Plain of Jars adalah salah satu tapak prasejarah yang menjadi warisan tapak pelancongan Laos. Plain of Jars yang bermaksud 'dataran kendi'. Tapak ini terletak di Dataran Xieng Khouang, Laos. Sesuai dengan namanya, Plain of Jars dipenuhi ribuan batu pelbagai saiz dengan kedudukan setengah tertimbun di dalam tanah. Menurut Wikipedia sekurang-kurangnya ada 90 lokasi di Xieng Khouang yang dipenuhi balang batu seperti ini. Setiap lokasi biasanya memuatkan 1 sampai 400 balang. Hingga kini belum diketahui apa kegunaan kendi tersebut. Kendi-kendi raksasa tersebut biasanya mempunyai tinggi satu meter dan diameter 3 meter.
Hampir semua kendi batu di Plain of Jars tidak dihiasi perhiasan apapun. Hanya sebuah kendi di Tapak 1, laman Plain of Jars pertama yang ditemui, yang dihiasi dengan gambar manusia. Gambar tersebut diukir di bahagian dalam kendi. Ukiran yang bentuknya menyerupai manusia sedang berlutut dengan kedua lengan terentang ke atas ini mempunyai banyak persamaan dengan lukisan di prasejarah pada dinding batu yang dijumpai di Huashan, Guangxi, China. Jika kedua-dua lukisan tersebut memang dibuat pada masa yang sama, make dianggarkan kendi-kendi di Plain of Jars dibuat antara tahun 500 SM-200 M.
Dataran Plain of Jars pernah menjadi medan pertempuran ketika berlakunya Perang Indochina. Tempat itu pernah dibom beberapa kali. Bersyukur sebahagian besar kendi di Plain of Jars berjaya selamat dari serangan bom tersebut. Penduduk tempatan, seperti dipetik Ezine Articles percaya kalau dataran itu selamat kerana dilindungi oleh pasukan jin yang menghuni kawasan Plain of Jars.
Tidak ada yang tahu kebudayaan kuno mana yang membuat kendi-kendi ini. Tidak ada bukti tertulis menyebabkan penyelidikan terhadap tapak yang dianggarkan berasal dari Zaman Besi ini sukar dilakukan. Menurut Lonely Planet, satu-satunya sumber cerita yang boleh didapati adalah legenda tempatan yang menyebutkan bahawa kendi-kendi tersebut merupakan tempat penyimpanan arak beras yang disediakan oleh penduduk untuk merayakan jatuhnya pemimpin zalim yang menguasai daerah tersebut oleh seorang pahlawan bernama Khun Jeuam. Lebih jauh lagi, kendi tersebut dikhabarkan diperbuat dari campuran kulit kerbau, air, pasir, dan tebu yang dibakar pada oven batu kuno. Tetapi hasil kajian para ahli arkeologi menunjukkan kalau kendi-kendi tersebut dibuat dari batu keseluruhan.
Showing posts with label Ratusan. Show all posts
Showing posts with label Ratusan. Show all posts
Sunday, 15 June 2014
Friday, 13 June 2014
Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir
Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.
Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang.
Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)










