Showing posts with label Ariffin. Show all posts
Showing posts with label Ariffin. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

GOSIP!!! Zul Ariffin Mengaku Dia Ke Kelab Malam, Gadis Itu Hanyalah Peminat


Awal bulan ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon yg semakin popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini berhibur sehingga mabuk selain sekeping gambar beliau bersama seorang gadis seksi berpelukan tersebar di internet.


Membuka mulut akhirnya kepada mStar Online hari ini, Zul Ariffin mengakui yg beliau ada hadir ke sebuah kelab hiburan untuk menikmati persembahan live band sebelum beliau disapa oleh seorang peminat wanita yg mahu bergambar.


Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, jelas Zul Ariffin.



Pelakon ini turut menambah yg beliau tidak menyalahkan wanita itu selepas gambar tersebut mula tersebar namun kesal dengan ada pihak yg cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut dan akan lebih berhati hati selepas ini.


Serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini, tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

MESTI TENGOK! Gambar Kaki Zul Ariffin Buatkan Ramai Gadis Tidak Tidur Lena


Siapalah yang tidak kenal dengan Hero drama Rindu Awak 200% yang sememangnya telah melonjak naikkan namanya hingga hero ini digilai oleh ramai wanita di luar sana.Nama Zul Ariffin memang mencanak-canak naik popularitinya selepas membintangi drama Rindu Awak 200% baru-baru ini. Admin sendiri pun berasa agak misteri juga mengapa Zul Ariffin agak lambat menjadi popular. Muka pun kacak, badan tough, bujang, senyuman manis dan yang pasti, lakonannya mencairkan hati para gadis.

Mungkin sebelum ini tidak ada drama yang benar-benar menyerlahkan bakat Zul Ariffin. Apa pun, biar lambat asalkan popular jugak. Tak gitu? Baru-baru ini kecoh mengenai gambar kaki Zul Arifin yang dikatakan membuatkan ramai wanita tidak boleh tidur malam. Jom tengok gambar ini di bawah :



View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat


Zul Ariffin (kiri) dan Gayatri

Teman wanita kepada aktor Zul Ariffin iaitu Gayatri Su-Lin Pillai terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial Twitter yang kononnya ditujukan kepada heroin drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat.

Gayatri yang juga Pengurus Besar Astro Shaw berkata, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain.






"Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.

"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," katanya kepada mStar Online.

Gayatri ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut iaitu Sampai Bila nyanyian Waris dan Mark Adam di Red Box Ria Sogo di sini, Selasa.

Filem arahan Mamat Khalid itu akan menemui penonton di pawagam pada 25 September ini.


Ayda Jebat

Gayatri mengulas isu kononnya dia bersikap cemburu terhadap kemesraan Zul dan Ayda yang sama-sama terlibat dalam drama siri berkenaan sehingga menyebabkan hubungan cinta mereka dikatakan mengalami masalah.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.

Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan.





"Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Gayatri berkata, hubungannya dengan Zul masih berjalan seperti biasa namun dia enggan bercakap lanjut mengenainya.

"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Gayatri berkata lagu Sampai Bila memang digubah khas oleh DJ Fuzz untuk lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

Pihaknya yakin lagu itu akan memberi impak kepada filem tersebut dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.

"Ia sebuah lagu yang cukup sesuai dengan filem itu dan pihak kami sedang dalam rangka promosi lagu berkenaan," katanya.

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Ayda Jebat Minta Kontroversi Fotonya Dengan Zul Ariffin Tidak Disensasikan



Pelakon Ayda Jebat meminta orang ramai agar tidak memperbesarkan isu foto mesranya bersama aktor Zul Ariffin yang dimuatkan dalam Instagram miliknya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, foto-foto tersebut adalah sekadar promosi drama Rindu Awal 200% yang tidak bertujuan mencetuskan sebarang kontroversi atau melukakan hati mana-mana pihak.

"Jujurnya, saya tidak berniat nak timbulkan isu dengan setiap gambar yang dimuat naik dengan Zul di Instagram. Itu semua sekadar promosi drama sahaja. Dan foto-foto tersebut diambil ketika kami berada di lokasi penggambaran.

"Mengenali Zul, dia seorang yang 'moody'. Dan pihak penerbit sendiri dah bagitahu awal-awal supaya pastikan lakonan saya dan dia ada keserasian. Maklumlah, saya kan orang baru. Selepas dua minggu penggambaran, baru dia okay. Itu yang saya ambil gambar tu. Tak ada apa-apa niat pun.






"Jika orang komen berkaitan dengan agama, saya tidak boleh nak cakap apa-apa kerana saya bukannya warak pun. Di harap foto-foto yang itu tidak lagi menjadi isu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Drama bersiri Rindu Awak 200% disiarkan di TV3, menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.


Foto mesra Ayda dan Zul membuatkan ramai yang mengkritik kedua-dua pelakon tersebut.
Baru-baru ini, Ayda mendapat kritikan daripada pengikut Instagram miliknya kerana memuat naik foto-foto mesra bersama Zul di laman sosial berkenaan.

Pelakon muda itu turut dihentam apabila salah satu foto mereka diambil dalam kedudukan begitu rapat memandangkan mereka bukan muhrim yang disifatkan tidak manis untuk dipaparkan kepada umum.

Sementara itu, Ayda berkata, walaupun pada awalnya dia sedikit berkecil hati dengan komen-komen negatif tersebut, namun dia mengambil pendekatan berfikir secara positif dengan setiap komen yang diberikan.

"Saya senang saja, fikir sahaja komen-komen itu ke arah yang positif kerana ada juga komen negatif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

"Apa-apapun, setiap foto yang dimuat adalah kehendak saya sendiri. Cuma mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Entahlah, saya pun hanya jadi diri sendiri. Apa yang dilihat dalam Instagram, itu adalah (diri) saya," ujarnya.




Dalam pada itu, Ayda berkata, dia bersyukur, populariti yang diraih menerusi drama tersebut membuatkan dirinya dilantik sebagai duta produk kecantikan Aurawhite Bubbly.

"Alhamdulillah, saya pun tidak sangka drama itu banyak memberikan saya peluang rezeki di dalam karier seni termasuklah menjadi duta produk kecantikan. Untuk Aurawhite Bubbly, ia lebih ditujukan kepada golongan remaja yang ingin kelihatan cerah dan berseri.

"Alang-alang mahu mempromosikan produk tersebut, saya merancang untuk bertemu peminat-peminat menerusi aktiviti-aktiviti tertentu. Atau akan ke sekolah-sekolah kerana produk itu khas untuk golongan remaja sahaja," tuturnya.

View the original article here