Showing posts with label Depan. Show all posts
Showing posts with label Depan. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

GEMPAR!!! Che Ta, Zain umum nama anak minggu depan



PASANGAN romantis, Zain Saidin dan Rozita Che Wan hanya akan mendedahkan secara eksklusif nama puteri sulung mereka kepada umum menerusi program HLive! pada minggu hadapan.

Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta selamat melahirkan kira-kira jam 2.18 petang, Sabtu lalu di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan menerusi foto-foto yg dikongsi di laman sosial, Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.







 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

MEMALUKAN!!! Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu




Seorang remaja perempuan 21 tahun yg tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).

Enam pegawai penguatkuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Pengadu yg tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yg ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.


Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian, katanya.

Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka.

Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yg berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka, katanya.

 


View the original article here

Sunday, 26 October 2014

OH MALAYSIA!!! Video Pasangan Kekasih Asmara Dalam Lift Depan Orang Lain Tanpa Rasa Malu



Sebuah video aksi prank dalam lift telah ditonton sebanyak 5.8 juta 

view yg menyaksikan pasangan kekasih bercumbu ghairah tanpa menghiraukan

pengguna dalam lift yg lain. lihat video dibawah


 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

Bicara kes nusyuz Sari Yanti Disember depan



Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini menetapkan 17 Disember sebagai perbicaraan kes nusyuz yang difailkan oleh Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, terhadap isterinya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan kedua-dua pihak untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Semasa prosiding berlangsung Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit pembelaan kes itu minggu hadapan.

“Ini adalah berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan bersama anak guamnya,” katanya.

Peguam Syarie yang mewakili Mohd Edy turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pembelaan pada 4 November.

Pada 8 September lalu, mahkamah menolak bantahan awal Sari Yanti dengan kos RM500.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Mohd Edy kemudian memfailkan nusyuz ke atas isterinya pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.



View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Pilu Lihat Anak & Ibu Maut Di Rempuh Depan Mata

Pilu Lihat Anak & Ibu Maut Di Rempuh Depan Mata | Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati seorang bapa apabila melihat anak perempuan berusia 9 tahun melambung di depan mata dirempuh kereta ketika melintas jalan bersama ibu mentuanya dekat simpang Kampung Tambalang Bolong di Jalan Sulaman, pagi tadi.

Pilu Lihat Anak & Ibu Maut Di Rempuh Depan Mata

Dalam kejadian menyayat hati itu, Nursyahidatul Mohd Saiful melambung lebih lima meter manakala neneknya Rozilah Wati Mitang, 59, tercampak kira-kira tiga meter sebaik dirempuh kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita.

Kedua-dua insan malang itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Sejurus sebelum kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, lelaki Brunei berusia dalam lingkungan 30-an terbabit dikatakan sedang menunggu anaknya di seberang jalan untuk dihantar ke sekolah.

Nursyahidatul dikatakan tinggal bersama neneknya di sebuah rumah di tepi jalan berkenaan.

Nursyahidatul dan neneknya berpimpin tangan ketika melintas jalan apabila kereta yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun dikatakan gagal mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Anakmelambungdepanmata//Article

View the original article here

Monday, 8 September 2014

Elizabeth Hurley Dibayar RM254,600 Untuk Dicium Depan Umum


Elizabeth Hurley

AKTRES Elizabeth Hurley sanggup dibayar mahal untuk dicium dalam sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Elton John.

Menurut laporan portal Dailymail, seorang ahli perniagaan kaya, Julian Bharti telah membelanjakan wangnya sebanyak $80,000 (RM254,600) untuk mendapatkan ciuman daripada Elizabeth.







Elizabeth dan Julian.

Wang yang dibayar itu akan disalurkan kepada beberapa badan amal yang terlibat dengan acara tersebut.

"Ciuman antara Elizabeth dan Julian mendapat sambutan hangat dan para tetamu bersorak apabila masing-masing memberikan ciuman panas," kata salah seorang tetamu pada acara itu.

Bagaimanapun ciuman Julian dan Elizabeth sikit pun tidak membuatkan isteri lelaki itu, Christy, cemburu, sebaliknya menganggap ia sebahagian aktiviti bagi menjayakan acara amal tersebut.



View the original article here

Monday, 16 June 2014

Selamat Bertunang, Amir (Raja Lawak) Kahwin Tahun Depan

  Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak. 


Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.mstar.com.


View the original article here

Friday, 13 June 2014

Teknik Pembekuan Mayat Untuk Di Hidupkan Kembali Di Masa Depan


Cryonic merupakan teknik pembekuan mayat agar sel-sel tubuh tidak rosak, sehingga boleh dihidupkan lagi suatu masa nanti. Penemuannya adalah Robert Ettinger, yang telah pun meninggal dunia dan menjadi pesakit ke-106 yang memanfaatkan teknologi ini.

Mayat Robert yang meninggal di usia 92 tahun pada tarikh 23/7/2011 terus diproses beberapa minit selepas disahkan meninggal, dengan diberi lapisan ais. Selanjutnya, rangkaian tubuhnya diisi dengan sebatian tertentu kemudian dibekukan dengan nitrogen cair.

Selepas itu, mayat Robert dimasukkan dalam peti khas yang dinamakan cryostat untuk menjaganya agar tetap berada di bawah titik beku. Pada keadaan demikian, diharapkan sel-selnya tidak rosak sehinggalah ada teknologinya sudah membolehkan mayatnya boleh dihiduptkan kembali.

Robert Ettinger adalah saintis Amerika yang juga seorang veteran Perang Dunia II menemui teknologi pembekuan mayat ini. Pada tahun 1976, ia mendirikan yayasan bernama Cronic Instistute. Dari yang semula anggotanya boleh dikira dengan jari, pada tahun 2000 sudah mencapai 900 orang.

Tidak semua anggota ingin mengawetkan mayatnya sendiri jika kelak meninggal dunia, sebahagian hanya ingin mengawetkan DNA (Deoxyribo nucleic acid) atau organ tertentu. Bahkan ada yang hanya ingin mengawetkan binatang peliharaannya, terutama anjing dan kucing.

Hingga kini, Cryonic Instutite tercatat sudah membekukan 64 mayat binatang kesayangan termasuk anjing, kucing, burung dan hamster. Sementara untuk jenazah manusia, Robert Ettinger merupakan pesakit ke-106 yang dibekukan dengan teknik yang ditemui tersebut.

Mayat pertama yang dibekukan dengan teknik ini adalah Ibu kandung Robert Ettinger, Rhea Ettinger yang meninggal tahun 1977. Jenazah kedua adalah isterinya sendiri Elaine, sedangkan isteri keduanya yakni Mae Ettinger menjadi pesakit ke-34 yang mayatnya dibekukan dengan cryonic.

Selain Cryonic Institute, saintis yang tinggal di Detroit ini juga mendirikan Immortalist Society yakni sebuah organisasi untuk para saintis yang mendalami cryonic dan teknik lain untuk memanjangkan umur selepas kematian. Robert sendiri sebelum meninggal telah berpesan agar tidak ada upacara pengebumian untuk dirinya kerana yakin suatu masa nanti ia akan hidup lagi.

"Robert sangat memberi inspirasi kepada gerakan cryonic. Ribuan orang di seluruh dunia mencarinya dan pasti sedih mendengar kematiannya, tapi semoga suatu masa nanti dia akan kembali lagi," ungkap David, anak Robert seperti dikutip dari Detnews.

Teknik cryonic adalah dengan cara peredaran darah dan pernafasan secara artifisial yang dikembalikan dan siri ubat yang diberikan untuk melindungi otak dari kekurangan oksigen. Pendinginan cepat juga bermula, yang seterusnya melindungi otak. Tujuannya adalah untuk mempertahankan otak tetap hidup selama mungkin dalam prosedur.

View the original article here