Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

GOSIP!!! Erin Malik Kunci Mulut Berkenaan Gambarnya Yang Tersebar Di Kelab Hiburan


Selebriti jelita yg baru melangsungkan perkahwinan nya Erin Malik masih belum jawab mengenai Gambar Viral yang di katakan diri nya yg kini tersebar di media sosial.


Melalui ruangan Hiburan di Utusan Online, Erin Malik masih belum jawab mengenai gambar Viral tersebut.

Terkejut Goyah apabila melihat foto-foto Erin Malek yg menjadi viral di laman sosial beberapa hari lepas.

Ini bukan foto majlis pernikahan atau resepsinya bersama suami, tetapi tiga keping foto dia berada di kelab malam dalam situasi mendebarkan.

Kononnya, si Erin yg popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza itu sedang asyik sekali berhibur di sebuah kelab, seiring dengan Oktoberfest yg dikecam banyak pihak.

Apa sebenarnya cerita di sebalik gambar ini? Jangan tanya Joyah. Sampai hari ini, Joyah pun tidak pasti apakah foto itu merupakan adegan daripada salah satu drama lakonan Erin atau memang benar gambar dia sedang bersosial.

Joyah cuba mendapatkan penjelasan daripada Erin. Namun, sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Erin seperti agak berat untuk membalas panggilan pihak wartawan.

Walaupun Joyah tahu dia ada membaca Whatsapps yg dihantar, pelakon itu memilih untuk berdiam diri yg mana ini meninggalkan tanda tanya kepada semua orang.

Apapun, Joyah harap Erin akan tampil menjelaskan semuanya. Sekurang-kurangnya kita lebih jelas dan tidak membuat tafsiran yg kurang molek mengenai pelakon cantik ini.

Lagipun ini bukan kali pertama Erin berhadapan dengan isu kontroversi, jadi para pembaca dan peminat Erin di harap bersabar menunggu penjelasan dari Erin mengenai gambar tersebut yg di kecam hebat di media sosial, pada Erin Semoga berbahagia bersama suami tercinta.

 


View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Yusof Haslam ikon industri hiburan



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Ikon Malaysia kepada Yusof.

DI SEBALIK kegemilangan dan kejayaan cemerlang dalam bidang penerbitan drama dan filem, ada sisi lain yang bakal disingkap daripada diri Datuk Yusof Haslam.

Pengarah prolifik itu bakal ditampilkan dalam sebuah program khas dokudrama 1Malaysia Ikon yang telah memulakan siaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 bermula 22 Ogos hingga 22 September depan.

Tersenarai antara 13 tokoh negara daripada pelbagai latar belakang dan bidang, siaran selama satu jam bermula pukul 7 malam itu akan menampilkan wawancara santai berserta lakonan semula kehidupan tokoh negara ketika zaman remaja dan awal pembabitan dalam bidang masing-masing.






Yusof yang terpilih sebagai satu-satunya tokoh daripada cabang seni, menyambut baik usaha tersebut yang sekali gus mengiktiraf sumbangan anak seni sepertinya.

“Saya amat berterima kasih dengan pengiktirafan yang diberikan memandangkan suatu ketika dahulu keringat anak seni kurang diberikan perhatian serius.

“Diharapkan dengan adanya program televisyen seperti ini sedikit sebanyak boleh memberikan suntikan inspirasi kepada pelakon, pengarah dan penerbit baharu untuk tidak mudah berputus asa,” ujarnya yang ditemui usai majlis pelancaran 1Malaysia Ikon di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah Yusof, setelah disunting untuk terbabit dalam program tersebut, dia memang sudah bersedia untuk berkongsi pengalaman awal dan sejarah silamnya sebelum bergelar penerbit, pengarah dan pelakon.

“Selama 30 tahun merupakan perjalanan yang amat panjang sebagai seorang anak seni dan ruang masa yang tidak boleh diputar kembali ini merupakan pengalaman emas yang mampu saya kongsikan sebagai sebuah cerita,” kongsi Yusof.

Sementara itu, menurut pengarah dan penerbit bersama 1Malaysia Ikon, Ismail Bob Hasim, rancangan tersebut akan memberikan inspirasi kepada generasi muda terutamanya selain berkongsi kehidupan silam tokoh negara yang banyak menyumbang jasa dalam pembangunan pelbagai sektor di Malaysia.

“Pelbagai bangsa daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran akan mengisi slot selama satu jam siaran 1Malaysia Ikon yang bakal bermula tidak lama lagi.

“Memang nampak mustahil pada mulanya untuk mendapatkan ruang menemubual tokoh-tokoh negara tersebut memandangkan jadual mereka memang padat tapi hasil usaha lebih enam bulah akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Walaupun berdepan cabaran untuk mendapatkan slot temu bual daripada jadual yang padat, Ismail Bob memuji sikap merendah diri dalam memberikan kerjasama yang optimum.




“Antara perkara yang dapat saya rumuskan sepanjang usaha menerbitkan rancangan ini, kebanyakan tokoh negara yang berjaya hari ini bukan daripada keluarga yang berada dan ada antaranya yang pernah beberapa kali berdepan muflis.

“Malah, ada juga yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tapi berbekalkan iltizam dan semangat yang tidak mengenal putus asa, akhirnya mereka berjaya menggapai cita-cita yang diidamkan sejak kecil,” jelasnya yang paling tersentuh dengan kehidupan peribadi ahli politik Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Program yang menelan belanja lebih RM900,000 itu dinaungi oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, merangkap Pengasas Marhaen Production yang menjadi penerbit bersama syarikat produksi Ismail Bob, Shapeway Entertainment Sdn. Bhd.

Selain Yusof, ikon negara lain ialah Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri S. Samy Vellu, Datuk Jimmy Choo, Tan Sri Tony Fernandez, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Marina Chin, Datuk Doraisinggam Pillai dan Datuk Ahmad Kemin.

View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Taman Hiburan Bawah Tanah Di Romania

Salina Turda adalah tempat perlombongan garam yang terletak di bandar Turda, Romania. Kini tempat tersebut berubah menjadi sebuah taman hiburan yang mengagumkan dihiasi lampu-lampu bergantungan yang memancarkan cahaya indah yang memanjakan mata pengunjung yang datang.

Semasa kawasan perlombongan masih beroperasi, kawasan ini cukup luas. Terdiri daripada tiga bahagian, lombong Terezia (lebih 120 meter di bawah tanah), lombong Anton (108 meter), dan lombong Rudolf (42 meter).

Salina Turda merupakan lombong lama, dahulunya menjadi tempat untuk mengeluarkan garam yang kemudian dihasilkan dari abad pertengahan hingga awal abad ke-20.

Pada tahun 1932, pengekstrakan garam di Salina Turda dihentikan kerana tempat perlombongan itu digunakan untuk tempat simpanan bom semasa Perang Dunia II dan juga simpanan keju.

Kemudian pada tahun 1992 lombong ini dibuka kembali. Namun bukan sebagai tempat perlombongan garam seperti sebelumnya, tapi berubah menjadi muzium dan tempat hiburan yang dibuka untuk umum.

Sementara itu, lif yang dulunya digunakan untuk mengangkut garam kini digunakan untuk membawa pengunjung mengelilingi kawasan lombong. Lif tersebut dirubah sehingga menghilangkan kesan kawasan perlombongan yang gelap dan menakutkan.





View the original article here