Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Kerana Tidak Ramai Penduduk Kampung Ini Di Penuhi Patung Manusia

Kampung Nagoro (Nagoro Village) terletak di Shikoku Island, Japan. Perkampungan kecil ini dahulu pernah dihuni oleh ratusan penduduk. Kini kurang dari 50 orang yang tinggal kerana ada yang berhijrah ke bandar besar seperti Osaka dan Tokyo, serta ada yang sudah mati. Salah seorang penduduk yang pernah tinggalkan Kampung Nagoro ialah Ayano Tsukimi, 64 tahun. Wanita ini pergi cari kerja di Osaka, dan 11 tahun lepas dia kembali ke kampung halaman. Namun keadaan disekeliling tersangatlah sunyi dan kosong. Hanya dipenuhi oleh pokok2.

Jadi untuk ubah situasi ini, dia mendapat ilham untuk buat sesuatu yang dapat memenuhi setiap ruang di kampung tersebut. Dengan menggunakan kain buruk dan pakaian lama, dia hasilkan patung bersaiz manusia sebenar! Mula2 Ayano Tsukimi hanya buat satu patung yang berbentuk seperti bapanya. Kemudian ilham semakin bertambah, yakni dia menghasilkan patung berdasarkan imej keluarga dan penduduk yang pernah tinggal di situ. Ada kanak2 dan juga dewasa.

Patung2 ini dijahit sendiri dan dipakaikan lengkap pakaian, kemudian diletak di seluruh kampung. Contohnya di sekolah terbiar, Ayano buat patung murid dan guru. Kini dianggarkan terdapat 350 patung ada dalam kampung! Patung2 ini tahan sehingga 3 tahun, jadi sebagai langkah untuk menggantikannya, dia tidak berhenti buat yang baru setiap masa.










View the original article here

Friday, 3 October 2014

Hampir Semua Penduduk Kampung Ini Di Latih Untuk Jadi Tukang Pukul

Desa Asola-Fatehpur Beri mempunyai keunikan tersendiri yang selalu menarik perhatian pelbagai media. Ini kerana, desa kembar di wilayah utara India itu mempunyai penduduk dengan tubuh berotot.

Selama beratus-ratus tahun desa Asola dikenali penduduknya dari hasil pertanian. Namun kini mereka sudah berubah dari petani miskin menjadi lelaki-lelaki kekar berotot. Kini 90 peratus lelaki penduduk Asola yang berjumlah 50 ribu orang bekerja sebagai bodyguard di kelab malam di bandar-bandar seperti New Delhi.

"Di kampung ini sekarang tidak ada satupun lelaki-lelaki yang tidak buat latihan gym," ucap Vijay Pahelwan, seorang ketua pelatih gym. "Semua lelaki bersenam. Mereka sangat memberi perhatian kepada tubuhnya. Tidak ada yang minum arak dan merokok."

Kebanyakan lelaki di Asola sudah menjalani latihan sejak masih kecil dengan harapan boleh memasuki sukan Olimpik. Namun jika gagal maka mereka masih boleh menjadi bodyguard atau tukang pukul. Ahli gusti muda yang bernama Keshav Tewar yang menghabiskan masa di gym' mengatakan'.

"Apa juga pekerjaan yang akan kudapatkan ketika dewasa, aku akan menjadi tukang pukul," jelas Keshav. "Tukang pukul di kelab malam mesti mempunyai tubuh kekar dan aku harus membuatnya tetap fit."

Menjadi tukang pukul tentunya juga tidaklah mudah. Anak muda perlu menjalani latihan fizikal keras selama 2-3 jam dalam sehari dengan mengangkat beban berat atau motor serta melakukan yoga.

Kebanyakan para lelaki bodyguard ini vegetarian dan menjalani diet agar ototnya boleh besar. Walaupun vegetarian namun menu diet mereka sama seperti makan sekor ayam utuh, 10 biji telur, sedozen pisang dan 10 liter susu.

Trend pekerjaan ini bermula 15 tahun lalu apabila ada pemilik kelab menawarkan wang sangat lumayan jika 6 pemuda desa itu mahu jadi bodyguard di sebuah parti. Sekarang mereka mendapat pendapatan US $ 25 setiap hari dan boleh terus bekerja asalkan mempunyai tubuh kuat dan tanpa rekod jenayah.



View the original article here

Friday, 19 September 2014

Dengan Hanya Sebatang Rokok Kampung Ini Boleh Terbakar

Desa Nanjiawan, di selatan-barat China dikenali sebagai Kampung Api Ghaib. Udara di sana begitu pekat dengan gas metana yang dengan hanya satu percikan api boleh mencetuskan kebakaran besar. Warga desa telah belajar untuk hidup dengan memanfaatkan gas metana, tetapi mereka juga sangat berhati-hati ketika bekerja, supaya tidak memulakan kebakaran tanpa sengaja.

Gas metana di udara desa ini sebenarnya berasal dari tanah - ianya merembes keluar dari tanah, menyebabkan udara secara rawak meletup menjadi bola api. Kepekatan gas yang begitu tinggi bahawa tidak seorangpun di desa pernah berani menyalakan rokok atau menggunakan peralatan elektrik. Mereka harus berhati-hati apabila bekerja di ladang juga, kerana alat logam mereka boleh membuat percikan api jika terkena hentaman batu.





View the original article here

Sunday, 15 June 2014

Semua Wanita Di Kampung Ini Berambut Panjang Hingga Ke Kaki



Sekali pandang tidak ada yang unik dari desa yang berada di sebelah barat laut Guangzhou, China, ini. Tapi jika berkunjung pada musim panas dan gugur, barulah anda dapat melihat keunikan kampung tersebut.

120 Perempuan di desa ini menjadikan rambut mereka sebagai daya tarikan untuk pelawat. Wanita-wanita kampung ini mempunyai rambut dengan panjang yang tidak wajar.
Rata-rata perempuan di sini mempunyai rambut sepanjang 1.7 meter. Bahkan ada seorang perempuan yang mempunyai rambut terpanjang, iaitu 2.1 meter. Proses mencuci rambut di sungai menjadi pemandangan yang sangat menarik untuk pelancong.

Para perempuan Desa Huangluo selalu mengikat atau menyanggul rambut mereka. Mereka mempunyai kepercayaan kalau rambut yang terurai tidak boleh dilihat oleh lelaki kecuali suami dan anak-anak. Namun seiring perkembangan zaman, kepercayaan ini mula luntur.

Huangluo memang sangat unik! Kepercayaan dan masyarakatnya mulai terkenal hingga ke penjuru dunia. Sungguh unik, desa ini jestru lebih dikenali dengan nama Desa Rambut.
Tidak hanya keindahan alam dan panoramanya saja yang boleh anda lihat dari sebuah desa. Kepercayaan serta perilaku penduduknya pun boleh jadi perkara yang sangat unik, sehingga menjadi nilai mereka di mata dunia.








View the original article here

Saturday, 7 June 2014

Kampung Untuk Orang Yang Di Pulaukan Dari Masyarakat Kerana Penyakit

Kampung untuk orang-orang yang di sisihkan kerana berpenyakit, ini adalah kelompok yang masih hidup terakhir koloni pesakit kusta Cina yang dihalau daripada masyarakat kerana ramai percaya mereka telah dikutuk.

kampung Luduo, salah satu daripada hampir 200 kampung-kampung kusta di wilayah Yunnan, hampir 80 penghidap dikuarantin apabila ia mula-mula ditubuhkan.

Namun majoritinya ramai yang telah meninggal dunia di kem tanpa pernah melihat saudara-mara mereka lagi, walaupun selepas mereka telah disembuhkan, kerana stigma yang dikaitkan dengan keadaan.












View the original article here