Showing posts with label Layak. Show all posts
Showing posts with label Layak. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.

Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.






"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.



Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.

Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.




"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.

View the original article here

Thursday, 22 May 2014

Nasha Aziz - Rakyat Malaysia Kurang Layak Jadi Runaway Model



PETALING JAYA: Pelakon dan model Nasha Aziz mengakui terkilan apabila industri peragaan di negara ini lebih banyak menggunakan khidmat tenaga kerja asing berbanding tempatan.

Bagaimanapun, Nasha, 44, berkata, dia memahami situasi tersebut berikutan kekurangan rakyat negara ini yang mempunyai kriteria untuk berjalan di pentas peragaan.

“Saya kecewa dan sedih dengan industri peragaan sekarang yang lebih mementingkan warga asing berbanding rakyat Malaysia.

“Namun saya faham, syarikat korporat yang mahu mengiklankan produk mereka inginkan model yang menepati kriteria dan ia susah didapati pada rakyat Malaysia,” katanya kepada Mstar Online.

Nasha berkata, dia pernah menerima tawaran syarikat korporat dan stesen televisyen untuk sebuah program realiti pencarian model, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah tersebut.

Jelas Nasha, kebanyakan rakyat negara ini hanya memenuhi kelayakan menjadi peragawati majalah sahaja.

“Saya pernah ditawarkan untuk program pencarian model tetapi tidak jadi kerana masalah ini, rakan saya Amber Chia juga memberitahu terpaksa pergi ke seluruh Malaysia untuk mencari namun tidak berhasil.

“Seorang peragawati untuk pentas peragaan perlu kurus dan tinggi, manakala wajah pula bukan kriteria utama,” jelasnya.

Tambah Nasha, untuk menjadi seorang peragawati memerlukan ketinggian tidak kurang daripada 173 sentimeter dan berat tidak melebihi 52 kilogram bagi wanita.

Dalam pada itu, dia juga menzahirkan rasa kecewa terhadap kelonggaran syarat terhadap penglibatan peragawati luar bekerja di negara ini.

Jelasnya, kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk mengutamakan wajah tempatan dalam setiap produk yang dipasarkan di negara ini.

“Kalau di negara luar seperti Indonesia ada undang-undang sendiri yang mana setiap produk luar perlu menukar kepada wajah tempatan negara mereka sebelum dipasarkan.

“Di Malaysia, saya lihat lebih terbuka kepada orang luar, kasihan kepada model tempatan kerana mereka terpaksa bersaing dengan warga asing untuk bekerja di negara sendiri,” katanya.