Showing posts with label Pasir. Show all posts
Showing posts with label Pasir. Show all posts
Thursday, 30 October 2014
PELIK!!! Tangkap Haiwan Aneh Di Padang Pasir
Jeddah – Seorg lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorg pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.
Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.
“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.
“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya
PERR!!! Nelayan Terkejut Tangkap Pari Sebesar Lori Pasir
NENASI – Tiga nelayan terkejut apabila melihat seekor ikan pari bersaiz gergasi tersangkut pada pukat mereka ketika turun ke laut petang kelmarin.
Seorang nelayan terlibat yg dikenali Che Deraman, 60an berkata, dia bersama dua lagi rakannya turun ke laut seperti biasa awal pagi kelmarin untuk mencari rezeki.
Menurutnya, jumlah hasil tangkapan pada hari berkenaan adalah seperti biasa sahaja dan mereka turut mengambil masa untuk berehat sebentar ketika berada di laut Nenasi manakala pukat ikan telah diturunkan bagi menahan dan menangkap hasil laut.
‘Kami kemudiannya memeriksa kedudukan dan menaikkan pukat untuk melihat hasil yg diperoleh, namun terkejut selepas melihat seekor pari yg amat besar dan berat berada di dalam pukat.
“Kabel yg digunakan untuk mengangkat pukat membantu kesukaran kami menaikkan pari tersebut namun tetap bimbang kerana saiznya yg amat besar mampu menyebabkan kerosakan kepada pukat dan kabel,” katanya ketika menimbang berat pari berkenaan di jeti Nenasi, di sini.
Dia berkata, struktur isi ikan pari gergasi ini mungkin jauh lebih keras atau kenyal berbanding ikan lain namun ia menepati cita rasa dan mendapat permintaan tinggi pembeli dari negara jiran iaitu Singapura.
“Ini tangkapan pari yg paling besar diperoleh kerana sepanjang menjadi nelayan sejak lebih 30 tahun lalu, saya juga sering memperoleh tangkapan ikan pari tapi selalunya berat ikan mencecah 100 kilogram lebih sahaja.
“Harga ikan ini turut dikira melalui berat kilogram namun ia bersesuaian dengan tawaran di antara pembeli dan nelayan atau peraih yg bersetuju untuk menjualnya dengan harga semasa,” katanya.
Tuesday, 14 October 2014
BERITA Terkini :Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang Runtuh 7GAMBAR
Johor, 12 Okt - Sebuah jejantas(bahagian bumbung) di Lebuhraya Pasir Gudang bersebelahan Taman Kobena dilaporkan runtuh. Kejadian dipercayai terjadi disebabkan oleh ribut kuat pada petang tadi.
Dilaporkan 3 kenderaan telah mengalami kerosakan akibat dari kejadian itu.
Kejadian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yg teruk.
Pengguna yg biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif terlebih dalulu sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, kami masih belum boleh mengesahkan jika ada kemalangan jiwa yg terlibat dalam kemalangan ini. -
Friday, 13 June 2014
Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir
Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.
Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang.
Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.
Tuesday, 3 June 2014
Video Mahkluk Asing Di Temui Di Padang Pasir New mexico
Sebuah video yang dimuat naik di YouTube, jadi perbincangan hangat ramai orang. Video itu menunjukkaan sebuah pesawat jet pejuang Amerika Syarikat (AS) menghancurkan sebuah objek mirip 'obor-obor' yang didakwa raksasa alien di sebuah padang pasir di New Mexico.
Dalam video itu kelihatan, pesawat jet pejuang tentera AS terbang wilayah Durango, New Mexico, Amerika Syarikat. Dalam video itu, juga ada dua tentera AS yang menyaksikan adegan itu. Pesawat jet pejuang AS yang kemudian menjatuhkan bom ke arah objek misteri tersebut.
Menurut orang yang memuat naik video, memberikan keterangan tertulis. "Mei 2014, sebuah makhluk raksasa 'alien' ditemui di padang pasir New Mexico (area Durango).
"Tentera AS menghantar (pesawat) Tentera Udara untuk menghapuskan ancaman tersebut. Ini adalah satu-satunya maklumat yang kami dapatkan dari kenalan kami, "penjelasan keterangan di video itu.
*** Nampak sangat macam pembohongnya kan? Apa-apa pun layan je la...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

















