Showing posts with label Leher. Show all posts
Showing posts with label Leher. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

PERHH!!! Bront Palarae Jilat Leher Nora Danish?




Boleh dikatakan setiap kali ada NORA DANISH, pasti ada cerita menarik. Sama ada cerita itu enak didengar atau sebaliknya, Nora dilihat bijak mengendalikannya dengan baik.

Apabila Nora digandingkan semula dengan Farid Kamil dalam filem terbaru, Anak Jantan selepas tercetus kontroversi gandingan mereka dalam Pengantin Malam, ramai ingin tahu bagaimana persediaan Nora berhadapan situasi itu.

Sebelum itu timbul isu isteri Farid, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial melihat gambar mesra Farid dan Nora untuk promosi filem itu.

Walaupun diselesaikan dengan baik, Nora mengambil sikap profesional untuk menghormati semua pihak terutama mereka yg berkait rapat dengan pelakon lelaki gandingannya.

Kata Nora, tiada masalah bekerja dengan Farid kerana masing-masing tahu had-had tertentu yg perlu dihormati.


Saya hormat semua artis. Kalau lihat sesi fotografi bersama baru-baru ini, sudah tidak ada adegan bersentuhan.

Kalau ada lagi, saya cuba ambil langkah untuk mengelak. Perkara boleh elak, tak ada masalah pun, katanya.




Dalam Anak Jantan, lakonan Nora mendapat perhatian apabila kali pertama berganding dengan Bront Palarae.

Apatah lagi dalam filem itu, Nora yg memegang watak Nara melakonkan watak digoda dan dirogol Bront yg memegang watak antagonis bernama Somchai.

Lebih mengejutkan, babak Bront dilihat seolah menjilat leher Nora secara paksa sehingga mana-mana penonton yg melihatnya akan berasa 'gerun'.

Nora akui babak kena rogol agak mencabar apatah lagi berlakon dengan Bront yg diakui pelakon hebat dan memberi persembahan terbaik dalam setiap filem lakonannya.


Sebelum adegan itu berlaku, Bront sudah beritahu saya apa yg dia akan buat dan tanya adakah saya selesa dengan cara itu atau tidak.

Pada awal, gugup juga tapi bila saya faham situasi, saya okay dan tiada masalah, katanya. Kata Nora, kalau berlakon dengan pelakon hebat, tidak ada apa yg perlu ditambah baik kerana semuanya pasti akan berjalan lancar.

Selain cabaran dirogol dengan 'rakus' dalam salah satu babak Anak Jantan, Nora juga akui tercabar apabila perlu bercakap dalam loghat utara.

Sebagai pelakon yg tidak bercakap loghat utara sebagai komunikasi harian, Nora terpaksa mendapatkan bantuan Farid Kamil yg kebetulan berasal dari Kedah.


Pada mulanya takut juga sebab kena cakap utara. Bila sampai set penggambaran, barulah saya belajar cakap loghat utara. Beberapa orang kru produksi dan Farid sendiri banyak membantu dari segi penggunaan ayat yg betul, katanya.

Nora juga baru saja selesai peng-gambaran drama Cikgu Timah Sekolah Bandar bersama Aaron Aziz untuk Astro First dan bakal memasuki set penggambaran satu lagi filem komedi.

Mengenai kontraknya bersama MIG Talent, Nora yg bersama syarikat itu sejak beberapa tahun lalu tidak menolak kemungkinan untuk menyambung semula apabila kontrak tahunannya tamat.


Mungkin saya akan sambung semula. Lagi pun kontrak saya berdasarkan tahunan untuk filem dan saya tidak ada masalah. "Setakat ini saya senang bekerja dengan mereka dan tiada aral untuk terus bekerja dengan penerbitan MIG Pictures pada masa akan datang, katanya.

Antara filem lakonannya bersama syarikat itu ialah Pengantin Malam, Bencinta, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Lagenda Budak Hostel, Cuti-cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

 


View the original article here

Thursday, 18 September 2014

Gadis Di Kecam Muat Naik Video Gergaji Leher Kura-Kura Ke Facebook


Seorang gadis berusia 17 tahun telah di kecam hebat kerana beliau memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan saudaranya lebih tua menggergaji kepala kura-kura masih hidup.

Catrina Shears, dari West Michigan,mamuat naik video yang dia anggap terlalu kejam media sosial pada minggu ini. Klip video yang dirakamkan pada telefon mudah alih, menunjukkan remaja itu menggunakan playar untuk menarik kepala penyu keluar dari cengkerangnya manakala abangnya memijak kura-kura dan menggergaji perlahan-lahan pada bahagian leher haiwan itu selama kira-kira 20 saat.

          

          

View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Berjalan 7 Batu Ke Hospital Dengan Kayu Terpacak Di Leher

Seorang petani berusia 70 tahun terpaksa berjalan kaki tujuh batu untuk sampai ke hospital setelah sebatang kayu menusuk pada bahagian lehernya semasa dia bekerja di ladang.

Su Liyu berkata beliau tiada pilihan kecuali berjalan ke hospital selepas kejadian di Wangxi, wilayah Sichuan China selatan-barat.

'Saya tahu saya terpaksa melakukannya, bahawa jika saya hanya bergantung kepada orang lain untuk membantu atau saya akan meninggal dunia di ladang ini, "katanya.

'Saya tidak mempunyai pilihan tetapi, berjalan ke hospital atau mati di situ, dan saya fikir saya terlalu muda untuk mati. '

Liyu berkata masa kejadian, dia menolak dahan kayu dan tiba-tiba dahan itu balik semula dan sebahagian daripada dahan itu menikam lehernya dan patah.

Dia berkata: "Ia tidak terlalu menyakitkan tetapi saya dapat merasakan ia adalah dalam. Sudah tentu terlalu dalam bagi saya untuk menarik keluar. '

Beliau membuat keputusan berjalan kaki sejauh tujuh batu untuk ke hospital, Liyu terserempak anak saudara beliau yang menemaninya sepanjang jalan dan membantu menahan kereta.

Beliau dipindahkan dari hospital tempatan ke Hospital Rakyat Quxian dan sekali lagi ke Hospital Kangcheng di bandar Dazhou di mana dia menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang kayu tersebut.

Doktor Weng Zhang, yang mengendalikan Liyu, berkata beliau amat bertuah kerana batang kayu tidak merosakkan mana-mana bahagian penting di leher. Dia adalah seorang yang sangat bertuah dan seorang wanita yang sangat berani.



View the original article here

Monday, 2 June 2014

Kanak-Kanak Mati Tanpa Kepala: Suspek Kelar Leher Mangsa Guna Jubin Seramik


Kanak-kanak perempuan 18 bulan yang ditemui mati tanpa kepala di Sungai Klang di sini, dipercayai dibunuh menggunakan serpihan jubin seramik, sebelum suspek terjun ke sungai itu.

Polis sudah mengenal pasti suspek kes kejam dan ngeri itu iaitu lelaki berusia lewat 30-an yang juga bekas banduan.

Sumber berkata, gambaran pada kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kompleks menunjukkan ada pengawal keselamatan melihat lelaki berkenaan berjalan bersama mangsa, Siti Soffea Emelda Abdullah.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ketika itu mungkin pengawal keselamatan itu tidak tahu kanak-kanak itu diculik.

Siti Soffea bersama ibunya, Siti Salmy Suib, 32, di Kompleks Membeli-Belah Kota Raya dan kemudian meninggalkan anaknya bersama seorang kawan untuk ke tandas pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, selepas kira-kira lima minit, ibu mangsa mendapati kedua-duanya tidak kelihatan di tempat terakhir anaknya ditinggalkan di tingkat empat bangunan itu.

Siti Salmy hanya mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya selepas polis menjejaki pergerakan kanak-kanak itu dan lelaki terbabit.

Pada kira-kira pukul 9 malam, beberapa orang awam melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea ke arah Sungai Klang, kira-kira 1.5 kilometer dari kompleks berkenaan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, beliau sedang mandi di sungai berkenaan apabila melihat seorang lelaki tunduk melihat sesuatu yang seakan-akan patung.

"Apabila saya bergerak lebih dekat baharu saya nampak seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala hampir tenggelam dalam sungai.

"Lelaki itu nampak saya mendekatinya dan terus memandang tepat pada saya," katanya yang mendakwa melihat lelaki itu meminum darah dari kepala kanak-kanak yang dipenggal itu.

Mohammad, 29, yang tinggal di bawah jambatan kemudian meminta pertolongan rakannya yang dikenali sebagai Las.

Mohammad and Las juga mengaku melihat suspek mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol.

"Apabila polis tiba, lelaki itu terjun ke sungai dan cuba melarikan diri," katanya yang menghubungi polis, manakala Las diminta memerhati pergerakan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis percaya suspek mati lemas ketika cuba melarikan diri.

Polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kong Meng berkata, beberapa serpihan jubin seramin, kesan darah dan sepasang selipar dipercayai milik suspek ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan ke atas mayat Siti Soffea mendapati bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan. mstar.com.

View the original article here