Showing posts with label Danish. Show all posts
Showing posts with label Danish. Show all posts

Monday, 17 November 2014

AKHIRNYAKantoi !!! Nora Danish Dan Kekasihnya, Nadim Bercuti Di Bali Tersebar ( 9 Gambar )




Baru-baru ini, gambar kemesraan Nora Danish dan Nadim tersebar ketika pasangan

ini dikatakan mempunyai urusan kerja di Bali. Namun, ketika berada di Bali, Nora 

tidak keseorangan tetapi bersama kekasihnya, Nadim.



Beberapa gambar Nora dan Nadim bersiar-siar di sekitar Bandar Bali dengan menaiki 

motosikal. Nora juga ditemani oleh kakaknya, Nadia Danish serta beberapa rakan yg 

lain.


















 


FUNTIMES


View the original article here

Sunday, 9 November 2014

WOW!! 6 Foto fesyen rambut Nora Danish di ASK 2014 paling memukau

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yg berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam Jumaat. 



Drama yg diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.

Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yg tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.






Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.






Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.






Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman - PORTAL BUDIEY










 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

PERHH!!! Bront Palarae Jilat Leher Nora Danish?




Boleh dikatakan setiap kali ada NORA DANISH, pasti ada cerita menarik. Sama ada cerita itu enak didengar atau sebaliknya, Nora dilihat bijak mengendalikannya dengan baik.

Apabila Nora digandingkan semula dengan Farid Kamil dalam filem terbaru, Anak Jantan selepas tercetus kontroversi gandingan mereka dalam Pengantin Malam, ramai ingin tahu bagaimana persediaan Nora berhadapan situasi itu.

Sebelum itu timbul isu isteri Farid, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial melihat gambar mesra Farid dan Nora untuk promosi filem itu.

Walaupun diselesaikan dengan baik, Nora mengambil sikap profesional untuk menghormati semua pihak terutama mereka yg berkait rapat dengan pelakon lelaki gandingannya.

Kata Nora, tiada masalah bekerja dengan Farid kerana masing-masing tahu had-had tertentu yg perlu dihormati.


Saya hormat semua artis. Kalau lihat sesi fotografi bersama baru-baru ini, sudah tidak ada adegan bersentuhan.

Kalau ada lagi, saya cuba ambil langkah untuk mengelak. Perkara boleh elak, tak ada masalah pun, katanya.




Dalam Anak Jantan, lakonan Nora mendapat perhatian apabila kali pertama berganding dengan Bront Palarae.

Apatah lagi dalam filem itu, Nora yg memegang watak Nara melakonkan watak digoda dan dirogol Bront yg memegang watak antagonis bernama Somchai.

Lebih mengejutkan, babak Bront dilihat seolah menjilat leher Nora secara paksa sehingga mana-mana penonton yg melihatnya akan berasa 'gerun'.

Nora akui babak kena rogol agak mencabar apatah lagi berlakon dengan Bront yg diakui pelakon hebat dan memberi persembahan terbaik dalam setiap filem lakonannya.


Sebelum adegan itu berlaku, Bront sudah beritahu saya apa yg dia akan buat dan tanya adakah saya selesa dengan cara itu atau tidak.

Pada awal, gugup juga tapi bila saya faham situasi, saya okay dan tiada masalah, katanya. Kata Nora, kalau berlakon dengan pelakon hebat, tidak ada apa yg perlu ditambah baik kerana semuanya pasti akan berjalan lancar.

Selain cabaran dirogol dengan 'rakus' dalam salah satu babak Anak Jantan, Nora juga akui tercabar apabila perlu bercakap dalam loghat utara.

Sebagai pelakon yg tidak bercakap loghat utara sebagai komunikasi harian, Nora terpaksa mendapatkan bantuan Farid Kamil yg kebetulan berasal dari Kedah.


Pada mulanya takut juga sebab kena cakap utara. Bila sampai set penggambaran, barulah saya belajar cakap loghat utara. Beberapa orang kru produksi dan Farid sendiri banyak membantu dari segi penggunaan ayat yg betul, katanya.

Nora juga baru saja selesai peng-gambaran drama Cikgu Timah Sekolah Bandar bersama Aaron Aziz untuk Astro First dan bakal memasuki set penggambaran satu lagi filem komedi.

Mengenai kontraknya bersama MIG Talent, Nora yg bersama syarikat itu sejak beberapa tahun lalu tidak menolak kemungkinan untuk menyambung semula apabila kontrak tahunannya tamat.


Mungkin saya akan sambung semula. Lagi pun kontrak saya berdasarkan tahunan untuk filem dan saya tidak ada masalah. "Setakat ini saya senang bekerja dengan mereka dan tiada aral untuk terus bekerja dengan penerbitan MIG Pictures pada masa akan datang, katanya.

Antara filem lakonannya bersama syarikat itu ialah Pengantin Malam, Bencinta, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Lagenda Budak Hostel, Cuti-cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

 


View the original article here

OH NORA!!! Nora Danish Dah Tinggalkan Nedim Nazri?


Rasanya semua orang dah tahu bahawa hot mama ni sekarang sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri yg juga merupakan anak kepada seorang menteri terkemuka (ape yg terkemuka tatau) Malaysia.

Maka, kami yakin bila headline sebegini keluar, ramai jejaka yg melonjak riang sebab kononnya masih berpeluang nak mengorat Nora Danish kan? (kononnyalah).



Tapi, sayang seribu kali sayang. Kami terpaksa katakan yg Nora hanya tinggalkan Nedim selama 50 minit sahaja.

Haha. Gurau je ya cik abang semua. Takkan hari-hari nak serius kan? Lebih-lebih lagi apabila mengalami Monday blues macam ni.

Sebenarnya, menerusi laman Instagram Nedim, Nora Danish dikatakan leka bershopping sampai sanggup tinggalkan Nedim keseorangan. Siap ada video lagi tau.



Tak sabar rasanya nak tengok pasangan sama cantik sama padan ni melangsungkan hari bahagia mereka kan. Tapi, jodoh kan di tangan Allah SWT. Kalau ada jodoh mesti mereka berdua bersatu kan?

 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

OH ARTIS!!! Merungkai Misteri Burger Nora Danish


"Nampak sweet couple ini makan di gerai burger Look For The Sign, Sungai Penchala. Suka bossned dapat burger besar," Itulah kata-kata seorang blogger terkenal sebaik menatap sekeping gambar Nora Danish dan buah hatinya, Nedim Nazir sedang makan burger.

Ada sesuatu yg cukup mengejutkan apabila korang melihat gambar tersebut.

Burger milik Nora Danish seolah-olah terangkat dan terbang sendiri. Jika tidak diperhatikan dengan teliti ramai yg akan hairan dan tertanya-tanya, tak gitu?



Sebenarnya, pinggan Nora Danish yg berisi burger dihulurkan oleh satu tangan putih yg seakan tidak kelihatan kerana dikaburi dengan cahaya lampu.

Jadi, korang tak perlulah terkejut ya... lagi satu tak perlula marah aku letak tajuk gempak macam kat atas tu hahaha

View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

COMEY!!! Ciuman Nora Danish Viral Di Instagram



Komen nakal peminat di instagram Nora Danish ekoran gambar kesan lipstik Nora pada 

anak kesayangannya.Nora Danish Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish

ialah seorang pelakon wanita Malaysia yg terkenal kerana memegang watak utama 

Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri. 



Anak Terengganu ini pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak

kepada  bekasYang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, 

pada 20 Jun 2006 tetapi telah berpisah pada Julai 2008. Ketika itu, Nora sedang hamil 

dua bulan. Pelakon jelita ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki,Putra Rayqal 

Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009.













 


View the original article here

Thursday, 9 October 2014

ARTIS !!! Adegan Panas Nora Danish Dan Farid Kamil Atas katil




Pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil telah berkongsi gambar yg memaparkan 

satu babak dalam filem lakonannya bersama Nora Danish yg bakal ditayangkan tak 

lama lagi berjudul Anak Jantan.



Sebelum ini isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle pernah menegur perbuatan Nora 

yang berkongsi gambar berpegangan tangan dengan Farid Kamil bagi mempromosikan

filem Pengantin Malam.







 


View the original article here

Saturday, 20 September 2014

MESTI TENGOK! Gambar-gambar Nora Danish yang Cantik Menunaikan Umrah


Siapalah yang tidak kenal dengan Nora Danish kan? Pengikut beliau di Instagram kini mencecah 1 juta dan ini sememangnya mengejutkan orang ramai. Wow, gambar Nora Danish mengerjakan umrah memang cantik-cantik belaka. Alangkah manis dan ayunya Nora ketika memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan itu. Jom tengok gambar-gambar Nora Danish menunaikan umrah ini di bawah..

Alhamdulilah, Nora Danish telah selesai mengerjakan umrah dengan selamat. Semoga kita juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah. Amiin









View the original article here

Monday, 8 September 2014

GEMPAR! Nora Danish Terima Ancaman Rogol daripada Seorang Lelaki !


Siapalah yang tidak kenal dengan Nora Danish kan? Pelakon dan artis terkenal yang mempunyai pengikut di Instagram yang telah mencecah 1 juta. Beliau kini merancang untuk berkahwin dengan Nedim Nazri, seorang ahli perniagaan dan merupakan seorang anak menteri.

Dewasa ini, kes jenayah siber semakin berleluasa di negara kita. Semakin melampau rasanya peminat di Instagram artis hari ini sehingga ada yang tidak rasa sikit pun bersalah meninggalkan ugutan berbaur lucah yang sebenarnya boleh menjadi isu serius jika dilaporkan ke pihak berkuasa. Pembulian siber (cyber bullying) bukan benda kecil. Sememangnya perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Terbaru, Nora Danish telah menerima ancaman rogol dari salah seorang pengikut beliau dengan nama @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya. Hal ini sememangnya merunsingkan keluarga Nora Danish dan juga kekasihnya, Nedim Nazdri.



Laman mStar Online melaporkan hari ini yang Nora Danish telah disarankan oleh para peminatnya untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya. Nora Danish perlu mengambil langkah pantas bagi mengelakkan dirinya daripada terpalit daripada perkara sebegini.

Komen jahat tersebut telah ditinggal di gambar menunjukkan Nora Danish sedang membonceng motorsikal bersama kekasihnya, Nedim Nazri pada Jumaat lalu.

Nora Danish bagamana pun dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini. Semoga Nora Danish dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja

sumber : Mstar


View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram



Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.






"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."




Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.




Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.

View the original article here

Friday, 5 September 2014

GEMPAR! Nora Danish Memakai Short Pants Ketika Menziarahi Fasha Sandha




Siapa tak kenal akan pelakon comel lagi jelita Nora Danish. Beliau merupakan artis pujaan ramai malahan akhir akhir ini followers instagram beliau telah mencecah lebih dari 1 juta. Tahniah untuk Nora Danish.

Tapi melalu instagram tersebut jugalah Nora telah memuat naik beberapa gambarnya ber-short pants. Ketika itu nora sedang bergambar bersama anaknya, melawat Fasha Sandha bersama anak yang baru dilahirkannya bersama Jejai yang bernama Rayfal.






View the original article here

MESTI TENGOK! Gambar-gambar Nora Danish yang Cantik Menunaikan Umrah


Siapalah yang tidak kenal dengan Nora Danish kan? Pengikut beliau di Instagram kini mencecah 1 juta dan ini sememangnya mengejutkan orang ramai. Wow, gambar Nora Danish mengerjakan umrah memang cantik-cantik belaka. Alangkah manis dan ayunya Nora ketika memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan itu. Jom tengok gambar-gambar Nora Danish menunaikan umrah ini di bawah.

Alhamdulilah, Nora Danish telah selesai mengerjakan umrah dengan selamat. Semoga kita juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah. Amiin








View the original article here