Showing posts with label PINTU. Show all posts
Showing posts with label PINTU. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Tak Tahan Karenah Suami ikut ‘Pintu Belakang’, Isteri Buat Laporan Polis



Seorang lelaki merangkap penoreh getah telah ditahan polis selepas didakwa meliwat

isterinya.Mangsa yg bekerja sebagai pekerja am sebuah kilang kelapa sawit 
menyatakan perbuatan tidak senonoh suaminya adalah secara paksa rela membuatkan 
mangsa mengalami trauma yg teruk dan tekanan emosi.



Kejadian yg berlaku awal pagi Selesa, mangsa mendakwa suaminya meliwatnya 
terlebih dahulu sebelum mengadakan hubungan seks yg normal.Tidak tahan dengan 
perbuatan tidak senonoh lelaki itu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan
polis.



Suspek kini ditahan remah selama seminggu sehingga 15 Oktoberdan jika didapati 

bersalah, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.



 


View the original article here

Thursday, 29 May 2014

PEROMPAK DIHEMPAS DENGAN PINTU KERETA OLEH JURURAWAT DI HOSPITAL UMUM SARAWAK!!

KUCHING: Perompak dihempas dengan pintu kereta beberapa kali oleh seorang jururawat yang bertindak berani melawan perompak terbabit di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin.

Difahamkan, insiden berlaku ketika jururawat berusia 39 tahun itu baharu memasuki keretanya apabila seorang lelaki yang tidak dikenali juga menyerbu masuk ke tempat duduk belakang dan terus mengacu pisau ke leher mangsa.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada suspek yang kemudian terus bertindak keluar dari keretanya dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

“Mangsa semasa cuba menyelamatkan diri cuba ditarik semula oleh suspek namun tindakan pantasnya dengan menghempas pintu kereta beberapa kali ke arah suspek menyebabkan suspek mengalami kecederaan dan tidak mampu menghalang mangsa melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Beberapa pengawal keselamatan HUS yang menyedari insiden tersebut kemudian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek yang berasal dari Matang itu, dilaporkan masih ditahan di balai polis dan akan direman sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan....UTUSAN BORNEO

View the original article here