Showing posts with label Seniman. Show all posts
Showing posts with label Seniman. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Zed Zaidi sandang jawatan Presiden Seniman

TAHNIAH diucapkan kepada Zed Zaidi yang secara rasmi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, semalam.

Dalam perebutan jawatan itu, Zed mendapat 109 undi dan telah menewaskan dua calon lain iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66).

Dalam pada itu, Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli. Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

View the original article here

Sunday, 28 September 2014

Zed Zaidi Kekal Presiden Seniman, AGM Ke-14 Terkawal

Pelakon Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agong Tahunan Ke-14 persatuan itu.
Majlis berlangsung di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

Kira-kira lebih 1,000 ahli Seniman hadir pada mesyuarat AGM tersebut dan ini merupakan perjumpaan yang dihadiri ramai selebriti lama dan baru.

Antara selebriti yang hadir ialah Sofea Jane, Vanidah Imran, Erma Fatima, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Bront Palarae, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli.

Selain itu, Fauziah Nawi, Dira Abu Zahar, Nadia Nissa, Sherry Alhadad, Datuk Yusof Haslam, Azhan Rani, Remy Ishak dan Susan Lancaster turut hadir pada majlis itu.

Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu.

Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman

Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.

"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.

Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.

Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Datuk Mustapha Maarof