Showing posts with label Maksiat. Show all posts
Showing posts with label Maksiat. Show all posts

Friday, 14 November 2014

BUKAN 18SX PUN Pasangan Istimewa Kantoi Buat Maksiat Dalam Lubang Konkrit




1

Seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena Hari Single lalu dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.

Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yg dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yg melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yg dipakaikan pakaian wanita.

Pasangan Istimewa Kantoi Buat Maksiat Dalam Lubang Konkrit

Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yg terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.

Lelaki tersebut menyatakan dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.




Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.

Dengan tidak tahu apa yg hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.

Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya”.
sumber


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

MEMALUKAN!!! Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu




Seorang remaja perempuan 21 tahun yg tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguatkuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yg tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yg ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.


Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian, katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka.

Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yg berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka, katanya.

 


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

OH MALAYSIAKU!!! Kompleks Sukan Bukit Jalil Jadi Sarang Maksiat?


Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yg dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.

Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yg kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yg mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.

Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yg melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.

Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.

Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yg memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.

Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yg disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yg dipisahkan melalui tirai.

 


View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Belasah Ayah Ditegur Buat Maksiat

Ampang – “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan kerusi hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 87, selepas dipukul oleh anak perempuannya sendiri.



Murad yang tinggal bersama anak perempuannya berusia 50-an mendakwa turut dihamburkan kata-kata kesat susulan tindakannya menegur perbuatan sumbang anaknya itu bersama bekas menantu di kediamannya di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8 malam Selasa lalu, apabila dia mendapati anak perempuannya itu masih ‘bermesra’ dengan bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.

“Saya yang tidak tahan melihat gelagat mereka bertindak menegur dan menasihati anak saya itu. Bagaimanapun niat baik saya itu dibalas dengan hamburan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut membaling botol minuman ke arah saya sebelum mencapai kerusi kayu berhampiran. Kerusi itu kemudian dipukul sekuat hati ke arah belakang tubuh dan kepala saya,” katanya. –myMetro Online


View the original article here