Showing posts with label Kekal. Show all posts
Showing posts with label Kekal. Show all posts

Friday, 24 October 2014

OH NASHAKU!!! Apakah Rahsia Nasha Aziz Kekal Muda Dan Menawan?


Ada suara nakal kami dengar hujung minggu lalu selepas selesai majlis pernikahan Ella yg mengatakan sekarang ini hanya menunggu giliran Nasha Aziz.

Maklumlah, di usia 43 tahun Nasha Aziz sehingga ke hari ini masih belum mempunyai teman lelaki tetap selepas beberapa calon sebelum ini terkandas ditengah jalan.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yg diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.




Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yg kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya.

Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat, ujar Nasha Aziz yg di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.



Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dan juga pelakon ini mendedahkan yg perasaan cinta adalah rahsia beliau.




Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta, tambah Nasha Aziz lagi.

 


View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Muna tidak kekal dalam #AF2014



Konsert minggu keempat Akademi Fantasia (AF) 2014 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi memperlihatkan penyingkiran pelajar dari Johor, Muna.

Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadir, 20, mendendangkan lagu popular Ziana Zain, Kekal.
Dengan penyingkiran itu tinggal sembilan lagi peserta akan meneruskan perjuangan dalam AF2014.

Mereka adalah adalah Azwan yang membawakan lagu Aduh pada malam tadi, Adel (Kesetiaan), Nuha (Sebelah Jiwaku) , Nina (Dondang Dendang) Zarif (Gerimis Mengundang), Ewal (Lena Diulit Intan), Ziha (Seandainya Masih Ada Cinta), Firman (Samrah Mentari) dan Aman (Tak Pernah Berjumpa).






Konsert malam tadi menampilkan juri dan penyanyi undangan Ziana Zain bersama juri tetap Datuk Ramli MS dan Raja Azura. Artis undangan lain adalah Jaclyn Victor dan Mel Wings. Ia dihoskan Faizal Ismail dan Zizan Razak.

Untuk tugasan malam tadi pelajar berkenaan dikehendaki menyanyikan lagu popular ciptaan komposer Ajai, Pak Ngah, Edry KRU dan Saari Amri.



View the original article here

Sunday, 28 September 2014

Zed Zaidi Kekal Presiden Seniman, AGM Ke-14 Terkawal



Pelakon Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agong Tahunan Ke-14 persatuan itu.
Majlis berlangsung di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.






Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

Kira-kira lebih 1,000 ahli Seniman hadir pada mesyuarat AGM tersebut dan ini merupakan perjumpaan yang dihadiri ramai selebriti lama dan baru.

Antara selebriti yang hadir ialah Sofea Jane, Vanidah Imran, Erma Fatima, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Bront Palarae, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli.

Selain itu, Fauziah Nawi, Dira Abu Zahar, Nadia Nissa, Sherry Alhadad, Datuk Yusof Haslam, Azhan Rani, Remy Ishak dan Susan Lancaster turut hadir pada majlis itu.

Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu.




Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Setahun Tempoh Pantang Bersalin Che Ta Agar Kekal Cantik


Rozita dan suaminya Zain Saidin tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka.

Pelakon Rozita Che Wan akan menjaga pantang bersalin dan hanya memilih makanan tertentu selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia akan mengelak mengambil makanan tidak berkhasiat, sejuk dan berangin yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri di usia tua.






"Saya sangat titik beratkan tentang pantang selepas bersalin termasuklah tidak keluar rumah 45 hari dan pantang makan untuk jaga badan.

"Biasanya saya akan berpantang dengan hanya memilih makanan tertentu dalam masa setahun sehingga kadang-kala menyebabkan saya hilang selera seperti tidak lagi gemarkan sayur sawi," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho di sini Rabu lalu.

Majlis turut dihadiri suami Che Ta iaitu Zain Saidin, Sasha Saidin, Zaina Zain, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim, Fazli Zainal dan Marsha Milan.

Rozita yang kini hamil tujuh bulan juga mengakui kecewa terhadap segelintir wanita yang mengabaikan amalan berpantang kerana mereka menganggap amalan itu sesuatu yang tidak penting.

Katanya, perkara tersebut merupakan amalan tradisional yang sememangnya berkesan untuk kebaikan kesihatan serta telah diamalkan nenek moyang sejak zaman dahulu.

"Saya kesal melihat wanita yang tidak jaga pantang, walaupun mereka kata mereka kuat untuk keluar atau melakukan aktiviti ketika dalam tempoh berpantang, namun kesan yang akan mereka dapat ketika hari tua.

"Saya lihat emak saya masih kuat walaupun usia dia sudah lanjut. Ini adalah kerana amalan dia yang sangat menjaga pantang ketika bersalin dahulu.



Tambah Rozita, selepas bersalin nanti dia akan dijaga oleh ibunya, Zabedah Saad yang kini berusia 62 tahun.

Dalam pada itu, Rozita mengakui sudah mempunyai nama untuk anak perempuannya dan akan didedahkan pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut.

Bagaimanapun, Rozita berkata, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dahulu.

Sementara itu, Rozita berkata, suaminya pelakon Zain Saidin merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi itu.

Katanya, Zain tidak membenarkan dia untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.




"Dia paling teruja, kalau nak pergi check-up, tidak boleh pergi tanpa dia. Sampaikan jadual check-up saya terpaksa ditukar mengikut jadual penggambaran dia.

"Kalau dalam bilik check-up, dia paling sibuk bertanya macam-macam pada doktor dan ambil banyak gambar bayi untuk simpanannya,” katanya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

View the original article here