Showing posts with label TAMPIL. Show all posts
Showing posts with label TAMPIL. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

SERIUS CUN!!! 8 Foto Nur Fazura tampil terlampau memukau di Festival Filem Malaysia 2014


Festival Filem Malaysia yang ke-26 telah menyaksikan filem KIL dinobatkan sebagai filem terbaik manakala Lisa Surihani dan Rusdi Ramli dinobatkan sebagai pelakon terbaik. 



Menariknya untuk FFM kali ini, selebriti wanita tanah air tampil dengan pakaian yg amat menyerlahkan kejelitaan mereka. Yang penting pakaian tersebut tidak terlalu menjolok mata. Antara contoh terbaik ialah Nur Fazura.



Elegan bukan? Memang menawan sangat-sangat. Terserlah kejelitaan Nur Fazura. Pasti ada mata yg memandang telah jatuh cinta.

Silap-silap ada yg masuk meminang sehari dua nanti (ok gurau-gurau je nie, sila jangan amik serius). Kalau diminta buat pilihan antara Fazura dan Lisa, memang ambil 100 hari juga nak memikirkannya. Hehe.






















View the original article here

Sunday, 2 November 2014

NICE!!! Fesyen ketat Siti Nurhaliza tampil mengancam dengan baju kurung

Sejak mengambil keputusan untuk berhijab penuh pada Januari tahun lalu, penampilan Dato' Siti Nurhaliza tampak semakin cantik dan anggun pada pengamatan kami.



Tanpa terpengaruh dengan fesyen-fesyen singkat yg sering ditampilkan kebanyakkan artis lain, Siti lebih selesa untuk menggayakan baju-baju kebaya yg tidak begitu ketat untuk disesuaikan dengan tudung labuh rekaannya.



Bagaimanapun, penampilan Datuk Siti Nurhaliza untuk menghiasi muka depan majalah Media Hiburan baru-baru ini agak berbeza. Beliau tampil dengan baju kurang ketat mengikut bentuk yg amat mengancam sehingga menyerlahkan kejelitaannya.








 


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Ailee tampil langsing demi Magazine



PENAMPILAN terbaharu penyanyi jelita Ailee menerusi album mini pertamanya, Magazine menarik perhatian ramai apabila penyanyi itu tampil lebih langsing berbanding pada awal kemunculannya dalam industri hiburan Kpop tiga tahun lalu.

Menurut laporan portal hiburan Korea, Allkpop.com, pada persembahan Ailee di Ilchi Art Hall, Cheongdamdong baru-baru ini, dia turut mendedahkan rahsia penurunan berat badannya.






“Saya hanya makan makanan dalam jumlah 500 kalori sehari. Dalam masa sebulan sahaja, saya berjaya menurunkan 10 kilogram. Saya akui agak susah untuk menjaga diet apabila sibuk dengan persiapan album baharu ini,” katanya.

Tambah Ailee, dia benar-benar menjaga pemakanannya dan pada masa sama bersenam untuk tampil lebih kurus.

“Bagaimanapun, apabila berat badan saya kurang, stamina pula menjadi lemah. Persembahan vokal juga kurang mantap,” dedah gadis berusia 25 tahun itu.



View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu


Didi Astillah

Bekas peserta Idola Kecil (terbitan TV9), Didie Astillah muncul dengan album terbaharu terbaharu iaitu Didi Astillah.

Didi, 19, berkata, menerusi album tersebut, lagu-lagu yang dibawakan lebih matang, namun sesuai dengan usianya dalam menarik penggemar-penggemar muzik daripada kalangan remaja.






"Saya mahu tampil dengan lagu-lagu segar dan matang tetapi sesuai dengan usia saya.

"Dalam pada itu, saya bersyukur kerana album ini dijayakan oleh komposer dan penulis lirik terkenal iaitu L.Y dan komposer dari negara seberang iaitu Posan yang pernah menulis lagu Sayang nyanyian Shae," katanya.

Tambah Didi, kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu mengenai kisah-kisah percintaan golongan muda masa kini.

Album tersebut memuatkan sebanyak enam buah lagu iaitu Pujaan Hatiku, La la la, Aku Jatuh Cinta, Fikirkan Kamu, BFFku, Stop Mencintaiku dan I Love You So.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbitan Warner Music itu mengetengahkan evolusi muzik pop dance.




"Bagaimanapun, untuk single pertama, saya akn muncul dengan lagu Fikirkan Kamu dahulu kerana saya percaya lagu tersebut mampu menarik perhatian penggemar muzik.

"Selain itu ia mampu menaikkan nama saya sebagai penyanyi baru dalam industri muzik tempatan," ujarnya.

Terdahulu, anak kelahiran Sandakan, Sabah itu mula melibatkan diri dalam dunia muzik bermula usia tiga tahun dan pernah mempunyai mempunyai album berjudul Adik-Adik Mutiara, berduet bersama kakaknya, Bella Astillah.

Sejak itu, mereka sudah pun memiliki sebanyak 10 buah album.


View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

ISU DAKWAAN AMALAKAN HIDUP SONGSANG IQRAM DINZLY TAMPIL MEMBERI JAWAPAN!!!

Kasihan juga menjadi Iqram Dinzly. Kalau dulu dikaitkan dengan selebriti wanita seperti Fouziah Gous dan Soo Wincci, kini Iqram didakwa menjalinkan hubungan songsang dengan seorang pelajar di UK. Malah lebih teruk lagi, Iqram juga didakwa menghabiskan masa di sebuah kelab gay ketika menjalani penggambaran di London. Lebih teruk, mesej-mesej berbaur hubungan songsang antara Iqram dan pelajar tersebut telah tersebar luas dan menyebabkan orang ramai mempersoalkan orientasi seksual pelakon ini.
Memang agak menggelikan juga sekiranya mesej-mesej yang dihantar oleh mereka berdua ini benar-benar dimaksudkan sedemikian rupa. Namun hari ini menerusi akaun Instagramnya, Soo Wincci telah tampil menjelaskan yang mesej-mesej berbaur hubungan songsang ini adalah “dare” atau cabaran daripada dirinya buat Iqram dan pelajar tersebut. Fuh~~ Cabaran macam ini pun ada jugak.
Malah Iqram juga menerusi Mstar Online membuat penerangannya sendiri dan melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan sebegini. Kata Iqram:-

Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja.

Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa? Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula. Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar

Senang je nak selesaikan masalah sebegini. Iqram Dinzly kena cepat-cepat kahwin dan buktikan bahawa dirinya adalah lelaki normal. Lain kali di masa hadapan, janganlah buat “dare” sebegini lagi. Kalau yang tak masuk akal dan boleh merosakkan masa depan sendiri, baik fikir 2,3 kali sebelum buat. Tak pasal-pasal timbul kontroversi sebegini. Semoga ia jadi pengajaran buat Iqram.SUMBER

View the original article here