Showing posts with label Bayar. Show all posts
Showing posts with label Bayar. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Johan, Pengarah fail gantung perintah bayar ganti rugi



Seorang pengarah drama dan filem serta syarikatnya memfailkan permohonan untuk menggantung perintah membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai Johan Raja Lawak dan isterinya.

Pembayaran itu berhubung kes saman yang difailkan pelawak itu terhadap kecederaan yang dialaminya empat tahun lepas.

Pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn Bhd memfailkan permohonan itu pada 17 September lalu sementara menunggu untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam pada 7 Julai.






Peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa permohonan Mohd Javed dan syarikatnya itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Khamis ini.

Suhaimi berkata Penolong Kanan Pendaftar Ti Pei Si menetapkan 26 September ini untuk pengurusan kes ketika kes itu disebut di dalam kamarnya yang turut dihadiri peguam Baljit Singh yang mewakili Mohd Javed dan syarikatnya itu.

Pada 7 Julai lalu, Hakim Su memerintahkan Mohd Javed serta syarikat penerbitannya membayar ganti rugi RM100,000 dan kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada pelawak itu bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail, serta faedah lima peratus bermula daripada tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.




Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos guaman RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri dan Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.

Johan, yang juga seorang pengacara, mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

View the original article here

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput


Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.

Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.






"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.


Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.

Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.




Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.

View the original article here

Thursday, 18 September 2014

Di Usir Dari Kubur Sendiri Kerana Keluarga Tidak Mampu Bayar Sewa

Berbekalkan hanya dengan tukul besi dan topeng untuk menutup mulut dan hidung, pembersih memulakan tugas bagi memecahkan kubur dan mengeluarkan apa jua masih bersembunyi di dalamnya.

Tengkorak manusia dengan rambut tebal masih berpaut pada tengkoraknya ditarik keluar dari makam  yang di tempatkan. Mayat si mati yang keluarganya tidak lagi mampu untuk membayar sewa bagi kubur swasta dan sebaik sahaja pajakan pada kubur tamat, pembersih akan datang dan mengeluarkannya untuk pelanggan baru yang membayar.

Mana-mana mayat yang tidak dituntut akan disumbat ke dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke kubur besar yang akan tanam kembali.

Kebanyakan mayat yang digali sebahagian besarnya mereput, tetapi mayat-mayat yang telah dikebumikan di bahagian atas makam bertingkat, di mana keadaannya yang panas dan kering, mayat itu akan menjadi mumia. Beg mayat yang di himpunkan seperti timbunan sampah dan diangkut dengan trak forklift dengan pakaian yang mereka masih lengkap seperti masa dikebumikan.

Sebagai pasukan pembersih kubur yang bekerja di Bandar Raya Guatemala, cara mereka hampir tidak kelihatan berbeza dengan buruh di tapak bangunan atau pekerja di pusat kitar semula.












View the original article here

Tuesday, 17 June 2014

Aidil Zafuan Dituduh Terjun Ke Bidang Lakonan Sebab Nak Bayar Nafkah?

 
Tengah bosan-bosan macam biasalah Murai Batu duk intai-intai, Instagram, Facebook mahupun Twitter, tiba-tiba tersekat di Instagram pemain bola sepak JDT Aidil Zafuan, Murai Batu terkejut!!! Dah jadi pelakon ke mamat ni?

Menerusi gambar kat Instagram tu, Murai Batu tengok si Aidil pakai sut hitam putih dikelilingi abam-abam polis yang sador (tegap atau gagah perkasa) sedang mengawasinya. Murai Batu sedikit ‘konpius’ berlakon filem ke atau tengah ‘shoot’ iklan.

Di kapsyen fotonya itu adalah #TheGlups Murai Batu pun tak pasti apa yang dimaksudkan dengan hashtag tu, tapi di penggambaran itu juga turut kelihatan isterinya Zarema Zainal sekali, sweet kapel sangat.


Tapi peminat-peminat yang komen kat foto tu macam biasalah ada yang sokong, ada yang tak, ada juga yang komen, Zafuan terima tawaran ini sebab nak bayar nafkah kat bekas isterinya Rita Rudaini yang dikatakan tertunggak sampai RM100,000. OPPSSS!!!

Bagi Murai Batu, tak kisahlah apa yang Aidil nak buat, dia nak berlakon ke, nak main bolas sepak ke, nak jadi apa pun, orang kata tanggungjawab jangan dilupakan.

Yelah anak-anak makin lama makin membesar, nak-nak kos sara hidup yang semakin tinggi lagi peninglah dibuatnya.

Apa-apa pun Murai Batu harap, apa pun masalah yang berlaku antara Rita dengan Aidil cepat-cepatlah diselesaikan. Janganlah anak itu dijadikan mangsa. Kasihanilah mereka.murai.com.

View the original article here