Showing posts with label Hamid. Show all posts
Showing posts with label Hamid. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

LAWAK!!! 5 Foto Aksi Terlampau Jasmin Hamid Yang Buat Lelaki Gatai Terkeluar Biji Mata!!!





5 gambar aksi terlampau Jasmin Hamid berlaku di sebuah kelab malam yg 

mengejutkan , aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Suhu “Badai Semalam”, 

naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yg kini giat dipentaskan di Istana 

Budaya cukup panas. 

Tiket bagi menyaksikan pementasan yg dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira 

dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas.

Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat 

sungguh!









Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan

pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan
itu.

Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak

tersebut berlakunya adegan ghairah yg melibatkan Aaron bersama pelakon versatil,

Jasmin Hamid (Dora).










Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan.
Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yg pada waktu yg sama telah pun 

terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apapun tahniah diucapkan pelakon yg berlakon diteater Suhu "Badai Semalam"

kerana lakonan yg dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing.




 


View the original article here

Friday, 24 October 2014

OH ARTIS!!! Aksi Terlampau Jasmin Hamid Di Pementasan Teater Badai Semalam




Suhu “Badai Semalam”, naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yg kini giat dipentaskan di Istana Budaya cukup panas.

Tiket bagi menyaksikan pementasan yg dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas.

Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat sungguh!



Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan itu.

Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan ghairah yg melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora).







Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan.

Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yg pada waktu yg sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apapun tahniah diucapkan pelakon yg berlakon diteater Suhu "Badai Semalam" kerana lakonan yg dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing.

 


View the original article here

Tuesday, 7 October 2014

gambar jasmin hamid tanpa mekap yg megejutkan2


Jasmin Hamid merupakan antara pelakon versatile yang maintain cantik dan jelita. 

Pelakon ini boleh dikatakan antara pelakon hebat yang boleh berlakon pelbagai watak termasuk watak garang dan lawak.

Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid kini berumur 41 tahun merupakan pelakon yang masih kerap muncul di kaca tv. 

Antara pelakon lain yang sezaman dengan Jasmin Hamid ialah Aida Aris, Aida Rahim, Umie Aida, Era Fazira dan Maria Farida.

Jasmin Hamid juga merupakan natural beauty.

Gambar tanpa makeup sememangnya mengejutkan ramai peminatnya yang ternyata tertarik dengan kecantikan Jasmin Hamid.

Gambar Jasmin Hamid tanpa solekan yang jelita di bawah:




View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Nilai seorang Hamid Gurkha



HARUS diakui, raut wajah seorang anak wayang dengan mimik muka lucu mempamer susunan gigi yang sedikit rompong pada sekitar tahun 80-an bernama Hamid Gurkha ini cukup mengesankan.

Paling mengesankan apabila beliau membawa watak seorang pemandu bas di dalam filem komedi seram Main-Main Hantu. Humor yang dilontar Hamid begitu bersahaja. Ini termasuklah di dalam deretan naskhah lain lakonannya seperti Konstabel Mamat, Gila Gila, Alamak Toyol dan Zombie Kampung Pisang.

Namun, selepas lebih 20 tahun menjadi anak seni, baru kini beliau diberi pengiktirafan.






Pemilik nama sebenar Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, nyata terharu dengan penghargaan yang diberikan kepadanya memandangkan itu kali pertama dirinya berdiri di atas pentas sebagai penerima Anugerah Lawak Warna. Turut menerima anugerah sama ialah pelawak veteran terkenal, Datuk Jamali Shadat.

“Saya memang tidak sangka dan terharu atas penganugerahan ini. Saya sangat bersyukur dan gembira kerana sebelum ini saya tidak pernah memegang apa-apa anugerah. Tidak tergambar perasaan ini sebab masih ada pihak yang mengingati saya dan Jamali Shadat sebagai seorang pelawak.

“Walaupun kami berdua menerimanya pada hujung-hujung usia dan sebelum menutup mata, Alhamdulillah dapat juga merasa menerima pengiktirafan seperti ini. Apa pun saya tetap menghargainya,” ujar bapa kepada lapan anak dan datuk kepada 30 cucu itu dengan ceria.




Masih berlakon

Pelakon veteran itu turut menyuarakan pendapat mengenai kebanjiran pelawak pelapis yang semakin ramai.

“Saya dapati lawak jenaka pada masa sekarang agak kurang berbanding dahulu. Lawak jenaka pada zaman dahulu banyak menyelitkan mesej yang berguna untuk penonton, misalnya soal kehidupan bermasyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Dahulu sangat berbeza kerana kami sangat mementingkan kualiti berbanding sekarang. Lawak jenaka yang dibuat adakalanya kosong tanpa mesej yang membina. Namun, bukan bermaksud saya mengkritik pelawak zaman sekarang.

“Saya juga sangat seronok melihat perkembangan positif dengan kehadiran banyak pelawak baharu melalui program realiti yang dianjurkan pelbagai stesen televisyen tempatan,” ujar Pak Hamid yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dari tahun 1952 hingga 1959.

Berdirinya Pak Hamid sebagai seorang veteran dalam dunia seni juga tidak dapat lari daripada terkena tempias sikap segelintir syarikat produksi yang mengambil mudah kebajikan artis lama sepertinya.

Mengakui sering dilayan sebegitu rupa, Pak Hamid nyata tidak terkilan atau berkecil hati dengan pihak yang pernah memberi layanan yang kurang.

“Kadangkala ada juga kes yang mana pihak sesebuah syarikat produksi itu tidak membayar harga yang setimpal dengan lakonan yang saya lakukan. “ ”Namun, saya sikit pun tidak kecil hati sebab saya faham, dalam industri kini mungkin kuota untuk pelakon veteran seperti saya sudah tidak banyak dalam mana-mana drama atau filem.

“Mahu buat macam mana kalau ini sahaja rezeki yang Allah bagi kepada saya. Lagipun, itu perkara biasa jika pelakon veteran kurang dipanggil berlakon. Saya tidak kisah tentang bayaran kerana saya juga berlakon semata-mata untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah, itu sahaja,” ujar Pak Hamid telus.

Sebaliknya, Pak Hamid tetap bersyukur kerana sehingga ke hari ini, dirinya masih menerima tawaran berlakon. Berkat menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan, dirinya juga masih gagah melangkah ke set penggambaran.

“Alhamdulillah, sekarang saya masih ada terima tawaran berlakon walaupun tidak banyak. Mereka panggil, saya pergi. Saya suka melakukan kerja-kerja lakonan sebab ia sudah menjadi darah daging saya. Lagi pula, dengan menghiburkan orang, saya juga rasa terhibur,” ujarnya mengakhiri perbualan.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput


Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.

Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.






"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.


Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.

Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.




Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.

View the original article here