Showing posts with label Ambil. Show all posts
Showing posts with label Ambil. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesma



Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia

Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Madu

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ikan

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Tiram

Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

Anise Seeds

Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Beri Biru

Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayuran Hijau


Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema. -

View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Shila Amzah Bidas Di Twitter, Den Wahab Malas Ambil Pusing



Baru baru terdedah dari mulut Den Wahab sendiri yang bapa kepada penyanyi Shila Amzah, ND Lala masih berhutang belasan ribu ringgit dengan dirinya sejak tahun 2000 lagi & ini mengundang reaksi dari Shila Amzah sendiri, melalui Twitter beliau.

Shila Amzah menulis mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Satu perkaitan yang kami sendiri tidak faham.






“Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang — kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” tulisnya.

Shila Amzah juga menjawab dakwaan yang beliau bersikap biadap apabila mencampuri urusan orang tua dalam hal ini dan berkata ada pihak lebih biadap yang menimbulkan perkara ini kononnya ada hutang sejak tahun 2000.

Shila Amzah Bidas Di Twitter & Den Wahab Malas Layan


“Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui,” ulas Den Wahab tentang status Twitter itu kepada Harian Metro.

Den Wahab turut menambah yang beliau sebenarnya tidak hairan dengan hutang RM15,000 itu & akan mendermakan semuanya jika ianya dijelaskan oleh ND Lala selepas ini.

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” katanya lagi.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput


Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.

Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.






"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.


Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.

Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.




Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan | Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN.

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang

KENYATAAN MEDIA

VIDEO PERGADUHAN PELATIH PLKN DALAM MEDIA SOSIAL

Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013. Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013
.

Kes berkenaan telah diambil tindakan secara pantas oleh JLKN. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) Jabatan. Pelatih – pelatih yang terlibat telah dipindahkan ke kem-kem lain untuk memberi amaran kepada pelatih –pelatih akan implikasi kepada pelatih yang tidak mematuhi disiplin kem. Jabatan juga telah memberi amaran kepada pihak Pengurusan Kem agar sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Disediakan oleh:
Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 September 2014


View the original article here

Tuesday, 9 September 2014

Ayda Jebat tak ambil hak orang



PERWATAKANNYA gila-gila dan suka berseloroh. Itulah sedikit sebanyak ciri-ciri yang melekat pada tubuh genit wanita berusia 22 tahun ini. Namun, di sebalik sifat lahiriah tersebut, terselit komitmen dan cita-cita menebarkan harum bakat yang dimiliki.

Dia menapak dalam industri hiburan tanah air melalui platform program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9). Kini, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat mula meniti satu persatu episod kehidupannya bergelar selebriti popular.

Komited dan dedikasi yang diberikan dalam menjayakan drama fenomena Rindu Awak 200% membuahkan hasil apabila namanya semakin dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air.






Namun, di sebalik lonjakan populariti yang diterima, pelakon muda yang berasal dari Melaka ini juga tidak terlepas daripada kontroversi. Ada sahaja tohmahan buruk daripada segelintir peminat yang cuba menjatuhkan namanya.

Tidak bersedih dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Zul Ariffin, Ay- da bertindak untuk menangani isu tersebut secara profesional. Tidak cepat melatah, Ayda tenang menjawab persoalan mengenai hal tersebut.

"Kontroversi itu timbul disebabkan drama Rindu Awak 200%. Mungkin dalam drama tersebut kami nampak begitu mesra dan ada peminat juga menggesa agar kami menjadi pasangan kekasih. Saya rasa, disebabkan hal tersebutlah timbul desas-desus tentang hubungan di antara saya dan Zul.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk merosakkan hubu- ngan Zul dengan kekasihnya. Saya tidak merasakan wujud perasaan cinta lokasi di antara kami berdua. Hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur baru-baru ini

Cuma bagi Ayda, dia melihat gosip sebegitu tidak lebih daripada usikan manja untuk menghangatkan lagi drama yang disiarkan di kaca TV.

"Bagi saya, apabila melakonkan adegan yang memerlukan emosi percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan apa yang dirasai. Kalau ada yang suka, itu bererti watak Armel Aisya dan Zill Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah.


BULAT hati untuk menerokai bidang seni, Ayda tidak pernah menyesal berhenti dari universiti pada tahun 2011.

"Malah, saya berpendapat cinta lokasi itu wujud tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai bercinta. Saya tahu dia ada kekasih. Saya juga tak tergamak jadi orang ketiga," katanya.

Namun begitu, Ayda sangat bersyukur. Usai drama hits lakonannya itu sampai ke penghujung 1 September lalu, kontroversi hangat di antara mereka juga semakin reda. Tiada lagi kedengaran kata-kata tidak enak yang mengaitkan dirinya dengan Zul Ariffin.

"Kini segalanya telah reda, saya juga sangat bersyukur kerana saya tahu bahawa saya berada di pihak yang benar. Terbukti juga bahawa saya tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya masih berhubung dengan Zul Ariffin, namun perhubungan kami sekadar teman biasa sahaja," ujarnya.

Berhenti universiti

Ditebak persoalan berkaitan isu yang mengatakan dirinya berhenti dari sebuah institut pengajian tinggi, Ayda mengakui dia memang berhenti belajar. Semua itu dilaku- kan demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang seni sejak dua tahun lalu.

"Ketika saya dipilih untuk menyertai AF9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Tekno- logi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti.

"Setelah fikir secara masak-masak, saya pilih untuk menyertai AF dan pada masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya. Ketika itu saya hanya berbaki dua semester untuk tamat pengajian di peringkat diploma," ujarnya.

Atas percaturan yang dilakukan, Ayda bagaimana tidak pernah menyesal dengan tindakan yang diambil. Apa yang dipelajari di universiti hanyalah persiapan untuk berada dalam industri seni.

Melihat rakan-rakan yang menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang muzik yang masih lagi mencari-cari pekerjaan tambah menguatkan hati Ayda terhadap apa yang telah dilepaskan.

"Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, saya dapat rezeki sebagai pelakon," katanya.

Tidak pernah terkesan dek persoalan tentang status akademiknya, Ayda menambah, perkara itu sudah lama berlaku. Namun, penangan populariti yang diraih, kisah lama dibangkitkan semula.


AYDA JEBAT mempunyai lirikan mata dan raut wajah persis pelakon Wawa Zainal.

Duta Produk

Tuah drama yang melonjakkan namanya, Ayda kini bergelar duta produk Aurawhite untuk rangkai- an Aura White Bubbly khas bagi kelompok sasar remaja berusia 13 hingga 25 tahun.

"Saya difahamkan memang ketika itu pihak Aura White mahu artis remaja dan kebetulan mereka menonton drama Rindu Awak 200%. Ini semua rezeki terpijak buat saya selepas tiga tahun mencuba nasib dalam dunia seni.

"Sebelum drama ini pun saya sudah membintangi banyak drama tetapi tuah saya bermula dengan drama bersama Zul. Drama itu yang banyak membuka peluang, pendedahan serta promosi di TV," katanya.

Mengakui sedang sibuk dengan agenda promosi produk yang diwakili, Ayda merasakan itulah tanggungjawab yang harus ditunaikan memandangkan produk itu sendiri masih baharu di pasaran.




"Buat masa sekarang saya sangat sibuk untuk promosi produk ini. Disebabkan hal tersebut, kebelakangan ini jadual saya menjadi sangat padat sehingga terpaksa mengehadkan aktiviti lakonan.

"Bagaimanapun, setakat ini akti- viti seni saya sedang berjalan seperti biasa dan saya juga sedang bersedia untuk menjalani penggambaran sebuah telemovie bergenre komedi arahan Along Kama- ruddin. Drama itu akan ditayangkan menjelang Hari Raya Aidil Adha nanti.

"Saya juga mempunyai sebuah lagi telemovie yang akan ditayangkan pada bulan Januari, gandingan bersama Zul Ariffin terbitan TV9," katanya.

Mengakui agak selektif dalam memilih watak, Ayda bagaimanapun akan menerima setiap tawaran yang diberikan jika drama tersebut mempunyai jalan cerita dan skrip yang bagus.

"Bukan terlalu selektif tetapi saya lebih selesa meneliti skrip terlebih dahulu. Jika saya rasa mampu untuk memberikan yang terbaik dalam sesebuah drama yang ditawarkan barulah saya akan bersetuju," ujarnya.

Biarpun sudah dianggap berjaya meraih populariti segera, Ayda menyifatkan situasi itu langsung tidak akan mengubahnya menjadi besar kepala atau lupa diri.

"Saya jalani hidup ini macam biasa saja. Macam dulu-dulu. Saya selesa menjadi diri sendiri. Saya jenis yang banyak cakap dan suka ketawa. Pendek kata saya jenis yang 'gila-gila'," katanya ceria sebelum menutup perbualan.

View the original article here