Showing posts with label KANTOI. Show all posts
Showing posts with label KANTOI. Show all posts

Friday, 14 November 2014

BUKAN 18SX PUN Pasangan Istimewa Kantoi Buat Maksiat Dalam Lubang Konkrit




1

Seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena Hari Single lalu dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.

Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yg dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yg melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yg dipakaikan pakaian wanita.

Pasangan Istimewa Kantoi Buat Maksiat Dalam Lubang Konkrit

Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yg terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.

Lelaki tersebut menyatakan dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.




Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.

Dengan tidak tahu apa yg hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.

Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya”.
sumber


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

MEMALUKAN!!! Pasangan TUA Kantoi Memadu Asmara Dalam Kereta


KULIM : Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di perkarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yg menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yg merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yg bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yg bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya.

View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

GEMPAR!!! Lagi Artis Kantoi Tinggal Sebumbung Tanpa Ikatan Sah



Dalam keseronokan SS menghadirkan diri pada satu majlis hiburan baru-baru ini,

SS dikejutkan dengan cerita pasangan artis yg khabarnya tinggal sebumbung.

SS terkejut apabila mendengar cerita yg disampaikan seorang teman kerana tidak

pernah pula mendengar pasangan itu membuat pengumuman mereka kini hangat

menjalinkan hubungan cinta.

Sepanjang pengetahuan SS, hubungan pasangan artis itu memang rapat kerana 
sama-sama terbabit dalam bidang seni, tetapi tidaklah sampai bercinta dan duduk 

sebumbung sekali.

Apapun, SS tak berani hendak buruk sangka tanpa usul periksa. Maklumlah, 
sekarang ini sudah banyak sangat 'pelanduk dua serupa'.

Nanti, kalau terus menuduh, SS bimbang akan jatuh fitnah pula. Apapun, kalau 
benarlah pasangan ini bercinta, SS harap mereka cepat-cepat buat pengumuman 
mengenainya.

Lagi bagus dan berkesan, jika mereka menghantar terus kad undangan perkahwinan. 

Bukan apa, kalau sudah betul saling bercinta dan suka sama suka hendak tunggu 

apa lagi.

Ditambah pula, perkara baik seperti mendirikan masjid ini memang dituntut dalam 

agama. Apatah lagi, disebarkan segera untuk pengetahuan masyarakat. Barulah tidak 

mengundang sebarang kisah sensasi atau gosip liar.

View the original article here

Thursday, 23 October 2014

GEMPAR!!! Pasangan Kekasih Kantoi Memipit Di Tepi Masjid Putrajaya




Gambar hiasan


Seorang pengguna Facebook yg menggunakan nama Stori Mori meluahkan rasa kesalnya dengan sesetengah pasangan yg membuat mak-siat di Putrajaya secara terbuka.

Baca luahan hati beliau di bawah:

Assalamualaikum, saya ingin meluahkan perasaan. Tapi saya tak tahu ke mana nak saya luahkan.

Saya tinggal di Cyberjaya. Saya sering berbasikal di sekitar tasik Putrajaya. Apa yg menyedihkan saya adalah taman-taman di sekeliling tasik ini telah menjadi sarang MAK-SIAT tempat manusia memadu as-mara tanpa rasa malu kepada manusia lain yg lalu lalang di situ.

Dan yg lebih menyedihkan, mereka tiada rasa takut pada Allah yg menyaksikan setiap perbuatan jahat mereka.

Minggu lalu saya berbasikal dari Dataran Gemilang ke Dataran Masjid Putra. Sangat menjijikkan melihat pasangan bercum-buan di dalam kereta yg mereka parking di Jambatan berhampiran masjid!

Tidak ada rasa gentarkah di hati mereka? Tidakkah mereka mengetahui akan gejala taufan putting beliung yg kerap melanda semenanjung kini? Apakah mereka fikir atas faktor geografi dan sains, petaka taufan dan ribut mustahil sampai ke Putrajaya?

Saya merasa amat marah sekali dengan keadaan ini. Putrajaya adalah bandar dalam taman yg sangat indah dan rapi susunannya. Walaupun ia ciptaan manusia, siapakah manusia tanpa Allah yang Maha Kuasa?

Adakah kalian lupa pada kekuasaan Allah? Adakah kalian lupa pada kebesaran Allah? Adakah kalian tidak takut pada kemurkaan Allah?

Tolonglah jangan cemarkan bandar ini dengan mak-siat!

Kalau kalian mahu juga bermak-siat, NYAH KALIAN DARI SINI! Pergi! Pergi ke bandar-bandar yang diperintah oleh orang-orang kafir. Pergi!






Demikianlah luahan hati amarah Stori Mori.

Apa yang diluahkan oleh beliau adalah benar. Seringkali melihat pasangan tanpa segan silu bermesra tanpa rasa segan terutamanya ketika hujung minggu. Kelibat-kelibat pasangan tidak bermoral ini boleh ditemui di Dataran Putrajaya, sekitar tepi tasik Putrajaya, taman-taman bunga di sebelah bangunan Kastam dan beberapa tempat lagi.

Sebenarnya banyak lagi rahsia Putrajaya yang tidak didedahkan kepada umum. Sama ada pihak media dilarang untuk mendedahkan atau sebaliknya. Hanya warga Putrajaya yang tahu kebenarannya.



 


View the original article here

Friday, 10 October 2014

GEMPAR !!! 16 Gambar Pelajar Kantoi Terakam Bersetubuh Dalam Dewan Kuliah



Video aksi pelajar daripada Hebei Politeknik Kolej Industri Ringan telah dirakam ketika

mereka sedang asyik “bermain” dalm kelas tanpa menyedari mereka sdg dirakam oleh kamera litar tertutup.






apa la diorg ne..xde tempat lain ke?


View the original article here

Sunday, 7 September 2014

GEMPAR! Pasangan Kantoi Dicekup, Pakai Telekung Sembahyang Tanpa Seluar


Ini merupakan kisah benar di mana satu pasangan ditangkap di Jalan Sekilau, Pahang dan si wanita sempat mengenakan telekung untuk mengaburi mata pihak pencegah maksiat. Namun begitu, taktik si wanita tidak sempurna kerana beliau didapati memakai telekung tanpa seluar.

Begitulah lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam. Remaja ini kononnya berpura baru selesai solat.

Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut untuk menghantar seterika. Itu merupakan alasan yang lapuk dan JAIP sudah kalis dengan alasan seperti begitu.

View the original article here

Friday, 5 September 2014

KANTOI! Anda Mesti Terkejut Apa yang sedang dibuat oleh Lelaki belakang Gadis cantik ini


Admin pun taktahu nak bagitahu macam mana mengenai artikel ini. Kejadian ini berlaku dikatakan di sebuah cyber cafe di China. Apalah yang difikirkan oleh orang lelaki ini sehinggakan seperti tiada tempat lain untuk melakukan perkara yang tidak senonoh ini.

Kalau admin, memang tak sanggup la open macam tu. Apalah perangai manusia sekarang makin lama makin pelik kan? Harap anda semua tidak meniru seperti lelaki tersebut.



View the original article here

Thursday, 4 September 2014

KISAH GEMPAR! Ustazah Muda ini Kantoi Beromen dengan Warden sekolah !


Kisah ini sepatutnya dijadikan pedoman dan diharapkan orang ramai mengambil iktibar daripada kisah ini. Aktiviti menjijikkan ini apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden. Kejadian ini kantoi kerana mereka merakam video perbuatan haram mereka itu.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama. Kejadian ini sememangnya menggemparkan sekolah tersebut.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu. Kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Semua pun nak share kat facebook, kan dah kantoi.

Semua pun nak share kat facebook, kan dah kantoi.

 Semua pun nak share kat facebookkan dah kantoi.
 Semua pun nak share kat facebookkan dah kantoi.
 Semua pun nak share kat facebookkan dah kantoi.
Salam ... entry kali ni bukan pasal politik , tapi pasal pencuri handphone (Galaxynote) yang paling bodoh di Malaysia. Okay ringkasan cerita ... mangsa Patrick Lim terbabas keretanya kerana nak mengelak motorsikal yang datang secara tiba2 entah dari mana di Menara PGRM , Taman Shamelin . Mangsa keluar dari kereta untuk melihat keadaan kereta dengan meninggalkan telefon Galaxynote di seat penumpang. Ada seorang penunggang motorsikal menawarkan diri untuk membantu , dan mengambil tempat duduk pemandu untuk cuba mengalihkan kereta yang terbabas tadi . Dalam situasi yang panik itu, Patrick Lim tak sedar handphone Galaxynote beliau telah di'cilok' oleh orang yang kononnya nak membantu tadi ...

Ok.. yang menariknya, si pencuri phone tadi menghadiahkan Galaxynote tu pada girlfriend . Dan si girlfriend pulak menggunakan aplikasi Instagram tanpa logout. Apa lagi.. kawan2 Facebook Patrick Lim naik pelik la kenapa ada gambar awek di Facebook beliau .. maka masing2 'share' gambar awek tu di Facebook untuk tangkap si pencuri Galaxynote . Akhirnya ada orang dapat 'cam' awek tu .. ingat lagi kes seorang wanita yang kematian anak akibat didera oleh boyfren dari Sudan ? Melalui bantuan kawan2, Patrick Lim berjaya dapatkan nombor perempuan tu .. sms minta balik Galaxynote , tapi perempuan tu kata tak tahu apa2 pasal Galaxynote tu.... menipulah tu .


Pusing punya pusing, depa dapat tahu siapa mamat yang mencilok Galaxynote tu ... semuanya melalui Facebook gak! hahaah ... si pencuri ni siap tulis dalam 'timeline' Facebook 'rezeki terpijak' dalam tempoh si Patrick Lim ni hilang Galaxynote beliau... one more thing mamat ni suka check in kat mana dia ada dalam Facebook ! Tolong sebarkan ye... kesian budak tu baru pakai Galaxynote 2 bulan dah kena cekau , dengar kabar Galaxynote tu pun bayar installment .

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Pelajar IPTA Kantoi Separuh Bogel Dalam Kereta



Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing berusia 20 tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti dan mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.

Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan. Penduduk mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar pasangan terbabit separuh terlondeh.

Penduduk menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara itu terkejut.

"Wanita berkenaan menekup mukanya manakala lelaki terbabit mengangkat kepala tanpa menaikkan tempat duduk dan terus menekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju secara mengundurkan tanpa menyalakan lampu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.


 

Sumber itu berkata, beberapa ketika kemudian kedengaran dentuman kuat kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum penduduk kampung mendapati kenderaan dinaiki pasangan kekasih terbabit terperosok di dalam longkang di kiri jalan selepas merempuh tiang telekomunikasi.

"Tiang telekomunikasi berkenaan tercabut dan patah dua manakala kenderaan dinaiki pasangan terbabit remuk di bahagian belakang dan pasangan itu keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut sumber, pasangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Negeri Sembilan dan penuntut wanita di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini, memberi alasan tinggal berjauhan dan bertemu untuk bersiar-siar sebelum berhenti di tepi jalan kerana mengantuk dan terlelap di situ. Menurut Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas Shaari Samah, pasangan terbabit masing-masing berusia 20 tahun ditahan kerana berdua-duaan di dalam kereta di kawasan sunyi dipercayai kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel.

 "Pasangan terbabit mendakwa tersalah jalan dan terlelap ketika berhenti di tempat kejadian. Selepas diperiksa, mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pernikahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan tangkapan khalwat pasangan berkenaan.~ Sumber

 

Sunday, 25 May 2014

PASANGAN KANTOI DICEKUP BAGI ALASAN 'Ke rumah kekasih nak cuci baju'


Pasangan kekasih dicekup dan ditahan sebelum disoal siasat.


SUNGAI PETANI - “Dia baru sahaja sampai rumah saya pagi tadi,” demikian helah seorang remaja lelaki yang memberikan alasan bagi ‘menyelamatkan’ kekasihnya ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa kerana bersekedudukan.

Pasangan itu dicekup dalam sebuah rumah di sini ketika sedang tidur pada jam 9.30 pagi oleh sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Pasangan itu yang berusia 20 tahun berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar menyewa di perumahan terbabit kerana mendakwa sedang bekerja di bandar ini.

Apabila ditanya, wanita itu berkata, rumah sewanya hanya 200 meter dari situ dan datang ke rumah kekasihnya pada jam 8 pagi untuk mencuci baju kerana terdapat sebuah mesin basuh di situ.

Bagaimanapun, ketika dicekup kedua-duanya ditemui berada di sebuah bilik dan salah seorangnya tidak berpakaian.

Berdasarkan pengakuan, mereka sudah berkenalan lima tahun lalu sejak di bangku sekolah dan kini masing-masing sedang bekerja di sebuah pasar raya dan kilang berasaskan ubat-ubatan di bandar ini.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, aduan dikemukakan orang awam apabila ternampak seorang wanita sering berkunjung ke rumah kekasihnya yang tinggal seorang diri termasuk pada waktu malam.

“Hasil siasatan kami dapati terdapat sepasang kekasih berada di dalamnya dipercayai tinggal serumah berdasarkan penemuan pakaian dalam wanita terbabit termasuk kelengkapan lain yang tersusun dalam almari milik kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Sekiranya sabit kesalahan, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan.

Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih dicekup oleh jawatankuasa masjid ketika tidur berdua-duaan di sebuah pondok berteduh dalam kawasan rumah dekat Gurun, Kedah pada jam 8 pagi.

Menurut Zaiferi, pasangan berusia 18 dan 20 tahun itu ditemui sedang nyenyak tidur dalam pondok yang terdapat dalam halaman rumah si lelaki.

“Kes itu, bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.


Sinar Harian