenal pasti sebagai keluarga Salticidae memasuki telinganya melalu headphone yg dipakainya. 



"Selalunya saya menggunakan headphone di telinga untuk menghalang bunyi semasa penerbangan. Kemudian mungkin satu labah-labah kecil yg ada disitu telah merangkak ke dalam telinga saya dan tinggal di sana selama seminggu" kata Katie Melua. 








"Walaupun imej yg dipaparkan dimonitor melalui kamera doktor yg memasuki telinga saya kelihatan menakutkan, namun apabila dia membawanya keluar labah-labah itu cukup kecil, dan labah-labah itu masih hidup selepas dikeluarkan" tambah beliau, menghantar gambar labah-labah dalam bekas plastik. 



Jurucakap Katie Melua, yang dikenali dengan lagu hitsnya seperti Nine Million Bicycles dan The Closest Thing To Crazy, menyatakan kepada Daily Mail: "Pakar telinga mengatakan bahawa dia tidak pernah di sepanjang kerjayanya membawa keluar serangga hidup sebelum ini. Kebanyakkannya mati. Semasa labah-labah itu dibawa keluar, ianya cukup kecil. Katie menyimpan labah-labah tersebut di dalam tabung uji dan melepaskannya di kebun halam rumahnya. Selain daripada berjalan dan mengeluarkan bunyi di telinga Katie, labah-labah itu tidak mengganggu sistem dalam telinga Katie sepanjang seminggu ia tinggal di sana. Katie juga berasa lega ianya selamat kerana dia berasa bimbang dia akan kehilangan pendengarannya."





 

View the original article here

Sunday, 26 October 2014

KISAH BENAR SEDIH.. Kisah Gadis 13 Tahun Bertahan Hidup Selama 3 Hari Di Celah Runtuhan Sebelum Meninggal Dunia...






Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis , yg menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yg berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia .



Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yg tinggal di Armero , sebuah bandar kecil yg berpenduduk sekitar 31.000 orang.



Pada tarikh 13 November 1985 , bandar Armero yg kecil dan tenang , digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz . Saat meletus , gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat , yg meruntuhkan ribuan bangunan di Armero , dengan muntahan lahar panas , yg mengalir ke kaki gunung , membakar habis kawasan yg ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yg berada di kaki gunung Nevado Del ruiz.



Malam saat bencana terjadi , Omayra yg tinggal bersama keluarganya , dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air . Omayra berhenti untuk menolongnya . Malang bagi gadis ini , setelah menolong neneknya , kakinya tersepit runtuhan bangunan , sehingga tidak boleh bergerak keluar .



Pasukan penyelamat yg datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih sisa runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa sisa runtuhan semakin menghimpit Omayra , keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yg membawa peralatan yg boleh mengangkat sisa runtuhan yg menghimpitt Omayra .



Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra , selama itu , siang dan malam , orang - orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi , dan membantunya mengatasi ketakutan .



Pada hari ketiga , masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher , Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang - orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat .



Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya , dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari - hari .



Televisyen yg datang untuk membuat liputan gempa , juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra , ke seluruh dunia . Gambar yg anda saksikan diambil sebelum ia meninggal , dan disiarkan tidak lama setelah ia meninggal . Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya , Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya.










 


View the original article here

PILU!!! Anjing Kelaparan Diselamatkan, Makan Batu Dan Daun Untuk Terus Hidup



Seekor anjing berada di dalam keadaan yg tersangat lapar telah diselamatkan oleh pusat kawalan haiwan di New Orleans. Anjing yg seberat 19kg ketika dijumpai itu dikatakan sedang berkeliaran di jalan-jalan di New Orleans ketika diselamatkan.



Setelah diselamatkan, anjing tersebut di X-Ray dan doktor terkejut kerana mendapati di dalam perutnya hanya ada beberapa ranting pokok(bersama daun) yg telah dikunyah dan juga beberapa ketul batu. Mereka mempercayai objek tersebut dimakan oleh Anjing yg diberi nama Alex itu untuk terus hidup.





'Dia masih lagi berkelakuan baik dan manis dan pemaaf, walaupun telah mengalami kesengsaraan yg dialaminya selama ini", kata Deanna Theanna, penolong pengarah Southern Animal Foundation.




Objek di dalam perut Alex telah dikeluarkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan perutnya tercedera.





Alex akan dilepaskan kepada tuannya yg baru setelah dia disahkan sihat dan berat badannya stabil






 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

ARTIS!!! Lana Nordin Tak Rela Hidup Bermadu


Terserah apapun yg mahu ditafsirkan anda berhubung konsep fotografi yg menghiasi muka depan RAP Syok Sabtu! dengan menampilkan pelakon cantik lagi seksi dan sensasi, Lana Nodin, bersama lelehan burger.

Klise dan jemu barangkali agaknya Lana, apabila sering dilabel Pamela Anderson Malaysia.

Menghangatkan lagi suasana fotografi apabila pemilik restoran Burgerbyte, Datuk Najib Zakaria, meminjam motorsikal berkuasa besar, Harley Davidson Road Glide, berharga RM130,000 atau jumlah keseluruhan bersama aksesori RM280,000.

Justeru, pada fotografi yg berlangsung Khamis lalu di Damansara Perdana, penampilannya minimalis saja tanpa perlu 'didedahkan' dan membiarkan keghairahan tertumpu pada seketul burger itu, mampu mengundang pelbagai andaian dan tafsiran.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 35, ternyata rimas sikap prejudis segelintir pihak yg gemar menghakimi penampilan luaran sehinggakan dianggap satu ancaman buat isteri-isteri kepada lelaki kaya. Apatah lagi kisah cintanya bersilih ganti.

 


View the original article here

Saturday, 11 October 2014

CERITA !! Kisah Hidup Yang Menyayat Hati Seorang Pelakon Allahyarham Ahmad Nisfu..




Siapa tidak kenal gelagat kawan-kawan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Namun apa yg ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Allahyarham Ahmad Nisfu. Siapa yg tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yg berbakat. Banyak sahaja tagline yg digunapakai sehingga hari ini antaranya :



“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”






Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yg ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yg tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yg sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yg dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.



Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.



Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.



Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.



Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.



Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)



Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo





Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.



Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!



Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.



Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.



Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.



Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Nisfu..





 

View the original article here

Wednesday, 8 October 2014

Sakinah, Aliff teruja untuk hidup bersama


Sakinah bersama kekasihnya Aliff Adha.

CERITA sensasi tidak putus-putus mengiringi perjalanan karier pelakon dan pelawak sensasi Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Sharifah Sakinah, 26.

Selain kisah kontroversi, Sakinah yang baru dinobatkan sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2014 itu baru-baru ini dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan, Aliff Adha Jamil, 26, pada hujung tahun ini.






Berita itu tersebar menerusi laporan sebuah portal di internet baru-baru ini yang mendakwa Sakinah dan Aliff Adha bakal disatukan pada hujung tahun ini.

Sewaktu Kosmo! menghubungi Sakinah untuk bertanya mengenai berita gembira itu, pelakon tersebut memberitahu, mereka bukan mahu berkahwin hujung tahun ini, sebaliknya akan bertunang pada 25 Oktober ini dan merancang bernikah pada tanggal 28 Mac tahun depan.

Sakinah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan anak pengarah drama dan filem terkenal Erma Fatima iaitu Ahmad Albab sekitar pertengahan tahun lalu namun hubungan mereka tidak kesampaian.

Kosmo! berbicara dengan lebih lanjut mengenai persiapan dan persediaan Sakinah menjelang hari bahagianya dengan Aliff Adha.



SAKINAH merancang untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahannya bersama Aliff Adha secara sederhana.

KOSMO!: Tahniah Sakinah, difahamkan anda bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Benarkah?

SHARIFAH SAKINAH: Ya, saya akan bertunang dengan Aliff Adha pada 25 Oktober depan di kediaman keluarga saya di Taman Melati, Kuala Lumpur manakala majlis pernikahan kami insya-Allah akan berlangsung pada 28 Mac tahun depan.

Bagaimanakah persiapan menjelang majlis pertunangan yang akan berlangsung sekitar tiga minggu lagi ini?

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami cuma merancang untuk mengadakan majlis itu secara kecil-kecilan sahaja. Perkara yang sama juga akan kami lakukan pada majlis pernikahan nanti.

Bercinta senyap-senyap merancang untuk berkahwin pun tiada hebahan. Mengapakah begitu?

Bukan mahu sorok-sorok tapi dia (Aliff Adha) seorang yang pemalu dan kurang gemar mengambil tahu perihal dunia hiburan termasuk kontroversi saya selama ini. Saya menghormati pendirian dia untuk tidak terlalu menghebahkan cerita peribadi kami. Sebenarnya saya merancang untuk menjemput keluarga, teman rapat dan media pada minggu depan (minggu ini) tapi tak sangka pula cerita ini tersebar lebih awal.




Menyentuh keperibadian Aliff Adha, apakah perkara yang mengikat hubungan kalian berdua untuk kekal bersama?

Saya mengenali Aliff Adha pada awal tahun ini dan beberapa bulan lalu kami memutuskan untuk berkahwin. Berita ini direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Dia memang seorang pendiam manakala saya pula seorang yang gila-gila dan kelakar. Perbezaan itu yang berjaya mengekalkan hubungan kami selama ini.

Sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi alam rumah tangga?

Saya sudah ada kerjaya dan dia pun sama. Masing-masing sudah stabil dan tiada masalah untuk kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang mengenali satu sama lain tidak wujud sebarang halangan daripada mana-mana pihak dan kami seronok bersama malah teruja untuk menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

Sering menjadi satu momokan, populariti seseorang artis akan malap selepas mendirikan rumah tangga. Apa pandangan anda?

Popularkah saya? (ketawa). Saya tidak melihat soal kerjaya dan populariti menjadi penghalang untuk seseorang artis berumah tangga kerana artis pun mempunyai kehidupan mereka sendiri dan memerlukan pasangan dalam hidup. Saya tidak takut akan situasi berkenaan dan saya menjadikan kakak-kakak saya (Sharifah Norhaslida dan Sharifah Shahirah) sebagai idola. Jika mereka mampu bertahan dalam industri namun pada masa sama mampu menguruskan keluarga mengapa tidak saya? Tiada beza pun kalau bertukar status kerana saya berada dalam industri untuk bekerja.

Apakah perkembangan terkini anda?

Selain sibuk menguruskan program kecergasan dan kesihatan Fitness Sakinah, saya sedang terbabit dengan penggambaran sebuah drama arahan Michael Ang berjudul Bonna & Bonnie.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Adam melengkapkan hidup Atilia



BAHAGIA... Adam disifatkan Atilia sebagai lelaki yang telah dapat mendisiplinkan dirinya dalam banyak hal.

PENYANYI Atilia kelihatan sungguh manis tatkala beraksi di hadapan kamera untuk sesi fotografi bersama Kosmo! yang berlangsung di pusat yoga miliknya, Yoga One That I Want di Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini.

Senyuman dan derai tawa Atilia silih berganti, tanda dirinya kini berada dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya selepas hidup bersendirian hampir enam tahun.






Berkongsi cerita tentang dirinya yang kini kembali memegang status isteri kepada Adam Sofian Mazlan, 37, seorang jurutera bunyi pada 31 Ogos lalu dalam sebuah majlis pernikahan di Hotel The Saujana Subang, Selangor, Atilia atau nama sebenarnya Raja Atilia Raja Haron tidak menyangka jodohnya tiba lagi pada usia 40 tahun.

"Semua orang tahu tentang hubungan kami dan perancangan untuk bernikah tetapi asyik tertangguh disebabkan kesibukan kerja kami berdua.

"Tidak sangka, ketika saya berada di Koh Samui, Thailand untuk mengikuti kursus yoga, Adam menghantar mesej mengajak saya kahwin.

"Saya terkejut kerana mengikut perancangan, kami tidak akan bernikah pada tarikh tersebut. Namun, disebabkan Adam akan berada di Amerika Syarikat selama dua bulan atas urusan kerja selepas tarikh pernikahan kami, jadi lebih baik kami percepatkan perkahwinan. Pada tarikh tersebut (31 Ogos) kami bernikah," kata Atilia yang mengenali Adam sejak enam tahun lalu.

Tambah Atilia, meskipun melakukan persiapan perkahwinan dalam tempoh tiga minggu sahaja tetapi majlis tersebut berjalan dengan lancar atas bantuan keluarga dan teman rapatnya.

"Alhamdulillah walaupun saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan persiapan, semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kasih sayang.

"Kebetulan pada tarikh 31 Ogos jadual kerja saya kosong, lokasi juga okey dan kebetulan cuti umum, jadi Adam memilih untuk bernikah pada tarikh tersebut," terang Atilia yang masih membuat persembahan sehari sebelum hari pernikahannya.

Lengkap

Tutur Atilia, kehadiran Adam telah melengkapkan kehidupannya meskipun dia harus merombak jadual hariannya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Saya amat bersyukur bernikah lebih cepat kerana Adam melengkapkan hidup saya. Walaupun kehidupan saya bertambah sibuk kerana perlu menguruskan rumah tangga dan pada masa yang sama sibuk bekerja, saya seronok.

"Jika dahulu saya hanya fikir diri sendiri tetapi sekarang sibuk macam mana pun saya akan ambil masa pulang ke rumah memasak untuk suami," tutur Atilia dalam senyuman.




Keistimewaan Adam

Apabila ditanya apakah keistimewaan Adam sehingga berjaya mengetuk pintu hatinya, jawab Atilia, suaminya seorang yang sangat disiplin dan memahami dirinya.

Bukan itu sahaja, penyanyi genit itu juga mengakui dirinya sukar untuk mendengar kata orang tetapi Adam berjaya membuatkan dia mendengar katanya.

"Istimewanya Adam, dia sangat bertentangan dengan saya. Jika saya suka cakap banyak, sebaliknya dia lebih pendiam. Paling ketara Adam berjaya membuatkan saya ikut cakap dia.

"Sebenarnya saya seorang yang agak degil apabila bertemu dengan lelaki yang boleh memimpin saya dalam segala hal, dia lelaki yang tepat untuk saya," luah Atilia jujur.

Berpengalaman dengan kegagalan perkahwinan pertama bersama arwah suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz di tengah jalan membuatkan Atilia lebih matang dalam perkahwinan kedua ini.

"Saya ada pengalaman perkahwinan terdahulu. Apa yang saya pelajari walaupun isteri ada kerjaya, apabila tiba hal rumah tangga, benarkan suami memimpin keluarga.

"Apa sahaja keputusan, suami yang akan buat dan sebagai isteri saya hanya mengikut sahaja. Pernikahan kali ini amat bererti untuk saya, sekarang keluarga menjadi perkara pertama dalam kehidupan saya dan kerjaya jatuh di tangga kedua," katanya.

Ujarnya, selain menjaga makan minum suami, banyak perkara yang harus dijaga oleh Atilia selepas menjadi isteri termasuk penampilan dan pertuturannya.

"Suami kenal saya sebagai Atilia seorang penyanyi. Dia tahu cara kerja dan kehidupan saya sebelum ini. Jujurnya, pada awal perkenalan memang dia tidak begitu yakin dengan saya kerana saya seorang penyanyi.

"Namun, selepas dia melihat saya bekerja secara profesional dan terus pulang ke rumah selepas habis kerja, akhirnya dia yakin yang saya berbeza. Kepercayaan itu membuatkan saya harus menjaga semua perkara kerana bukan hati dia sahaja yang harus saya jaga tetapi juga keluarganya," beritahunya lagi.

Idam anak segera

Sedar usianya bukan lagi muda, Atilia mengharapkan menerusi perkahwinan ini dia dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Bahkan ibunya, penyanyi Salamiah juga tidak sabar untuk bergelar seorang nenek.

"Saya tahu kami berdua bukan muda lagi. Kalau boleh saya mahu menimang anak segera. Melihat teman rapat yang mempunyai anak sendiri, saya juga mahukan perkara yang sama, cuma semuanya terpulang kepada rezeki Allah.

"Saya hanya mampu berusaha tetapi memang saya tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri. Saya berusaha untuk jalani kehidupan sihat kerana sedar pelbagai risiko menanti andai hamil pada usia 40 tahun," kata Atilia.

Disebabkan itu, Atilia sudah mempunyai perancangan masa hadapan andai keluarganya berkembang kelak.

Dia telah membuka dua pusat yoganya sendiri yang diberi nama Yoga One That I Want yang bertempat di Damansara Perdana dan Shah Alam, Selangor.

Ceritanya, dia menjadikan hobi senaman yoga sebagai sebuah perniagaan sebagai persediaan andai tidak lagi aktif sebagai penyanyi kelak.

"Mungkin pada masa hadapan saya sudah mempunyai anak sendiri, sudah tentu masa saya terhad. Jadi, saya merancang pada masa hadapan sumber pendapatan saya hari ini iaitu nyanyian akan dijadikan sekadar hobi manakala yoga pula sumber pendapatan tetap.

"Hanya dengan cara itu saya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Saya tidak mahu kerana jadual saya terlalu padat menyebabkan keluarga dan anak terabai," tutur Atilia tentang perancangan masa hadapannya.

Akuinya juga, dia berasa terpanggil untuk membuka pusat yoganya sendiri selepas mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai tentang senaman yoga.

"Ramai yang berminat untuk melakukan yoga tetapi mereka bimbang andai pusat yoga yang mereka hadiri melibatkan mentera.

"Jadi, saya buka pusat yoga supaya pelanggan boleh bersenam tanpa perlu rasa bimbang. Walaupun senaman yoga kelihatan tidak popular untuk orang Melayu tetapi kebanyakan pelanggan saya merupakan orang Melayu.

"Bahkan saya ada kelas khas untuk Muslimah sahaja supaya mereka rasa bebas bersenam tanpa bimbang tentang aurat," terang Atilia tentang pusat yoga yang dibukanya sejak tahun lalu.

Bakal lancar album ketiga

Selepas melahirkan album Sangkar (2007) dan Indah (2010), Atilia kini dalam proses rakaman album ketiganya. Menariknya, suaminya Adam turut terlibat dalam keseluruhan proses rakaman album itu.

"Sekarang proses rakaman sudah berjalan sebanyak 60 peratus. Album ini masih mengekalkan identiti saya sebagai penyanyi lagu jazz tetapi ada beberapa perubahan dibuat untuk disesuaikan dengan pasaran semasa.

"Suami saya terlibat dalam rakaman album ini dan dia bertindak sebagai jurutera bunyi. Sebelum ini Adam juga pernah terlibat dalam album Indah dan album itu tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 dalam kategori rakaman album terbaik," tuturnya.

Atilia memberitahu, kelewatannya muncul dengan album baharu kerana mahu mencari lagu yang berkualiti.

"Bukan mudah untuk saya tampil dengan sebuah album. Saya harus memilih lagu yang paling tepat dan terbaik untuk album ketiga. Sebab itu, saya mengambil masa yang agak lama. Saya harap peminat boleh bersabar untuk menunggu album ketiga ini," katanya.

Terbaharu, Atilia baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sempena konsert Akustika 2 bersama beberapa penyanyi terkenal seperti Ning Baizura, Zainal Abidin, Hujan dan Bunkface.

"Mungkin saya jarang muncul di televisyen mahupun media tetapi kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Saya lebih selesa keluar bertemu media andai mempunyai produk untuk dibicarakan," luah Atilia.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Sisi hidup Aisyah Aziz



AISYAH sedar dia perlu berusaha lebih keras untuk terus membina nama di persada seni tanah air.

PERJALANAN anak muda yang memperkenalkan diri sebagai Aisyah Aziz ini masih jauh. Ada banyak ranjau yang menanti dirinya di hadapan sana.

Lahir daripada program realiti televisyen Akademi Fantasia 2013, Aisyah sedar ia bukan tiket mudah untuk dia terus dikenali ramai.

Seperti kebanyakan artis lain, Aisyah juga bermula daripada bawah untuk membina portfolionya sebagai anak seni.






Sungguhpun begitu, Aisyah masih boleh dianggap beruntung. Bergelar adik kepada penyanyi Aliff Aziz, anak kelahiran Singapura itu sedikit sebanyak menerima tempias populariti abangnya.

Bagaimanapun, Aisyah mahu dia dikenali atas nama dan bakatnya sendiri tanpa dibayangi oleh abangnya.

Tercalon sebagai Artis Baharu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2014, Aisyah berjaya membuktikan kemampuan dirinya untuk berada dalam kelompok tersendiri.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Mimpi itu juga turut tercalon dalam kategori Kolaborasi Terbaik dan Artis Paling Popular Singapura pada majlis anugerah yang sama.

“Alhamdulillah, saya anggap itu semua rezeki buat saya untuk terus lebih berusaha demi mengejar impian bergelar penyanyi,” katanya yang kini sedang sibuk menguruskan pembikinan single keduanya.

LELAKI PILIHAN

MENYENTUH soal cinta, Aisyah sedar dia tidak boleh terburu-buru. Ada banyak perkara yang perlu diberikan keutamaan berbanding kisah cinta.

Bagi Aisyah, buat masa sekarang, dia mahu fokus kepada pembangunan karier seninya sebagai penyanyi.

Sungguhpun begitu, apabila menyentuh soal bakal suami menurut Aisyah, dia mahukan seorang yang betul-betul matang.

“Saya memang jenis yang suka lelaki yang lebih tua dan yang penting dia matang. Bukan apa, saya ini masih muda lagi, jadi kalau nak mencari teman hidup, mestilah yang sudah jauh matang.

“Kalau jarak beza umur 10 tahun pun tak mengapa. Soal kaya atau tidak pun bukan menjadi ukuran saya dalam mencari teman hidup,” katanya.

BANTAL BUSUK

RASANYA setiap orang mempunyai tabiat yang terbawa-bawa daripada kecil sehinggalah dewasa. Begitu juga dengan Aisyah yang mendedahkan, dia mempunyai tabiat suka mencium bau bantal busuk miliknya.

“Saya tak boleh tidur kalau tak ada bantal busuk. Kena ada bau bantal itu baru saya senang sikit nak tidur.

“Saya sendiri pernah menangis sebab mak buang bantal busuk dan menggantikannya dengan bantal lain,” kongsinya.

Biarpun tabiat itu ada kalanya dipandang jijik oleh sesetengah orang, Aisyah tidak pernah ambil pusing.

“Ada pihak akan kata, orang pengotor sahaja ada bantal-bantal busuk ini. Ye lah, ada orang geli apabila melihat tabiat suka mencium bantal. Bagaimanapun, saya jenis tak kisah apa orang nak kata,” tawanya.


AISYAH (kanan) sewaktu menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan Zarraz di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

PENAMPILAN DIRI

BERGELAR seorang selebriti, Aisyah sedar penampilan diri menjadi perkara asas yang perlu diberikan perhatian.

“Kulit muka antara bahagian yang paling saya titik beratkan.

“Begitu juga dengan berat badan. Saya kena kawal berat badan supaya sentiasa kekal sihat,” tuturnya ketika ditemui pada majlis perasmian produk kecantikan Zarraz di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Menurut Aisyah, dia juga seorang yang sangat mementingkan isi kandungan sesuatu produk kecantikan sebelum menggunakannya.

“Apa sahaja jenis produk kecantikan yang ingin digunakan, saya akan pastikan ramuan yang digunakan selamat untuk mengelak daripada terguna produk yang memberi kemudaratan dalam jangka masa panjang,” katanya.

ALIFF AZIZ

ADIK kepada penyanyi Aliff Aziz ini mengakui

dia sangat rapat dengan abangnya.

Salah satu perkara yang membuatkannya

selesa dengan Aliff ialah sifatnya yang suka menyakat dirinya.

“Dia seorang yang ceria. Jika berdua dengannya, dia memang suka mengacau dan menyakat saya. Sungguhpun begitu, apabila berada bersamanya, saya berasa seronok kerana dia buat saya ketawa,” ceritanya yang memberitahu abangnya itu juga pandai melakukan silap mata.

Sementara itu, Aisyah mengakui, kontroversi Aliff yang didakwa menghilangkan diri baru-baru ini juga membuatkan dia turut diburu pihak media untuk bertanyakan mengenai abangnya itu.

“Abang saya ada di Singapura. Cuma buat masa sekarang, dia perlukan masa untuk berehat. Dia beritahu saya akan kembali apabila sudah bersedia,” ujarnya.




KAMERA POLAROID

SELAIN sibuk dengan jadual nyanyian, Aisyah sebenarnya mempunyai hobi merakam gambar. Minatnya itu membuatkan dia banyak merakamkan momen-momen yang pernah dilaluinya dalam hidup.

Uniknya, Aisyah akan mengambil gambar tersebut menggunakan kamera polaroid miliknya.

“Sejak dulu lagi, saya memang minat merakam gambar. Tidak kiralah sama ada gambar pemandangan ataupun gambar momen ketika bersama rakan-rakan,” katanya.

Sungguhpun begitu, menurut Aisyah, kesemua gambar tersebut tidak pernah dikongsikannya untuk paparan umum di laman sosial.

“Saya ada sebuah diari. Di dalam buku itulah, saya simpan semua koleksi gambar yang ada. Buku itu saya anggap sebagai sebuah diari hidup bergambar mengenai diri sendiri.

“Saya tak pernah berkongsi gambar-gambar itu kerana ia sangat peribadi dan hanya untuk simpanan sendiri,” ceritanya.


LAGU Mimpi membawa tuah kepada Aisyah selepas keluar dari Akademi Fantasia 2013.

MEMASAK

SUDAH menjadi lumrah sebagai anak muda, kebanyakan mereka lebih gemar keluar bersosial bertemu rakan pada waktu lapang.

Berbeza pula dengan Aisyah yang memberitahu, dia lebih suka menghabiskan masa terluang yang ada dengan duduk di rumah sahaja.

Bukan melabelkan diri sebagai antisosial, tetapi di rumah Aisyah lebih suka melakukan aktiviti yang digemarinya iaitu memasak.

“Saya ini memang jenis yang lebih suka duduk di rumah jika tidak ada apa-apa kepentingan untuk keluar. Biasanya saya suka memasak.

“Apa yang peliknya lepas masak, saya sendiri tak akan makan masakan itu. Saya lebih suka beri orang lain makan termasuk jiran,” katanya.

Tambah Aisyah, antara menu masakan yang paling digemarinya ialah sotong masak hitam.

“Saya lebih sukakan masakan yang mudah dan ringkas sahaja.

“Paling mudah dan cepat untuk saya masak adalah masakan Itali, olio aglio,” kongsinya yang banyak belajar memasak daripada ibunya, selain menerusi buku resipi,” ujarnya.

View the original article here

Friday, 19 September 2014

Kucing Masih Hidup Selepas Kena Langgar Hingga Melekat Di Bumper

This cat got hit by a car that was traveling 75 mph (120 km/h) and it survived. This cat must have super powers.
“After she said that the animal was hit at a speed of 75 mph (120 km/h), we were sure that it was lost, since, according to the motorist, she traveled with a cat stuck in a bumper, a further 12 km. Big surprise was the fact that he was still alive,” a police spokesman told the Daily Mail.




View the original article here