Showing posts with label memukau. Show all posts
Showing posts with label memukau. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

WOW!! 6 Foto fesyen rambut Nora Danish di ASK 2014 paling memukau

Drama terbitan Al Hidayah Production berjudul Matahari Terbit Lagi diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yg berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam Jumaat. 



Drama yg diterajui oleh pelakon Syed Ali, Mubarak Majid, Mimi Ernida dan Shawal Ruslan itu menewaskan drama lain seperti Balqis.

Matahari Terbit Lagi turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik iaitu Azeli Mohammad dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui Anuar Chew Abdullah dan anugerah daripada kategori teknikal iaitu Lakon TV Terbaik.

Manakala, pelakon cilik Puteri Balqis pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis. Antara calon yg tewas dalam kategori tersebut adalah Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.






Dalam pada itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh Namron menerusi lakonan cemerlangnya dalam Balqis. Manakala Nabila Huda membuat kejutan apabila memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama menewaskan calon-calon seperti Didie Alias, Fauziah Nawi, Izreen Azminda dan ElFaeza.

Pengarah dan barisan pelakon filem Tanda Putera yang memenangi kategori Filem Terbaik ASK2014.

Bagi kategori Filem Terbaik berpihak kepada karya terbitan Pesona Pictures berjudulTanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Datin Paduka Shuhaimi Baba diumum sebagai Pengarah Terbaik Filem. Manakala Zizan Nin turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Filem.

Lakonan berkesan Sharifah Amani dalam Psiko Pencuri Hati telah membawa tuah kepadanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Manakala Namron merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem yang sama.






Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik Filem dimenangi oleh Zizan Nin (Tanda Putera) dan Natasha Hudson (Lemak Kampung Pandan).

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

ASK 2014 pada tahun ini mengangkat tema prestij dan angun dan siaran langsung itu dihoskan oleh Fahrin Ahmad.

Ia disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.






Kategori lain turut menampilkan barisan artis seperti Amy Search, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam, dan Ziela Jalil sebagai penyampai anugerah.

Manakala persembahan pada malam itu diserikan oleh Hafiz Suip, Black, Lan Typewriter, Nora Danish, Fathia Latif, Aziz M.Osman, Ruminah Sidek dan Erma Fatimah.

Secara keseluruhan, ASK 2014 mempertandingkan sebanyak 31 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman - PORTAL BUDIEY










 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

SERIUS CUN!!! 8 Foto Nur Fazura tampil terlampau memukau di Festival Filem Malaysia 2014


Festival Filem Malaysia yang ke-26 telah menyaksikan filem KIL dinobatkan sebagai filem terbaik manakala Lisa Surihani dan Rusdi Ramli dinobatkan sebagai pelakon terbaik. 



Menariknya untuk FFM kali ini, selebriti wanita tanah air tampil dengan pakaian yg amat menyerlahkan kejelitaan mereka. Yang penting pakaian tersebut tidak terlalu menjolok mata. Antara contoh terbaik ialah Nur Fazura.



Elegan bukan? Memang menawan sangat-sangat. Terserlah kejelitaan Nur Fazura. Pasti ada mata yg memandang telah jatuh cinta.

Silap-silap ada yg masuk meminang sehari dua nanti (ok gurau-gurau je nie, sila jangan amik serius). Kalau diminta buat pilihan antara Fazura dan Lisa, memang ambil 100 hari juga nak memikirkannya. Hehe.






















View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Taylor Swift tetap memukau



DARIPADA seorang gadis yang sering diperlekehkan, Taylor Swift kini menjadi ikon remaja di tempat lahirnya.

Berbekalkan suara hebat dan wajah comel, pemilik nama penuh Taylor Alison Swift ini berjaya mencipta nama dalam tempoh 10 tahun.

Menjadi antara individu yang disisihkan, Swift menjadikan lagu-lagu ciptaannya sebagai modal untuk berkongsi perasaan amarahnya.

Bakatnya dalam bidang muzik diwarisi daripada neneknya yang juga penyanyi opera selain dipengaruhi oleh penyanyi country, LeAnn Rimes.

Sehubungan itu, tidak hairanlah pada usia 10 tahun, penyanyi lagu Tim McGraw itu mula tampil di depan umum dan menulis lirik lagu.






Swift kemudiannya mulai aktif dalam bidang seni suara sejak 2006 dengan membawakan genre muzik country pop, pop dan pop rock yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang.

Bermula dari situ, terlahirlah album pertamanya, Taylor Swift pada 2006, diikuti Fearless (2008), Speak Now (2010) dan Red (2012).

Demi mendekatkan dirinya kepada peminat yang menyokongnya selama ini, pelantun lagu The Lucky One itu menjelajah ke 86 lokasi untuk menjayakan konsert jelajahnya ke seluruh dunia.

Konsert jelajahnya itu dinamakan Red Tour, dan Malaysia menjadi lokasi kedua terakhir sebelum dia menamatkan Red Tour di Singapura setelah hampir setahun setengah mengelilingi dunia.

Malah, kata pelantun lagu Love Story itu, dia akan kembali memasuki studio untuk album kelima.

Usaha gigih penyanyi Girl at Home itu berbayar apabila dia menjadi individu termuda dan artis solo wanita pertama memenangi anugerah Country Music Association (CMA) bagi kategori penghibur sepanjang tahun.

"Saya tidak akan melupakan detik ini, kerana ketika ini semua yang saya inginkan telah berlaku," katanya.

Tidak cukup setakat itu, dia juga mendominasi Anugerah Muzik Billboard 2013 apabila memenangi kategori Artis Terbaik, Artis Wanita Terbaik, Artis Billboard 200 Terbaik dan Album Billboard 200 Terbaik menerusi album Red.

Dia juga menang bagi anugerah Artis Lagu Digital Terbaik, Artis Country Terbaik, Album Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik menerusi We Are Never Ever Getting Back Together.




Mahu jadi pelakon hebat

Walaupun karier nyanyiannya sedang meningkat naik, gadis kelahiran Wyomissing, Pennsylvania, Amerika Syarikat ini sebenarnya mahu menjadi pelakon yang hebat.

Sebelum ini, pelantun lagu State of Grace ini pernah membintangi filem Valentine`s Day dan memegang watak sampingan menerusi siri drama TV New Girl, namun itu belum cukup membuktikan dia seorang yang hebat berlakon.

"Saya memang ingin menjadi bintang filem, dan saya ingin membuktikan saya juga boleh berlakon dengan baik sebaris dengan pelakon Hollywood yang lain," katanya kepada Radar Online.

Sehingga kini, penyanyi berusia 24 tahun itu akan terus berusaha dalam bidang yang dia impikan sekali gus tidak mengganggu kariernya sebagai penyanyi.

Bahkan, Swift juga ditawarkan untuk membintangi Filem Cereka Konsert seperti Justin Bieber dan Katy Pery bernilai USD10 juta (RM30 Juta), namun pihak pengurusannya masih lagi dalam proses perbincangan sama ada mahu menerima atau pun tidak.


Lakonan dipuji

Merealisasikan lagi cita-citanya yang mahu bergelar seorang aktres, pemenang Anugerah Grammy itu telah membintangi filem sains fiksyen, The Giver arahan Phillip Noyce yang di adaptasi daripada novel tulisan Lois Lowry.

Dalam filem itu, penyanyi I Knew You Were Trouble bergandingan dengan Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes dan Alexander Skarsgard.

Salah seorang pelakon filem berkenaan, Bridges memuji lakonan Swift.

"Dia sangat hebat. Kami akhirnya menjadi pencinta muzik," katanya.

Tidak setakat itu, Holmes yang juga menjadi salah satu bintang dalam filem berkenaan turut memuji lakonan Swift.

"Dia begitu indah. Dia begitu baik, berbakat, dan sangat luar biasa berbakat," katanya.

The Giver mengisahkan seorang lelaki muda yang terpilih diberi peluang untuk mempelajari kegagalan dan nikmat sebenar kehidupan di dunia ini dalam keadaan masyarakat sekeliling yang sempurna tanpa sebarang peperangan, kesakitan, penderitaan, perbezaan dan pilihan.

Nantikannya di pawagam mulai 4 September ini.

THE GIVER

PENGARAH: Phillip Noyce
PELAKON: Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes, Taylor Swift, Alexander Skarsgard
GENRE: Drama / Fiksyen Sains / Fantasi
TARIKH TAYANGAN: 4 September 2014

View the original article here