Showing posts with label Tompel. Show all posts
Showing posts with label Tompel. Show all posts

Monday, 20 October 2014

AR Tompel bukan lelaki gatal!


AR Tompel

MENERUSI telefilem Saloma yang disiarkan di saluran Astro First Eksklusif, Allahyarham AR Tompel lakonan aktor, Azhan Rani dipaparkan seorang yang gatal, nakal, gemar bersosial di kelab malam dan tidak bertanggungjawab.

Namun, perkara itu disangkal sekeras-kerasnya oleh bekas isterinya, Ruminah Sidek atau lebih mesra disapa sebagai Mak Mah.






"Dia bukanlah seorang yang nakal dan gatal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun.

"Saya sedih menonton telefilem itu sebab Tompel bukanlah seperti itu," katanya dalam sidang akhbar oleh waris-waris AR Tompel berhubung telefilem Saloma di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).

Pelakon berusia 68 tahun itu sebaliknya mengakui Allahyarham Tompel adalah seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita.

Kata Mak Mah lagi, dalam telefilem itu turut menunjukkan babak Tompel yang sangat agresif dalam memikat wanita sedangkan dalam dunia sebenar dia bukanlah seperti yang digambarkan.

"Saya berkahwin dengannya selepas bapa saya sedar yang kami seperti suka di antara satu sama lain lantaran kami pernah bekerjasama beberapa kali dan pernah menyimpan perasaan.

"Dalam tempoh itu, dia tak pernah tunjuk yang dia ada hati kepada saya walaupun ketika itu dia sukakan saya. Malah, saya panggil dia pakcik atas dasar hormat kepadanya," katanya.

Ibu kepada pelakon Adlin Aman Ramlie ini juga menafikan Tompel adalah seorang yang sombong, cemburu dan pemarah seperti dalam telefilem berkenaan.

"Sepanjang perkahwinan kami berlangsung, dia memarahi saya dua kali saja. Pelik pula bila watak Tompel dalam telefilem itu menunjukkan dia sebegitu," katanya.



View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Gigi Palsu Beri Kuasa Ajaib Kepada Azhan Rani Bawa Watak Tompel



Sungguhpun Azhan Rani bukanlah pilihan pertama pengarah Melissa Saila untuk membawa watak Allahyarham seniman AR Tompel, namun keputusan Melissa Saila disaat akhir ternyata membuahkan hasil.

Pelakon Azhan Rani akhirnya dipilih Melissa untuk membawa watak Tompel selepas merasakan pilihan awalnya tidak begitu menepati kriteria seniman hebat tersebut.






Azhan ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, ketika Melissa mempelawanya untuk melakonkan watak Tompel, dia merasakan perkara tersebut sebagai jenaka.

“Mula-mula memang saya rasa kelakar. Tetapi selepas bertemu Lis dia meyakinkan saya dan tanpa bercakap banyak saya terus bersetuju.



“Akhirnya saya ringkaskan, mulanya saya rasa terbeban kerana terpaksa membawa watak yang saya tidak pernah bawa, watak yang nyata, watak yang pernah ada dan ia bukan watak orang biasa sebaliknya watak legenda.

“Saya perlu hati-hati membawa watak itu supaya tetap dipandang sebagai legenda. Legenda adalah watak itu, bukan diri saya,” katanya.

Kata Azhan lagi, dia sempat melakukan rujukan bagi menghayati perwatakan Tompel secara keseluruhan dengan menonton semula filem lakonan Allahyarham antaranya Ahmad Albab dan Keluarga 69, Azhan berkata, ketika di set penggambaran ada kejadian yang melucukan.




“Selesai disolek lengkap bergigi palsu, saya terkejut melihat diri saya sendiri di depan cermin kerana saya nampak AR Tompel di dalam diri saya.

“Gara-gara gigi palsu yang dipakai itu juga, ia menyukarkan saya untuk bercakap dan menyebabkan suara saya bertukar,” katanya.

Bagaimanapun katanya dia bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang sedang ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak 28 Ogos lalu.

"Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya.

Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).

View the original article here

Monday, 1 September 2014

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak | Menerusi portal berita Awani hari ini melaporkan pusara allahyarham P Ramlee rosak teruk akibat sebatang pokok besar yang tumbang mengenai ke atas pusaranya.

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

Turut musnah adalah pusara Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham A.R Tompel.

[5 Gambar] Pusara Allahyarham P Ramlee, Saloma & AR Tompel Rosak

Selain itu, 135 pusara lain di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang turut mengalami kerosakan teruk.


Di laporkan, puluhan kubur terbenam ke dalam tanah manakala pokok-pokok yang tumbang masih tidak dialihkan berikutan saiznya yang terlalu besar dan berat.



Sehubungan itu, satu kutipan dana diadakan bagi membaikpulih pusara kesemua seniman dan seniwati yang terjejas akan dilakukan sebagai tanda penghormatan kerana telah banyak berjasa.


sumber
http://www.astroawani.com/photos/album/pusara-p-ramlee-malay-247/pusara-p-ramlee-malay-5-2052


View the original article here

Friday, 29 August 2014

Azhan Rani Galas Tanggungjawab Berat Sebagai AR Tompel



Azhan menggalas tanggungjawab besar sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel.

Pelakon Azhan Rani bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Azhan mengakui bukan mudah untuk membawa watak nyata terutamanya lagenda seperti Tompel dan menjelaskan dia sendiri pada asalnya kurang keyakinan untuk menerima tawaran dibuat oleh pengarahnya, Melissa Saila.






"Saya tidak memberi jawapan segera apabila Melissa menawarkan watak berkenaan kepada saya kerana Tompel adalah seorang figura lagenda tambahan pula saya tidak pernah membawa watak yang pernah ada sebelum ini.

"Perasaan bimbang dan ragu-ragu itu sudah semestinya ada kerana saya tidak tahu bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya memandangkan ramai mengenali Tompel dan filem-filem lakonannya masih disiarkan sehingga hari ini," katanya kepada mStar Online.

Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).



Azhan bersama Nabila yang membawa watak sebagai Saloma.

Tambah Azhan, dia sangat berhati-hati dalam membawa peranan berkenaan kerana tidak mahu merosakkan watak berkenaan selain mahu penonton melihatnya sebagai Tompel dan bukan dirinya.

"Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya.




Dalam pada itu, Azhan berkata, pada hari pertama dia berada di set penggambaran lengkap dengan solekan dan bergigi palsu keyakinannya mula timbul untuk membawakan watak berkenaan.

"Saya terkejut melihat diri sendiri dalam cermin kerana Tompel berada dalam diri saya dan secara tiba-tiba kekuatan dan keyakinan itu timbul untuk melunaskan tanggungjawab diberikan Melissa," katanya.

Azhan juga terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Melissa kepadanya biarpun dia sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

"Hari ini bila dilihat kembali saya gembira dan bertuah sama-sama dapat terlibat dalam projek ini dan ia adalah suatu pengalaman cukup manis buat diri saya," ujarnya.

View the original article here