Showing posts with label PUKUL. Show all posts
Showing posts with label PUKUL. Show all posts
Monday, 3 November 2014
Video - Perompak Kejam Pukul Lelaki Sedang Tidur Hingga Mati
Insiden mengerikan menunjukkan manusia gila lakukan pembunuhan kejam tanpa belas kasihan. rakaman seorang pencuri yang masuk ke rumah dan, mendapati seorang lelaki tua yang tidur di atas katil.
Tanpa berkata apa-apa, penjenayah tersebut memukul beberapa kali di kepala orang tua itu dengan tongkat besi sampai mati.
Sunday, 26 October 2014
KEJAM!!! Aksi Wanita Singapura Pukul Kanak-Kanak Guna Payung Atas MRT Dirakam
Singapura - Seorang wanita telah dirakam memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakn payung di dalam keretapi MRT pada hari Rabu.
Memetik laporan Stomp.com.sg, kejadian itu berlaku dalam pukul 5.30 petang ketika keretapi tersebut menuju ke arah stesen Tanah Merah.
Menurut perakam video tersebut, wanita berkenaan telah memukul kanak-kanak itu dari tengah-tengah kabin sehingga ke hujung kabin. Wanita itu memukul kanak-kanak berkenenaan sekuat hati sehingga pemegang payung yg digunakn patah.
Menurut perakam itu juga, wanita berkenaan hanya berhenti memukul setelah seorang lelaki di dalam keretapi berkenaan campur tangan.
"Tidak seorang pun menghalang perbuatan perempuan itu sehingga ada seorang lelaki bangun dan masuk campur tangan. Perempuan itu memarahi lelaki berkenaan dan melihat kepada kanak-kanak itu sambil berkata, Kau akan kena lagi bila sampai kat rumah"-
Friday, 3 October 2014
Hampir Semua Penduduk Kampung Ini Di Latih Untuk Jadi Tukang Pukul
Desa Asola-Fatehpur Beri mempunyai keunikan tersendiri yang selalu menarik perhatian pelbagai media. Ini kerana, desa kembar di wilayah utara India itu mempunyai penduduk dengan tubuh berotot.
Selama beratus-ratus tahun desa Asola dikenali penduduknya dari hasil pertanian. Namun kini mereka sudah berubah dari petani miskin menjadi lelaki-lelaki kekar berotot. Kini 90 peratus lelaki penduduk Asola yang berjumlah 50 ribu orang bekerja sebagai bodyguard di kelab malam di bandar-bandar seperti New Delhi.
"Di kampung ini sekarang tidak ada satupun lelaki-lelaki yang tidak buat latihan gym," ucap Vijay Pahelwan, seorang ketua pelatih gym. "Semua lelaki bersenam. Mereka sangat memberi perhatian kepada tubuhnya. Tidak ada yang minum arak dan merokok."
Kebanyakan lelaki di Asola sudah menjalani latihan sejak masih kecil dengan harapan boleh memasuki sukan Olimpik. Namun jika gagal maka mereka masih boleh menjadi bodyguard atau tukang pukul. Ahli gusti muda yang bernama Keshav Tewar yang menghabiskan masa di gym' mengatakan'.
"Apa juga pekerjaan yang akan kudapatkan ketika dewasa, aku akan menjadi tukang pukul," jelas Keshav. "Tukang pukul di kelab malam mesti mempunyai tubuh kekar dan aku harus membuatnya tetap fit."
Menjadi tukang pukul tentunya juga tidaklah mudah. Anak muda perlu menjalani latihan fizikal keras selama 2-3 jam dalam sehari dengan mengangkat beban berat atau motor serta melakukan yoga.
Kebanyakan para lelaki bodyguard ini vegetarian dan menjalani diet agar ototnya boleh besar. Walaupun vegetarian namun menu diet mereka sama seperti makan sekor ayam utuh, 10 biji telur, sedozen pisang dan 10 liter susu.
Trend pekerjaan ini bermula 15 tahun lalu apabila ada pemilik kelab menawarkan wang sangat lumayan jika 6 pemuda desa itu mahu jadi bodyguard di sebuah parti. Sekarang mereka mendapat pendapatan US $ 25 setiap hari dan boleh terus bekerja asalkan mempunyai tubuh kuat dan tanpa rekod jenayah.

Friday, 30 May 2014
Pukul Isteri Sampai Mati Sebab Salah Masak
NEW YORK - Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.
Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.
Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011
Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.
Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu.
![]() |
| Noor Hussein yang berusia 75 tahun |
Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.
Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.
Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.
Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.
Kes itu akan disambung semula. - Agensi
View the original article here
Tuesday, 27 May 2014
PUKUL ANAK SAMPAI MATI KERANA MENIRU KERJA SEKOLAH RAKAN
YE memohon maaf ketika berada di hospital, semalam.
Hangzhou: Seorang bapa ditahan polis semalam kerana didakwa memukul anaknya sehingga mati kerana meniru kerja sekolah rakannya.
Menurut polis, lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dalam memastikan anak perempuannya yang berusia 11 tahun berjaya dalam pelajaran.
Tekanan yang diletakkan ke atas kanak-kanak untuk berjaya dalam pelajaran mereka semakin meningkat di China kerana desakan persekitaran kerja yang menuntut pekerja berkelayakan kini.
Dalam kejadian itu, polis mendakwa Ye Hung, 35, mengikat anak perempuannya, Chou dan memukulnya dengan kejam di kediaman mereka di Bandar Hangzhou, wilayah Zhenjiang.
Dia kemudiannya keluar sebentar untuk menenangkan diri sebelum masuk semula untuk membuka ikatan anaknya namun mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernafas.
Doktor tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu yang mati akibat serangan jantung 12 jam kemudian.
Jurucakap polis semalam berkata: “Bapa kanak-kanak itu melutut di sisi katil, menyesali tindakannya. Dia seorang bapa yang yang terlalu mendesak dan bertindak keterlaluan. Ia bukan pembunuhan terancang.” Sepupu lelaki itu, Park Jen, 37, berkata: “Dia sebenarnya seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab. Dia sangat menitikberatkan soal pelajaran anaknya. Dia menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dan jarang memukulnya.
“Dia sangat menyayangi kanak-kanak tetapi percaya mereka perlu melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka dan tidak meniru. Tindakan anaknya meniru dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi menjadikan dia benar-benar marah.”
- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)