Desa Asola-Fatehpur Beri mempunyai keunikan tersendiri yang selalu menarik perhatian pelbagai media. Ini kerana, desa kembar di wilayah utara India itu mempunyai penduduk dengan tubuh berotot.
Selama beratus-ratus tahun desa Asola dikenali penduduknya dari hasil pertanian. Namun kini mereka sudah berubah dari petani miskin menjadi lelaki-lelaki kekar berotot. Kini 90 peratus lelaki penduduk Asola yang berjumlah 50 ribu orang bekerja sebagai bodyguard di kelab malam di bandar-bandar seperti New Delhi.
"Di kampung ini sekarang tidak ada satupun lelaki-lelaki yang tidak buat latihan gym," ucap Vijay Pahelwan, seorang ketua pelatih gym. "Semua lelaki bersenam. Mereka sangat memberi perhatian kepada tubuhnya. Tidak ada yang minum arak dan merokok."
Kebanyakan lelaki di Asola sudah menjalani latihan sejak masih kecil dengan harapan boleh memasuki sukan Olimpik. Namun jika gagal maka mereka masih boleh menjadi bodyguard atau tukang pukul. Ahli gusti muda yang bernama Keshav Tewar yang menghabiskan masa di gym' mengatakan'.
"Apa juga pekerjaan yang akan kudapatkan ketika dewasa, aku akan menjadi tukang pukul," jelas Keshav. "Tukang pukul di kelab malam mesti mempunyai tubuh kekar dan aku harus membuatnya tetap fit."
Menjadi tukang pukul tentunya juga tidaklah mudah. Anak muda perlu menjalani latihan fizikal keras selama 2-3 jam dalam sehari dengan mengangkat beban berat atau motor serta melakukan yoga.
Kebanyakan para lelaki bodyguard ini vegetarian dan menjalani diet agar ototnya boleh besar. Walaupun vegetarian namun menu diet mereka sama seperti makan sekor ayam utuh, 10 biji telur, sedozen pisang dan 10 liter susu.
Trend pekerjaan ini bermula 15 tahun lalu apabila ada pemilik kelab menawarkan wang sangat lumayan jika 6 pemuda desa itu mahu jadi bodyguard di sebuah parti. Sekarang mereka mendapat pendapatan US $ 25 setiap hari dan boleh terus bekerja asalkan mempunyai tubuh kuat dan tanpa rekod jenayah.
Showing posts with label latih. Show all posts
Showing posts with label latih. Show all posts
Friday, 3 October 2014
Monday, 2 June 2014
Anak Malaysia Izuan Ibrahim latih Jepun merangkul Piala Thomas
Tahukah siapa anak melayu di sebalik kejayaan Jepun merangkul Piala Thomas?
Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.
Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara
pemenang Piala Thomas.
Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati
dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong
Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?
Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan
pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi
sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.
Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan
pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.
Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa
pemain-pemain negara berkenaan
Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun
mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan
Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992..
Subscribe to:
Posts (Atom)




