Showing posts with label Baharu. Show all posts
Showing posts with label Baharu. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

GEMPAR!!! Lelaki baharu dalam hidup Erra baharu dalam hidup Erra



Erra Fazira bukan baru semalam melangkahkan kaki dan duduk selesa di dalam dunia seni. Sudah lebih 10 tahun beliau di sini, dan selain kisah kariernya yg selalu diberitakan, sensasi sebuah kehidupan anak wayang sepertinya sering menjadi ‘makanan’ umum.

Terkini, dalam sebuah kolum gosip akhbar hujung minggu, wanita tinggi lampai itu dikaitkan sedang menyulam cinta dengan seorang lelaki yg tergolong dalam kelas sosialit. Golongan sosialit lazimnya seseorang yang bergaul rapat dengan orang-orang ternama.

Kosmo! yg menghubungi Erra untuk mendapatkan pengesahan daripadanya dilayan dengan cukup baik.

Hanya tegas Erra, pada usianya 40 tahun, memegang status ibu tunggal dan sudah lama dihenyak dengan pelbagai gosip peribadi sejak dahulu lagi, beliau berharap agar diberi ruang untuk menjalani kehidupan sendiri tanpa gosip seumpama itu lagi.

Akuinya yg sempat digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang artis muda lelaki antaranya Amar Baharin dan Shahir, selepas bercerai dengan Engku Emran awal tahun ini, beliau sudah letih untuk melayan kerenah gosip yang tidak berkesudahan.

Kosmo!: Erra Fazira, maaf mengganggu. Saya hubungi anda untuk bertanya tentang gosip yg mendakwa anda kini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam kalangan sosialit. Apakah benar dakwaan tersebut?

Erra: Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yg baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.

Adakah anda membuat pengakuan sedang rapat dengan seseorang, tetapi bukan daripada golongan sosialit hanya untuk mematikan gosip itu?

Saya tidak kisah untuk mengakui status hati saya jika tujuannya adalah untuk menutup semua cerita tidak benar yang pernah dipalitkan kepada saya sebelum ini. Saya mengakuinya bukan untuk publisiti tetapi jika saya tidak bercakap jujur pada hari ini, esok lusa akan muncul lagi pihak-pihak tertentu yang mengaitkan nama saya dengan kisah yg tidak benar. Walaupun mengakui status saya sebagai seorang wanita bergelar janda bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas lebih-lebih lagi saya terlibat dalam industri hiburan, tetapi saya bukan seorang yang jenis mudah dan rela hati untuk dikaitkan dengan mana-mana orang daripada golongan atasan.

Jika tidak keberatan, boleh anda kongsikan siapakah lelaki bertuah itu dan bagaimana peringkat perhubungan kalian setakat ini?

Maaf jika saya katakan, saya tidak boleh kongsikan siapakah dia. Cukuplah sekadar saya ceritakan bahawa dia seorang lelaki biasa. Lagi pula, kami baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain. Bercakap soal peringkat perhubungan pula, saya rasa tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut. Pada usia saya yg semakin meningkat kini, saya rasa saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya selesa bersama. Itu hak dalam hidup seseorang.

Setelah memegang status ibu tunggal buat kali kedua dan pada usia sudah mencecah 40 tahun, sejujurnya apakah perasaan anda apabila sering dikaitkan dengan cerita gosip bercinta dengan lelaki muda?

Komen saya, perkara seperti digosipkan bercinta dengan mana-mana lelaki sudah seperti tidak kena dengan diri saya. Semacam sudah tidak relevan kiranya saya dikaitkan dengan gosip seperti itu. Bukan apa, usia saya sudah cukup matang dengan perkara-perkara sebegini. Sejak awal membabitkan diri dalam bidang seni, saya sudah cukup muak bergelumang dengan cerita-cerita gosip yg tidak betul ketika zaman remaja dahulu. Umur saya sekarang sudah tidak sesuai rasanya untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah ‘penat’ dan muak dengan semua gosip seperti itu. Buat masa sekarang, apa yang ada dalam jiwa saya ialah lebih mengutamakan kerjaya berbanding kisah peribadi. Saya mahu kisah kerjaya lebih membangun jika dibandingkan dengan sisi peribadi. Kalau boleh, saya mahu tolak ke tepi semua kata-kata yang tidak benar mengenai diri saya. Kerjaya lebih penting.

Baiklah. Sekarang berbalik kepada soal kerjaya Erra. Apa perkembangan terbaharu anda sekarang?

Alhamdulillah saya sekarang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian bersama gandingan pelakon Awie. Namun pada masa yg sama, jadual merencanakan program Primadona masih berjalan seperti biasa. Saya juga akan memulakan raptai sebuah teater berjudul Tiga Ratu pada bulan Disember depan. Dalam teater itu, saya bergandingan dengan pelakon dan penyanyi Soo Wincci dan juga seorang pelakon wanita dari negara jiran, Indonesia.







 


View the original article here

Monday, 6 October 2014

C Ronaldo Cipta Rekod Baharu Hatrik Dalam La Liga


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya menghasilkan hatrik ke-22 dalam La Liga sekaligus menyamai rekod yang dibuat oleh Alfredo di Stefano dan Telmo Zarra sebelum ini.

Ronaldo mencipta hatirk itu ketika membantu Real Madrid membelasah Athletic Bilbao 5-0 di Bernabeu pada Ahad.



Selain mencipta hatirk, Ronaldo juga berjaya menjaringkan 14 gol secara berturut-turut ketika beraksi di Bernabeu.






Kejayaan Real Madrid membenam Athletic Bilbao turut digelar jaringan BBC iaitu 'Bale, Benzema dan Cristiano' - kerana Bale membantu Ronaldo menghasilkan dua gol manakala Benzema menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.



"Kami berjaya melakukan yang terbaik untuk permulaan musim ini. Gabungan BBC berkerja dengan baik. Kami bermain bersama dan menjaringkan gol," kata Ronaldo.

Kejayaan itu membantu Real Madrid menghampiri pendahulu La Liga, Barcelona dengan perbezaan empat mata.





View the original article here

Tuesday, 9 September 2014

Keluhan Cinta, sinar baharu Mamat Exist



HIDUP menumpang di Kuala Lumpur, Mamat tidak merasa hina walaupun ada segelintir pihak memandang rendah terhadap dirinya.

KELUNAKAN lantunan melodi dan gemersik vokal dalam Oh Ibu masih mampu menjadi halwa telinga peminat industri seni muzik tempatan.

Ironinya, pemilik suara tersebut itu, Mamat tenggelam di sebalik pelbagai kontroversi buruk yang melandanya. Ia sekali gus membuatkan reputasi penyanyi yang pernah menjadi pujaan pada zaman remajanya dulu tercalar teruk.






Bermula daripada kes penceraian sehingga dikatakan hidup bagaikan gelandangan, bermacam-macam dugaan yang melanda Mamat.

Mamat atau penama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 36, terus terpinggir dek pembangunan progresif arus seni muzik tempatan tanah air.

Namun, segalanya itu tidak sedikitpun mematahkan semangatnya dalam bidang seni. Mamat yang kini mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian sekali lagi diuji dengan pelbagai cabaran.

Mengakui terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur untuk kembali memberi fokus dalam bidang nyanyian, Mamat berusaha untuk mendapatkan tempatnya semula dalam bidang seni suara.

Bercerita lanjut mengenai pengorbanannya untuk kembali dalam bidang yang sudah menjadi darah dagingnya itu, Mamat berkata, sejak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu, dia lebih selesa menumpang di rumah temannya. Dari situ, dia dapat berkongsi masalah dengan bersama orang yang boleh dipercayai.

“Saya tiada rumah di Kuala Lumpur, jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan ataupun tidur di hotel.

“Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana lebih mudah untuk saya menumpukan sepenuh perhatian saya kepada bidang nyanyian,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Santai bersama Media di Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mamat turut mengakui yang dia kadangkala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silam termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Hal tersebut sekali gus menyukarkannya untuk kembali aktif. Sesetengah pihak juga masih memandang serong terhadap Mamat dengan melihat kisah silamnya.

Jelas Mamat, dia berharap agar masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukan. Pintanya agar masyarakat tidak terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.




“Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati, perasaan sedih itu ada.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar, malah mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.

Meneruskan semangat seni yang masih bersisa, Mamat bakal muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Keluhan Cinta. Lagu tersebut dijangka akan diterbitkan menjelang penghujung tahun nanti.

Besar hasrat Mamat, biarlah lagunya itu mampu memberi peluang untuk kembali menapak dalam industri muzik tempatan.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan syarikat pengurusan yang menaungi kariernya kini iaitu Anita Entertainment. Dia legas atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan terhadap dirinya.

“Sekarang lagu itu masih dalam proses menyiapkan klip video. Saya harap lagu itu mampu mengubat kerinduan para peminat yang menantikan mate- rial baharu daripada saya,” luahnya.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu


Didi Astillah

Bekas peserta Idola Kecil (terbitan TV9), Didie Astillah muncul dengan album terbaharu terbaharu iaitu Didi Astillah.

Didi, 19, berkata, menerusi album tersebut, lagu-lagu yang dibawakan lebih matang, namun sesuai dengan usianya dalam menarik penggemar-penggemar muzik daripada kalangan remaja.






"Saya mahu tampil dengan lagu-lagu segar dan matang tetapi sesuai dengan usia saya.

"Dalam pada itu, saya bersyukur kerana album ini dijayakan oleh komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan komposer dari negara seberang iaitu Posan yang pernah menulis lagu Sayang nyanyian Shae," katanya.

Tambah Didi, kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu mengenai kisah-kisah percintaan golongan muda masa kini.

Album tersebut memuatkan sebanyak enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La la la, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFFku, Stop Mencintaiku dan I Love You So.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbitan Warner Music itu mengetengahkan evolusi muzik pop dance.




"Bagaimanapun, untuk single pertama, saya akn muncul dengan lagu Fikirkan Kamu dahulu kerana saya percaya lagu tersebut mampu menarik perhatian penggemar muzik.

"Selain itu ia mampu menaikkan nama saya sebagai penyanyi baru dalam industri muzik tempatan," ujarnya.

Terdahulu, anak kelahiran Sandakan, Sabah itu mula melibatkan diri dalam dunia muzik bermula usia tiga tahun dan pernah mempunyai mempunyai album berjudul Adik-Adik Mutiara, berduet bersama kakaknya, Bella Astillah.

Sejak itu, mereka sudah pun memiliki sebanyak 10 buah album.


View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

BMW X4 Serba Baharu Pertama Diperkenalkan



BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X4 serba baharu yang merupakan model Sports Activity Coupé (SAC) yang pertama seumpamanya dalam segmen crossover kompak premium.

SAC bersaiz sederhana dengan ciri-ciri BMW X, karektor sebuah Coupé dengan kemampuan dinamik terbaik dalam keluarga keluarga BMW X, yang mampu memberi keselesaan pemanduan yang cemerlang serta pengunaan bahan api yang cukup menjimatkan.

Hadir dalam varian BMW X4 xDrive28i dan BMW X4 xDrive28i M Sport, varian serba baharu yang cukup dinamik ini dipacu oleh enjin berprestasi tinggi termaju, pacuan semua roda xDrive serta rangkaian peralatan standard yang eksklusif seperti awalan prestasi, Variable Sport Steering, servis dan aplikasi BMW sebagai pembantu pemandu.






Reka bentuk yang DinamikBMW X4 serba baharu mengetengahkan penampilan yang menarik dan mudah dikenali di atas jalan raya. Walaupun ia mungkin direka berasaskan kepada lakaran teknikal BMW X3, ciri-ciri reka bentuknya menandakan perbezaan ketara dengan BMW X3, sekali gus membolehkannya berdiri sendiri bersama rekaan sebuah coupé yang elegan dan penuh kuasa.



Sentuhan terkini di bahagian depan.


Dengan dimensi sepanjang 4,671mm dan tinggi 1,624mm, BMW X4 serba baharu adalah 14mm lebih panjang dan 36mm lebih rendah berbanding BMW X3.

Potongan ini sememangnya menawarkan perkadaran yang sempurna dan seimbang ketika berada di atas jalan raya.Menampilkan reka bentuk hadapan yang mantap dan lincah, BMW X4 serba baharu turut menampilkan ruang pengambilan udara yang besar dan diposisikan di bahagian hadapannya. Ia disempurnakan lagi dengan garis pada bahagian hadapan.

Rekaan ini membuatkan kenderaan tersebut kelihatan lebih rendah dengan titik graviti lebih hampir dengan permukaan jalan, sekali gus menjadi petanda kepada dinamik BMW X4 serba baharu yang lebih bagus.

Kesan itu dipertingkatkan lagi menerusi jalur cahaya di sekeliling bahagian luar lampu utama berkembar yang sedikit rata pada bahagian atas dan belakangnya untuk kelihatan lebih lebar. Rekaan gril radiatornya juga membuatkan BMW X4 serba baharu kelihatan lebih sporty.

Profil BMW X4 serba baharu jelas membezakan sentuhannya dengan jentera lain menerusi garis bumbung gaya sebuah coupé yang rendah. Ia mencapai titik tertinggi di bahagian tempat duduk hadapan yang menjelaskan fokus pemandu kereta-kereta BMW. Garis itu kemudian menurun ke arah bucu lampu belakang.

Sifat BMW X4 serba baharu sebagai sebuah coupé yang sporty diserlahkan lagi melalui garis tirus di sepanjang rusuk kenderaan dan buat pertama kalinya ia terpisah menjadi dua garisan. Bahagian pertama menaik dengan lancar dari arah arca roda hadapan ke bahagian hendal pintu belakang. Sementara bahagian kedua pula menyerlahkan sayap belakang yang dibentuk dengan begitu berkuasa.

Pakej peralatan xLine yang hadir sebagai pilihan standard buat para pemilik BMW X4 serba baharu memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan lagi gaya model ini.

Dengan rim aloi ringan bersaiz 19 inci dan kemasan aluminium, pakej xLine turut merangkumi kemasan sil pintu bersama tempaan BMW xLine, tempat duduk fabrik kulit yang elegan berwarna hitam, Mocha dan putih (Ivory White) bersama tulisan timbul xLine, kemasan dalaman berwarna gelap (Dark Copper) serta sil tahan karat.

Semua ini bagi menunjukkan ruang moden dalaman kenderaan, di samping meningkatkan lagi elegan BMW X4 serba baharu.

Rangkaian enjin berkuasa
Jentera SAC yang pertama dalam segmen crossover kompak premium ini juga menyerlah dari aspek rangkaian kuasanya.

Enjin petrol yang canggih dibekalkan kepada BMW X4 serba baharu. Ia dipadankan bersama teknologi BMW TwinPower Turbo yang memenangi anugerah dan menawarkan ‘rev tinggi’ yang menjadi ikon kepada BMW.

Selain itu, enjin ini juga menyediakan penghantaran kuasa yang cemerlang, kehalusan tiada tandingan dan kecekapan mengagumkan. Dilengkapi unit enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter, BMW X4 xDrive28i menawarkan kuasa mencecah 180kW/245hp. ia dipadankan bersama kotak gear lapan kelajuan Steptronic sebagai ciri standard untuk mencapai tork puncak 350Nm dan masa pecutan 0-100km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat.

Angka ini kemudian digabungkan dengan purata penggunaan bahan api 7.3 l/100km dan tahap emisi CO2 169g/km. Ketika menawarkan prestasi yang mengagumkan seperti ini, BMW turut memastikan bahawa BMW X4 serba baharu tetap komited dalam memberikan nisbah keseronokan pemanduan dengan penggunaan bahan api menerusi ciri-ciri BMW EfficientDynamics yang inovatif.

Ini termasuklah mode ECO PRO dengan ECO PRO Route yang berfungsi mengubah suai sifat kereta agar lebih menjimatkan minyak.

Mode ECO PRO berfungsi merendahkan lagi penggunaan bahan api dengan tidak menyambungkan enjin BMW X4 serba baharu kepada rangkaian kuasa pada kelajuan di antara 50 hingga 160km/j apabila pedal pendikit minyak tidak ditekan.



Rekaan lebih sporty berbanding model sebelum ini.


Dengan menggunakan ciri pengurusan output enjin, Performance Control berfungsi melakukan brek pada bahagian dalam roda ketika mengambil selekoh untuk menghalang kenderaan daripada ‘membuang’ (understeering). Kejuruteraan lain yang perlu dinyatakan dan ada pada BMW X4 serba baharu ialah gandar hadapan jenis double-joint bagi menawarkan keselesaan serta dinamik yang optimum.

Manakala suspensi belakang pula terdiri daripada jenis five-link yang mampu memberikan kestabilan dan kerekteristik stereng yang cemerlang. BMW X4 serba baharu turut dilengkapi dengan Variable Sport Steering sebagai satu ciri standard. Stereng ini mampu menyesuaikan sudut pusingan roda hadapan berdasarkan kepada situasi pemanduan. Ia nyata memudahkan urusan menukar haluan, selain lebih lincah ketika mengambil selekoh dan selamat jika dipandu pada kelajuan tinggi.

Bagi mereka yang gemar memandu dengan gaya sporti, pemilik BMW X4 serba baharu boleh mengaktifkan fungsi Dynamic Traction Control untuk menambah jumlah gelinciran roda yang dibenarkan bagi merasai sendiri daya dorongan di atas laluan berpasir.




Ruang Dalaman

Ruang dalaman BMW X4 serba baharu menampilkan sentuhan yang harmoni di antara aspek sporty, eksklusif dan fungsi yang maksimum.

Setiap elemen kawalan diposisikan ke arah pemandu untuk ergonomik yang optimum. Dengan posisi tempat duduk yang ditinggikan, pemandu dan penumpang BMW X4 serba baharu akan menikmati pengalaman yang lebih sporty dan ruang kepala yang selesa, biarpun garis bumbung kereta ini agak rendah.

Sensasi sebuah jentera sports coupé klasik diteruskan melalui tempat duduk belakang yang hadir dalam dua unit kerusi berasingan dan menawarkan cukup ruang untuk tiga orang penumpang.

Kapasiti but BMW X4 serba baharu juga mengagumkan apabila ia mampu menawarkan ruang sebanyak 500 hingga 1,400 liter. Ruang itu boleh digunakan dalam pelbagai cara melalui penyandar kerusi belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:40, sekali gus tampil lebih versatil. Pintu belakang yang boleh dibuka secara automatik membuatkan model ini mudah digunakan pada setiap hari.

Ciri itu kemudian digabungkan dengan sistem akses yang memberi lebih kemudahan kepada penggunanya.

BMW X4 serba baharu sememangnya membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam aspek ketersambungan di dalam kereta pintar menerusi ciri-ciri BMW ConnectedDrive yang komprehensif.

BMW ConnectedDrive terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemandu (Driver Assistance), servis dan aplikasi. Ini termasuklah Navigation System Professional dan BMW Apps yang membolehkan aplikasi telefon pintar seperti radio internet AUPEO! dan platform muzik Deezer dapat digunakan dengan mudah di dalam kereta.

Selain itu, pemilik bileh memilih arna-warna yang ditawarkan untuk BMW X4 serba baharu termasuklah putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), kelabu (Sophisto Grey) dan coklat (Sparkling Brown).



BMW X4


Gaya sporty serta elegan BMW X4 serba baharu ditingkatkan lagi menerusi pilihan upholsteri dalaman yang terdiri daripada kulit Nevada Mocha dan Nevada Black.

Anggaran harga runcit BMW X4 serba baharu (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI):

BMW X4 xDrive28i - RM 438,800.00

BMW X4 xDrive28i M Sport -RM 468,800.00

Tawaran khas untuk pemandu BMW X4 yang sporty, pakej M Sport merangkumi pakej M Aerodynamics, BMW Individual Shadow Line dengan kemasan hitam berkilat, rim aloi M ringan bersaiz 19 inci bersama tayar campuran dan kemasan cat menarik seperti warna hitam (Carbon Black) metalik yang eksklusif.

Pada bahagian dalam, pakej M Sport termasuklah tempat duduk dibalut kulit yang sporty untuk pemandu dan penumpang hadapan, kemasan bumbung BMW Individual berwarna gelap (Anthacite) serta stereng kulit M bersama butang multi-fungsi bagi menaikkan lagi ambien sporty pada BMW X4 serba baharu.

View the original article here