Showing posts with label Fenomena. Show all posts
Showing posts with label Fenomena. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Fenomena Aneh Remaja China Berdating Dengan Sayur Kubis

Fenomena aneh yang sedang berlaku di China, di mana sekumpulan remaja memilih berdating dengan kubis, bahkan lebih gila lagi mereka membawa kubis untuk berjalan-jalan di tempat awam bahkan di sebuah festival tanpa ada rasa malu.

Karenah para remaja tersebut kini telah berlaku di beberapa bandar-bandar besar di China, para pakar psikiatri China mengatakan ianya cukup membimbangkan dengan sikap aneh para remaja tersebut.

Dipetik dari orange.co.uk. "Itu adalah cara mereka untuk bercakap dan berkongsi sesuatu. Dan cara aneh ini sudah terjadi di beberapa bandar besar di China, "jelas Psikiatri dari Universiti Beijing Wen Chao.





View the original article here

Thursday, 19 June 2014

Fenomena Aneh Api Menyala Atas Air Di Jamaica



DiJamaica, ada api yang menyala di atas air.Anehnya, pengunjung boleh berendam di air tersebut anpa sebarang kecederaan.

Tidak jauh dari Kota Saint Ann Teluk di Middlesex, Jamaica, ada kolam  unik yang bernama Windsor Mineral Spring. Ini adalah kolam air panas semulajadi yang mempunyai fenomena aneh. Daripada Jamaica Travel and Culture, ada api yang menyala tepat di atas permukaan air kolam tersebut.

Bukan kerana berunsur ghaib, fenomena ini terjadi kerana tingginya tahap gas sulfur yang keluar dari dasar kolam semulajadi ini.

Seperti kebanyakan kolam air panas yang mengandungi belerang, air di sini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Dalam sejarahnya, kolam ini sudah digunakan sebagai pusat rawatan selama berabad-abad lalu oleh penduduk sekitar.

Bagi pelancong yang ingin ke sana, biasanya akan disambut oleh komuniti di Windsor Mineral Spring. Disana, pengunjung akan ditawarkan untuk berjalan di kolam air panas tersebut. Ada juga massage api yang boleh dicuba pelancong.

Terkini, dan ini yang paling unik, pemandu pelancong akan memasak di atas air yang mengeluarkan api tersebut.


View the original article here

Friday, 13 June 2014

Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir



Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.

Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir   kelihatan kering kontang.

Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.









View the original article here