Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Hospital Ampang Puteri taja Che Ta bersalin



BERTUAH sungguh bergelar selebriti terkemuka seperti Rozita Che Wan.

Khabar terbaru, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya nanti.

Tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma.

Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.

Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November.

Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro.

Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka



View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

Kes Naya ! Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

type='html'>
Kemaluan lelaki warga Kanada ini dikatakan pendek tiga sentimeter selepas menjalani pembedahan.

SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.
mStar Online


View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Berjalan 7 Batu Ke Hospital Dengan Kayu Terpacak Di Leher

Seorang petani berusia 70 tahun terpaksa berjalan kaki tujuh batu untuk sampai ke hospital setelah sebatang kayu menusuk pada bahagian lehernya semasa dia bekerja di ladang.

Su Liyu berkata beliau tiada pilihan kecuali berjalan ke hospital selepas kejadian di Wangxi, wilayah Sichuan China selatan-barat.

'Saya tahu saya terpaksa melakukannya, bahawa jika saya hanya bergantung kepada orang lain untuk membantu atau saya akan meninggal dunia di ladang ini, "katanya.

'Saya tidak mempunyai pilihan tetapi, berjalan ke hospital atau mati di situ, dan saya fikir saya terlalu muda untuk mati. '

Liyu berkata masa kejadian, dia menolak dahan kayu dan tiba-tiba dahan itu balik semula dan sebahagian daripada dahan itu menikam lehernya dan patah.

Dia berkata: "Ia tidak terlalu menyakitkan tetapi saya dapat merasakan ia adalah dalam. Sudah tentu terlalu dalam bagi saya untuk menarik keluar. '

Beliau membuat keputusan berjalan kaki sejauh tujuh batu untuk ke hospital, Liyu terserempak anak saudara beliau yang menemaninya sepanjang jalan dan membantu menahan kereta.

Beliau dipindahkan dari hospital tempatan ke Hospital Rakyat Quxian dan sekali lagi ke Hospital Kangcheng di bandar Dazhou di mana dia menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang kayu tersebut.

Doktor Weng Zhang, yang mengendalikan Liyu, berkata beliau amat bertuah kerana batang kayu tidak merosakkan mana-mana bahagian penting di leher. Dia adalah seorang yang sangat bertuah dan seorang wanita yang sangat berani.



View the original article here

Thursday, 29 May 2014

PEROMPAK DIHEMPAS DENGAN PINTU KERETA OLEH JURURAWAT DI HOSPITAL UMUM SARAWAK!!

KUCHING: Perompak dihempas dengan pintu kereta beberapa kali oleh seorang jururawat yang bertindak berani melawan perompak terbabit di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin.

Difahamkan, insiden berlaku ketika jururawat berusia 39 tahun itu baharu memasuki keretanya apabila seorang lelaki yang tidak dikenali juga menyerbu masuk ke tempat duduk belakang dan terus mengacu pisau ke leher mangsa.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada suspek yang kemudian terus bertindak keluar dari keretanya dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

“Mangsa semasa cuba menyelamatkan diri cuba ditarik semula oleh suspek namun tindakan pantasnya dengan menghempas pintu kereta beberapa kali ke arah suspek menyebabkan suspek mengalami kecederaan dan tidak mampu menghalang mangsa melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Beberapa pengawal keselamatan HUS yang menyedari insiden tersebut kemudian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek yang berasal dari Matang itu, dilaporkan masih ditahan di balai polis dan akan direman sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan....UTUSAN BORNEO

View the original article here