Showing posts with label Sorok. Show all posts
Showing posts with label Sorok. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Ustaz Kazim Elias: Tak Salah Ramli MS & Alyah Sorok Nikah


Ustaz Kazim Elias

Langkah konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.

Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias berkata, ini pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana mengwar-warkan kepada masyarakat adalah sunat.

"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

"Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu," katanya.






Kazim diminta mengulas berkenaan dengan isu pernikahan rahsia Ramli MS dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Rahsia pasangan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.


Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Kazim berkata, orang ramai mahupun pihak media tidak perlu terlalu beria-ia menyalahkan Ramli mahupun Alyah kerana pasangan itu mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut.

Katanya lagi, mengikut hukum Islam juga, apabila seorang suami mahupun isteri menafikan perkahwinan mereka, ia tidak menggugat perkahwinan sehingga jatuh talak.




"Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

"Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

"Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka," tuturnya.

Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar.

View the original article here

Thursday, 5 June 2014

JANDA SOROK DADAH DALAM KEMALUAN DEMI KEKASIH

type='html'>
imej google
Bandung: Demi cinta seorang janda beranak dua sanggup menggadai masa depannya dengan menyeludup syabu yang disembunyi dalam kemaluannya ke penjara Banceuy, lapor media semalam.
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek. Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit.
“Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan,” katanya.
Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah.
“Saya cuma menurut arahan kekasih saya.
“Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur,” katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu. Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung.
“Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah,” katanya. 
- Agensi


View the original article here

Monday, 2 June 2014

Ana Dahlia Terperangkap, Gagal Sorok Status Sudah Bertunang


Hasrat pelakon Ana Dahlia untuk menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda tidak berjaya, apabila dia 'terperangkap' dengan jerat sendiri selepas pengacara malam Hari Ibu anjuran Rafflesia, di Hotel Royal di sini pada malam Rabu lalu mengumumkan, pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.

Malah pengacara tersebut turut memperkenalkan pemuda yang dikenali sebagai Ubaidullah itu sebagai tunang kepada Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31.

Peristiwa itu meleraikan segala tanda tanya dan penafian Ana selama ini yang mendakwa hubungannya dengan pemuda berkenaan sekadar kawan biasa walaupun gambar-gambar kemesraan percutian mereka bersama teman ke Thailand beberapa bulan lalu hangat diperkatakan.
Ana mengakui selesa berkawan dengan Ubaidullah kerana jejaka itu sangat mengambil berat tentang dirinya.
 Bagaimanapun, Ana ketika ditemui pemberita sebelum acara Hari Ibu itu bermula menafikan khabar angin tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya dia benar-benar bakal berkahwin.

"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.

"Buat masa ini tiada pengumuman yang ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada mStar Online sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.

Bukan sahaja pengumuman berkenaan malah status Ana Dahlia yang merupakan tunangan orang turut dicatatkan dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan.

Ana mengakui keluarga kekasihnya itu ada datang berjumpa dengan keluarganya untuk merisik.
 Walaupun menafikan sudah bertunang atau bakal berkahwin, Ana Dahlia hanya mengaku keluarga Ubaidullah sudah datang berjumpa keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini untuk merisik tanpa menetapkan sebarang tarikh pertunangan atau perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan Ana memberitahu dia telah lama mengenali Ubaidullah yang tinggal sekampung dengannya namun hubungan mereka rapat sejak setahun yang lalu.

Jelas Ana, dia selesa bersama pemuda itu dan menyifatkan Ubaidullah seorang yang mengambil berat dan berfikiran matang selain mampu membimbingnya daripada sudut agama Islam.

Nama Ubaidullah disebut sebagai tunang Ana dalam lampiran kenyataan media yang diberikan kepada pihak wartawan.

"Meskipun jarak umur kami berbeza tujuh tahun tetapi dia seorang yang matang dan amat menitikberatkan tentang hal agama dan itu membuatkan saya selesa dan tertarik dengannya," ujar Ana.

Ana Dahlia yang merupakan pesreta Pilih Kasih musim pertama dan pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada November 2012 hanya selepas 11 bulan berkahwin.

mStar Online turut menghubungi Ana Dahlia pada Khamis malam untuk mengesahkan statusnya itu tetapi panggilan telefon dan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.mstar.com.

View the original article here