Showing posts with label Janda. Show all posts
Showing posts with label Janda. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

BERITA!!! Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Tanpan Seurat Benang



ALOR GAJAH : Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur 

berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 

pagi semalam.





Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat

dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat 

sini.



Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yg sudah bercucu itu kerap tidur 

bersama pasangannya di rumah berkenaan.



Sumber berkata, isteri yg berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87
tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya
itu.



“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat

 suaminya dari arah salah satu bilik.



“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian

kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.



Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer
Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke 
atas rumah disyaki.



“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10
minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yg tidak
berkunci.



“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku 
bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat 
keletihan,




Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi 
mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor 
Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam 
Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. 



 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

KOLEKSI!!! 10 Artis Janda Paling Hot & BERGETAH Di Malaysia




Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti

bergelar pelakon yg sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah. 

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yg digalas mereka walaupun 

sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan? 







1). Liza Abdullah 
Namun, dua orang aktres yg Murai sebutkan telah bergelar janda dan mereka 

ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yg telah 32 tahun menjadi anak

wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras

masih cantik dan tidak menampakkan wajah yg semakin berusia, pasti ramai yg 

ingin mencuba memikat aktres tersebut. 







2). Erra Fazira 
Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira 

Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yg memandang paras

wajahnya yg jelita beserta personaliti yg lengkap, menjadikan dia role model 

kepada wanita lain. 

Bukan mereka berdua ini sahaja yg kini memegang status janda tetapi Murai berjaya

menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yg kini sah bergelar janda. Itu 

sekadar gelaran kerana yg pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.






3). Nora Danish 
Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang

muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yg telah 

kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal 

Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram. 






4). Nabila Huda 
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang 

bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri 

sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya 

terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.











5). Maya Karin 
Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke 

sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun

daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.






6). Rita Rudani 
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga 

rumahtangga yg dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan 

ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini 

dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo. 






7). Raja Azura 
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai j

anda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura

pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang 

cahayamata sebelum bercerai pada 2010. 








8). Norish Narman 
Pelakon terkenal Norish Karman yg satu ketika sepi setelah berkahwin dengan 

seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun 

selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yg 

lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi. 







9). Jasmin Hamid 
Pelakon seksi, Jasmin Hamid yg masih kekal dengan gaya yg tersendiri itu juga

masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan 

pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki. 






10). Noniswara 

Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima 

nasib yg sama seperti selebriti wanita hot lain yg bergelar janda. Nonis telah sah 

berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal 

solo hingga kini. 

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat 

sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan 

perkara ini. 

Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. 

Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-

angan beristerikan selebriti?





 


View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Hasrat Jamil Sulong Bercuti Di Janda Baik Tidak Kesampaian


Allahyarham Datuk Jamil Sulong meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Hasrat Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, untuk bercuti di kampung halamannya di Janda Baik, Bentong, Pahang tidak kesampaian selepas diserang penyakit angin ahmar kira-kira sebulan lalu.

Anak kedua Allahyarham iaitu Dr Anwardi Jamil, 55, bagaimanapun berkata, Allahyarham kelihatan gembira dapat meraikan hari jadi salah seorang cucunya beberapa hari sebelum dijangka berangkat ke Janda Baik yang mana turut disertai oleh ahli keluarga lain.






"Beberapa hari sebelum arwah terkena serangan strok beliau ada meminta untuk balik bercuti di kampung halamannya di Janda Baik namun perancangan itu terpaksa dibatalkan kerana beliau secara tiba-tiba terkena serangan strok.


Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail di sini untuk dimandikan, dikafankan dan seterusnya disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong Pahang.

"Bagaimanapun sebelum itu, Allahyarham sempat bersama-sama menyambut hari jadi salah seorang cucunya dan dia cukup gembira ketika itu apabila kami sekeluarga berkumpul," katanya kepada mStar Online.

Anwardi ditemui di Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail di sini pada Jumaat.

Jenazah Allahyarham dibawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang untuk pengebumian.


Anak kedua Jamil, Dr Anwardi Jamil memberitahu hasrat arwah bapanya untuk bercuti di Janda Baik tidak kesampaian.
Allahyarham dijangka dikebumikan selepas selesai solat Jumaat.

Jamil meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Damansara di sini kira-kira pukul 9.35 malam Khamis selepas kira-kira sebulan dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini.

Dalam pada itu, Anwardi berkata, pihak hospital pada Rabu lalu membenarkan bapanya pulang ke rumah namun keadaannya stabil.

Bagaimanapun kata Anwardi, keadaan bapanya tiba-tiba nazak pada malam Khamis sebelum meninggal dunia di sisi isteri, Datin Rosnani dan beberapa ahli keluarga lain.

"Ayah dibawa pulang ke rumah pada pagi Khamis dan keadaannya stabil biarpun masih dalam keadaan koma namun tidak sangka pada sebelah malamnya dia tiba-tiba sesak nafas sebelum meninggal dunia dengan tenang pada 9.35 malam.


Rosnani yang kelihatan sugul ditemani oleh ahli keluarganya.
"Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya tambahan pula arwah dijemput Allah pada malam Jumaat 1 Zulhijah," katanya.

Sementara itu, balu Allahyarham, Rosnani yang kelihatan sugul memohon maaf kerana belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan tentang pemergian suaminya itu.

"Maafkan saya, fikiran saya kini kosong dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham berkata, pemergiaan Jamil adalah suatu kehilangan besar kepada industri filem negara.


Shabery turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham dan menganggap pemergian Jamil suatu kehilangan buat industri perfileman negara.
Jelas Shabery, bakat luar biasa dimiliki Allahyarham dalam pengarahan filem pada zaman kegemilangannya sukar dicari ganti dan pemergiannya akan sentiasa dikenang.

"Biarpun pada zamannya tidak mempunyai peralatan canggih dalam menerbitkan filem namun beliau masih mampu menghasilkan karya berkualiti dan kebanyakannya masih diingati hingga ke hari ini.

"Pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar kepada industri filem negara dan tiada gantinya," katanya.

Allahyarham adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.




Datuk DJ Dave dan Datuk Mustafa Maarof turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham.
Karya arahan Allahyarham juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Allahyarham juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Selain isteri, Allahyarham turut meninggalkan empat cahaya mata dan lapan orang cucu.

View the original article here

Thursday, 5 June 2014

JANDA SOROK DADAH DALAM KEMALUAN DEMI KEKASIH

type='html'>
imej google
Bandung: Demi cinta seorang janda beranak dua sanggup menggadai masa depannya dengan menyeludup syabu yang disembunyi dalam kemaluannya ke penjara Banceuy, lapor media semalam.
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek. Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit.
“Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan,” katanya.
Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah.
“Saya cuma menurut arahan kekasih saya.
“Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur,” katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu. Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung.
“Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah,” katanya. 
- Agensi


View the original article here

Friday, 23 May 2014

Tuah Janda Berhias

Benar kata orang, cinta tidak kenal rupa, usia atau status. Cuma tak tahulah tuan punya badan sama ada suka atau tidak perkhabaran terbaru ini.



Dengarnya pelakon popular sepanjang zaman, Liza Abdullah yang baru memegang status janda, kini diintai jejaka muda.

Kata sumber, sudah lama jejaka ini menyimpan perasaan terhadap Liza, tambah pula mereka selalu bertemu di set penggambaran.

Jejaka dimaksudkan ini turut bekerja dalam produksi yang Liza selalu terbabit dalam penggambaran. Sering bekerjasama akhirnya membuahkan perasaan cinta.

Baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya mereka berada dalam bidang sama. Sudah faham dan tahu cara kerja, jadi kalau ada apa-apa berlaku tidaklah nanti menjadi isu dan mencetuskan rasa cemburu.

Namun kata sumber itu lagi, jejaka terbabit tidak mahu meluahkan hati dan perasaannya sekarang kerana tahu pelakon itu dalam tempoh edah. Selepas itu, mungkin dia akan menyatakan apa yang terbuku dalam jiwanya selama ini.

Untungnya perempuan cantik macam Liza. Hari ini diceraikan suami, esok beratur orang nak tumpang berkasih sayang. Meredap juga hati kita mendengar cerita ini.

Mana tidaknya, Liza sudah mahu masuk lima siri tapi masih digilai ramai. Sedangkan Cik Pang ni, abang drebar teksi pun tak nak mintak. Habis macam mana? -Hmetro