Showing posts with label Dikritik. Show all posts
Showing posts with label Dikritik. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

BERITA!! JPJ Dikritik Hebat Buat Operasi Khas


Orang ramai mengkritik hebat Operasi Khas yg telah dijalankan oleh JPJ baru-baru ini bagi memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, 'strobe light' dan lampu HID serta cermin gelap.

Operasi ini bagaimanapun mendatangkan kritikan dari pengguna jalan raya kerana operasi tersebut menjadi sebab mereka terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam!



Lebih teruk lagi, ada yg berang dengan operasi tersebut sehingga memanggil operasi ini sebagai bodoh.



Ada juga yg memberi cadangan supaya JPJ membuka kedai nombor plat sendiri kerana berkata banyak kedai luar yg tidak tahu ukuran standard yg telah diletakkan oleh JPJ.





Mungkin kerana hal-hal seperti inilah yg mengundang tanggapan negatif orang ramai kepada JPJ, seperti satu status yg telah dimuat naik oleh seseorang yg menyatakan niatnya terbantut untuk menolong mangsa sebuah kemalangan setelah melihat mangsa kemalangan itu memakai uniform JPJ.

 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

OH ARTIS!!! Dedah perut : Hanis Zalikha dikritik!



PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yg dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram.

Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yg keterlaluan.

Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu.







 


View the original article here

Monday, 13 October 2014

Feeya Iskandar dikritik peminat


- Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 mengundang kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini berhubung kontrovers tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.

“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."

"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."

Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.

“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan pu0nggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”


Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."

"Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing.”





View the original article here

Sunday, 7 September 2014

MESTI TENGOK! Gambar Rebecca Nur Islam Dikritik Akibat Pakaian Sendat di Pasar Raya


Sememangnya nama Rebecca Nur Islam tidak pernah lali dengan kontroversi yang pelbagai menimpa dirinya. Seringkali lihat beliau mengenakan baju yang ketat. Beliau seharusnya menjaga namanya sebagai artis dan juga namanya yang sangat indah itu. Gambar terbaru Rebecca di Pasaraya ini sememangnya mendapat pelbagai kritikan orang ramai. Jom lihat gambar ini di bawah : 



View the original article here