Showing posts with label Dituduh. Show all posts
Showing posts with label Dituduh. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman



Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.






"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.


Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.




Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.


Datuk Mustapha Maarof

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Sistar Dituduh Ciplak Klip Video Tiesto



KUMPULAN Sistar nampaknya terlibat dengan kontroversi apabila klip video mereka, I Swear dikatakan telah menciplak idea klip video Red Light, nyanyian Tiesto.

Menurut laporan Allkpop, bermula daripada awal babak, ia menunjukkan persamaan iaitu beberapa rakan yang berada di sebuah kafe sehinggalah ke adegan mencuci kereta dengan gaya seksi, seperti dalam klip video Tiesto.






Walaupun berbeza lokasi, kebanyakan babak yang dipaparkan lebih kurang sama dan ia membuatkan para netizen (Internet Citizen) bengang dengan Sistar meskipun merupakan peminat-peminat tegar kumpulan itu.




Bagaimanapun terdapat juga beberapa babak yang tiada persamaan dengan klip video Tiesto seperti tarian beramai-ramai.

Sehingga kini, wakil daripada pihak Sistar tidak memberikans ebarang penjelasan lagi.

Berikut adalah klip video Tiesto.


View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat


Zul Ariffin (kiri) dan Gayatri

Teman wanita kepada aktor Zul Ariffin iaitu Gayatri Su-Lin Pillai terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial Twitter yang kononnya ditujukan kepada heroin drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat.

Gayatri yang juga Pengurus Besar Astro Shaw berkata, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain.






"Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.

"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," katanya kepada mStar Online.

Gayatri ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut iaitu Sampai Bila nyanyian Waris dan Mark Adam di Red Box Ria Sogo di sini, Selasa.

Filem arahan Mamat Khalid itu akan menemui penonton di pawagam pada 25 September ini.


Ayda Jebat

Gayatri mengulas isu kononnya dia bersikap cemburu terhadap kemesraan Zul dan Ayda yang sama-sama terlibat dalam drama siri berkenaan sehingga menyebabkan hubungan cinta mereka dikatakan mengalami masalah.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.

Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan.





"Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Gayatri berkata, hubungannya dengan Zul masih berjalan seperti biasa namun dia enggan bercakap lanjut mengenainya.

"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Gayatri berkata lagu Sampai Bila memang digubah khas oleh DJ Fuzz untuk lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

Pihaknya yakin lagu itu akan memberi impak kepada filem tersebut dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.

"Ia sebuah lagu yang cukup sesuai dengan filem itu dan pihak kami sedang dalam rangka promosi lagu berkenaan," katanya.

View the original article here

Tuesday, 17 June 2014

Aidil Zafuan Dituduh Terjun Ke Bidang Lakonan Sebab Nak Bayar Nafkah?

 
Tengah bosan-bosan macam biasalah Murai Batu duk intai-intai, Instagram, Facebook mahupun Twitter, tiba-tiba tersekat di Instagram pemain bola sepak JDT Aidil Zafuan, Murai Batu terkejut!!! Dah jadi pelakon ke mamat ni?

Menerusi gambar kat Instagram tu, Murai Batu tengok si Aidil pakai sut hitam putih dikelilingi abam-abam polis yang sador (tegap atau gagah perkasa) sedang mengawasinya. Murai Batu sedikit ‘konpius’ berlakon filem ke atau tengah ‘shoot’ iklan.

Di kapsyen fotonya itu adalah #TheGlups Murai Batu pun tak pasti apa yang dimaksudkan dengan hashtag tu, tapi di penggambaran itu juga turut kelihatan isterinya Zarema Zainal sekali, sweet kapel sangat.


Tapi peminat-peminat yang komen kat foto tu macam biasalah ada yang sokong, ada yang tak, ada juga yang komen, Zafuan terima tawaran ini sebab nak bayar nafkah kat bekas isterinya Rita Rudaini yang dikatakan tertunggak sampai RM100,000. OPPSSS!!!

Bagi Murai Batu, tak kisahlah apa yang Aidil nak buat, dia nak berlakon ke, nak main bolas sepak ke, nak jadi apa pun, orang kata tanggungjawab jangan dilupakan.

Yelah anak-anak makin lama makin membesar, nak-nak kos sara hidup yang semakin tinggi lagi peninglah dibuatnya.

Apa-apa pun Murai Batu harap, apa pun masalah yang berlaku antara Rita dengan Aidil cepat-cepatlah diselesaikan. Janganlah anak itu dijadikan mangsa. Kasihanilah mereka.murai.com.

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Iqram Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang

type='html'>
PETALING JAYA – Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.


Iqram, 33, yang terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya.

“Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

“Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London.

Iqram yang ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut.

Sementara itu, Iqram menyifatkan ia sebagai satu gosip lucu dan enggan mengambil serius mengenai perkara itu.

“Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa?

“Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

“Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula.

“Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama di bawah produksi Shawana Productions iaitu Kalau Hati Ini Rama-Rama dan Cinta Meniti Starimost.

Selain itu lakonan Iqram juga bakal muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan pada September depan. -mStar Online


View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Kekasih Baru Shahz Jaszle Dituduh Perampas

Kes khalwat masih belum selesai, kini pelakon Shahz Jaszle dikaitkan pula dengan satu lagi kisah hangat apabila dia dikatakan sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri.



Namun, bak menukar pakaian, terus sahaja Shahz mengumumkan dia sudah pun berjumpa dengan pengganti Redzwani iaitu dipercayai seorang model sambilan yang dikenali sebagai Hanis Husna.

Bertitik tolak daripada perkongsian gambar mereka bersama di laman Instagram, pasangan ini dikritik hebat apabila bekas tunang Shahz dikatakan tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka sebelum ini yang bermaksud Redzwani telah ditipu bulat-bulat Shahz sebelum mereka putus tunang.

Tampil membela diri, Hanis menerusi kenyataannya dalam Harian Metro menafikan dia merampas Shahz daripada Redzwani.

“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya.

“Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu,” katanya.

Diharapkan Shahz dapat memberikan kenyataannya berhubung kontroversi terbaharunya ini.

Yelah, kalau dia diam je, tak pasal-pasal peminat akan terus melemparkan tuduhan yang tidak baik kepadanya. -Mynewshub.my