Showing posts with label Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

SEMASA!!! Daripada Sentuh Anjing Baik Belai Anak Yatim – Pemuda PAS



PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abd Hadi berkata adalah lebih baik jika umat Islam berkempen untuk perkara-perkara lain selain kempen ‘menyentuh anjing’.

“Daripada berkempen menyentuh anjing, adalah lebih baik jika mereka berkempen tentang penjagaan anak yatim.

“Nabi Muhammad pernah berkata bahawa sesiapa sahaja yg membelai kepala anak yatim akan menerima banyak ganjaran untuk setiap helai rambut yg dibelai.

“Daripada belajar tentang bagaimana kita harus mengusap anjing, apa kata kita belajar bagaimana untuk membersihkan kaki kita semasa berwuduk tanpa perlu membuka lapisan pakaian,” kata Khalil, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, Selasa.

Mencadangkan bahawa acara ‘menyentuh anjing’ pada Ahad adalah cara bagi rakyat Malaysia untuk meredakan tekanan daripada masalah seperti kenaikan harga bahan bakar, Khalil berkata umat Islam hendaklah terlebih dahulu belajar bagaimana untuk memegang dan mencium batu Hajar Aswad di Kaabah sebelum mereka berfikir tentang bagaimana untuk membelai anjing.

“Ada satu kejadian berkaitan anjing peliharaan di dalam Al-Quran. Pelajaran daripadanya ialah, bukan untuk kita memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan, tetapi bagi kita mengakui bahawa anjing juga memainkan peranan yg penting dalam perjuangan Islam.”

Beliau menambah, penglibatan umat Islam dengan anjing adalah setakat memberi makan ketika lapar dan tidak mencederakannya kerana kerana haiwan itu berhak dianggap sebagai salah satu ciptaan Allah.

View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

BERITA !!! Pemuda Setubuh Ibu kandung Dan Empat Adik Tirinya Selama 5 Tahun




Seorang pemuda berusia 19 tahun yg dikenali dengan nama singkatnya, TG, 

ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.




Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu.

“Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” 

kata TG ketika disoal polis, semalam.



Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan 

terkutuk itu.Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada

ibunya yg kini sudah berusia 40 tahun.



Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yg kini sudah berusia 

40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks.



Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya.

“Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yg menggoda dan 

mengajak saya melakukannya,” katanya.



Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yg lain, perempuan, 

berusia empat, 10 dan 12 tahun.Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, 

TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya



 


View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Jangan Jadikan Isu Foto Lana Nodin Dengan Pemuda Bertatu


Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.






"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.


Foto Lana bersama seorang jejaka kacak yang menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya di Instagram.

Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.
"Dia merupakan jurulatih bagi angkatan tentera kerajaan sebuah negara dan dia risau sekiranya ia menjadi kecoh.

"Sebab itulah saya buang gambar tersebut. Tak adalah orang nak komen bukan-bukan," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar.



View the original article here

Monday, 22 September 2014

Pemuda 26 tahun takluk hati Nita


NITA kini mahu kembali aktif dalam bidang seni. Dia bakal muncul dengan single Jikalau Kau Tahu.

PERNAH melalui fasa cinta dengan penyampai radio Era FM dan juga bekas bintang Akademi Fantasia, Zahid suatu ketika dahulu, kini, cerita cinta penyanyi yang lahir daripada program realiti televisyen Malaysian Idol, Norhanita Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Nita dilihat sepi tanpa sebarang khabar berita.

Menginjak usia 34 tahun, sudah semestinya, gadis sepertinya perlu mencari teman hidup dengan secepat mungkin. Mengakui dirinya sebelum ini sibuk dengan karier seni dan aktiviti sebagai seorang guru penyelam, Nita kini komited untuk menjalinkan hubungan serius.






Perkenalan selama lapan bulan bersama seorang jejaka menerusi kenalannya membibitkan perasaan cinta.

Nita yang membuka ruang untuk kaum yang bernama lelaki mengakui dia tidak pernah memilih apabila berkaitan isu lelaki walaupun lelaki tersebut hanya bekerja sebagai ‘office boy’ sahaja.

Apa yang menjadi kepentingan bagi gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini ialah hati budi seseorang lelaki. Budi pekerti dan perasaan saling memahami merupakan keutamaan kepadanya.

Bertemu tuan empunya badan pada sidang akhbar konsert amal kanser payu dara Pinktober Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 19 Oktober di Hard Cafe Kuala Lumpur, Nita bercakap tentang hubungannya dengan lelaki yang diperkenalkan sebagai Fareez itu.

Kosmo!: Setelah kegagalan percintaan Nita dengan bekas bintang Akademi Fantasia, Zahid, adakah anda kini mempunyai teman lelaki baharu dalam kehidupan anda?

NITA: Ya, saya kini dalam proses mengenali seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Fareez. Dia merupakan rakan kepada kenalan saya. Kami mula mengenali antara satu sama lain secara serius pada Disember tahun lepas. Sedar tidak sedar kini kami telahpun menjalinkan hubungan selama lapan bulan.

Bagaimanakah jejaka tersebut dapat menawan hati anda?

Dia (Fareez) kini berusia 26 tahun. Walaupun umur kami berbeza sebanyak lapan tahun tetapi dia merupakan seorang yang sangat matang. Dia banyak menasihati saya dan dia juga merupakan seorang yang serius terhadap sesuatu perkara. Daripada situlah saya yakin dan berasa selamat bersamanya.

Memandangkan kini anda telah mempunyai kekasih, adakah anda bercadang untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya?

Saya masih belum terfikir ke tahap itu lagi. Kami masih lagi dalam proses perkenalan, mungkin sedikit masa lagi saya akan mengumumkan berita baik tersebut kelak. Namun demikian, buat masa sekarang kami sudah mengenali ibu bapa masing-masing. Insya-Allah kalau tidak apa aral melintang kami akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.


KATA Nita, jarak usia yang berbeza lapan tahun dan biar baru lapan bulan berkenalan, Fareez menunjukkan sikap yang matang dalam hubungan mereka.

Anda kini dilihat semakin menyepi dalam bidang seni, adakah anda bercadang untuk berhenti dalam bidang nyanyian?

Saya tidak pernah terfikir langsung untuk berhenti dalam bidang nyanyian. Cuma sebelum ini saya sibuk dengan aktiviti selam skuba kerana saya merupakan salah seorang tenaga pengajar. Selama dua tahun saya menetap di Pulau Mabul dan Tioman bagi memahirkan skil dan kini saya telahpun mempunyai lesen menyelam sebagai pembantu jurulatih menyelam.




Adakah kini anda ingin melakukan ‘comeback’ dalam industri muzik tempatan?

Saya kini telah menetap sepenuhnya di Kuala Lumpur sejak setahun yang lalu dan bertekad untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang muzik. Tahun ini sememangnya difokuskan kepada penghasilan single terbaru dan kini single tersebut sudah memasuki proses akhir rakaman. Single yang berjudul Jikalau Kau Tahu itu telah dicipta oleh komposer Daly Filsuf.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu anda, adakah anda mempunyai strategi untuk mendapat tempat kembali dalam arena muzik tempatan tanah air?

Saya kini bergerak secara sendiri, namun pada masa yang sama saya masih mencari syarikat rakaman yang mahu merealisasikan cita-cita saya untuk melakukan come back. Terus-terang saya rasa berdebar-debar juga untuk melakukan come back. Tetapi, saya rasa tahun ini saya memang sudah bersedia. Saya juga tidak sabar untuk memperdengarkan single terbaharu kepada peminat muzik tanah air. Lagipun ada yang bertanya bila saya mahu menyanyi semula (sebagai penyanyi rakaman) dan muncul dengan lagu baharu.

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Pemuda Kritikal Di Langgar Banana Bot

Pemuda Kritikal Di Langgar Banana Bot | Seorang pemuda dilaporkan kritikal selepas dilanggar sebuah `banana boat' ketika mandi di pantai  Port Dickson petang semalam.

Pemuda Kritikal Di Langgar Banana Bot
Gambar Hiasan
Mangsa berusia 23 tahun yang cedera di lengan kiri, kepala dan patah rusuk kiri dibawa bapanya ke Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Supritendan Zulkifli Adamshah berkata, polis menahan reman pemandu bot itu selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi bantu siasatan di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan.



sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140909/je_11/Pemuda-kritikal-dilanggar-banana-boat

View the original article here