Showing posts with label sentuh. Show all posts
Showing posts with label sentuh. Show all posts

Monday, 27 October 2014

MASHAALLAH!!! Sentuh anjing: 'Gambar tersebar sebulan lalu'



JOHOR BAHRU - “Benar gambar kanak-kanak berpakaian seragam sekolah agama adalah murid dari kampung ini, namun isu gambar berkenaan tersebar lebih sebulan lalu,” itu pengakuan seorang penduduk Kampung Bakar Batu, di sini.

Beliau yg hanya ingin dikenali sebagai Mak Long, 50an mengakui gambar itu kembali hangat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial selepas program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' baru-baru ini dikritik hebat.

Mak Long yg berniaga berhampiran sekolah agama tempat kanak-kanak yg terdapat dalam gambar menyentuh seekor anjing bersama seorang wanita itu berkata, dia juga antara yg terawal mengetahui kejadian terbabit.

“Salah seorang ibu kanak-kanak dalam gambar berkenaan datang berjumpa guru berhampiran kedai saya dan memaklumkan perkara sebenar.

“Saya juga difahamkan pihak sekolah juga telah mengambil  tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang.

“Melalui cerita ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Difahamkan pemilik haiwan itu mempelawa mereka menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak,” katanya ketika ditemui Sinar
Harian di sini, semalam.

Wanita itu mengakui dalam hal ini tidak boleh salahkan sesiapa dan menuding jari sama ada terhadap kanak-kanak mahupun pemilik haiwan berkenaan

“Mungkin jika orang yg tidak mengetahui cerita sebenar akan menyangka kanak-kanak terbabit terpengaruh untuk menyentuh anjing selepas program berkenaan ('Saya Mahu Sentuh Anjing').

“Namun sebenarnya kejadian itu sudah lebih sebulan berlalu ketika pemilik haiwan terbabit singgah ke kediaman saudaranya di kampung ini.

“Saya berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan, lebih-lebih lagi gambar berkenaan memaparkan kanak-kanak itu berpakaian seragam sekolah agama. Umum mengetahui sekolah agama Johor amat berjasa untuk menuntut ilmu berkaitan Islam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru telah memanggil dan memberi penerangan menyeluruh kepada murid sekolah yg didapati memegang anjing dalam satu kejadian di Kampung Bakar Batu, dekat sini bulan lalu.

Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, Fauzi Arshad berkata, penerangan turut diberikan kepada seluruh murid sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung berkenaan agar mereka lebih jelas mengenai jenis-jenis najis.

“Kita telah buat penerangan agar mereka faham tentang jenis-jenis najis dan batas-batas sebagai umat Islam.

“Penerangan bukan sahaja kepada murid-murid berkenaan tetapi kepada seluruh murid di sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung itu kerana kita tidak mahu perkara sama berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu katanya, siasatan lanjut dan tindakan seterusnya ke atas wanita yg terbabit dalam kejadian itu diserahkan kepada ketua jabatannya kerana kejadian berlaku di luar waktu dan kawasan sekolah.

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

SEMASA!!! Daripada Sentuh Anjing Baik Belai Anak Yatim – Pemuda PAS



PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abd Hadi berkata adalah lebih baik jika umat Islam berkempen untuk perkara-perkara lain selain kempen ‘menyentuh anjing’.

“Daripada berkempen menyentuh anjing, adalah lebih baik jika mereka berkempen tentang penjagaan anak yatim.

“Nabi Muhammad pernah berkata bahawa sesiapa sahaja yg membelai kepala anak yatim akan menerima banyak ganjaran untuk setiap helai rambut yg dibelai.

“Daripada belajar tentang bagaimana kita harus mengusap anjing, apa kata kita belajar bagaimana untuk membersihkan kaki kita semasa berwuduk tanpa perlu membuka lapisan pakaian,” kata Khalil, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, Selasa.

Mencadangkan bahawa acara ‘menyentuh anjing’ pada Ahad adalah cara bagi rakyat Malaysia untuk meredakan tekanan daripada masalah seperti kenaikan harga bahan bakar, Khalil berkata umat Islam hendaklah terlebih dahulu belajar bagaimana untuk memegang dan mencium batu Hajar Aswad di Kaabah sebelum mereka berfikir tentang bagaimana untuk membelai anjing.

“Ada satu kejadian berkaitan anjing peliharaan di dalam Al-Quran. Pelajaran daripadanya ialah, bukan untuk kita memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan, tetapi bagi kita mengakui bahawa anjing juga memainkan peranan yg penting dalam perjuangan Islam.”

Beliau menambah, penglibatan umat Islam dengan anjing adalah setakat memberi makan ketika lapar dan tidak mencederakannya kerana kerana haiwan itu berhak dianggap sebagai salah satu ciptaan Allah.

View the original article here

LAGI OSU!!! Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor




Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.



Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yg dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.



"Jangan cuba mencipta budaya yg bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.



"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yg bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yg kering tanpa darurat.



Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yg jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.



Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yg bercanggah dengan mazhab Shafie.



Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.



"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yg lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yg kini bekerja dengan sebuah NGO.



Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.



"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yg dicipta Allah yg memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yg sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.



"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yg kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.



Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yg hadir pada majlis itu yg dihadiri lebih 1,000 orang.



Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.



"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yg cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

View the original article here

BUKTI!!! Pengajur Dakwa Ada Bukti Progam Sentuh Anjing Dilluluskan



Program "I Want To Touch A Dog" atau IWTTAD telah mencetus kontroversi di negara ini selepas pengajurannya mendapat tentangan hebat daripada orang awam. Menurut salah seorang penganjur program berkenaan, program tersebut telah mendapat kelulusan daripada MAIS tetapi Mufti Negeri Selangor telah menafikan pihak MAIS telah memberikan kelulusan tersebut.

Menurut Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pihak MAIS tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran bagi program tersebut tetapi kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) yg mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran penggunaan padang awam.

Bagaimanapun, kini satu surat yang didakwa merupakan surat kebanaran oleh JAIS telah tersebar di media sosial. Gambar surat itu dimuat naik oleh Syed Azmi sendiri yg mengatakan mereka telah mendapat kebenaran untuk mengajurkan program itu dan perlu mencari ulamak pula.

Surat yg bertarikh pada 9 Oktober itu ditandatangani oleh pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berserta dengan cop rasminya. Di dalam surat tersebut juga ada ditulis "Pengajur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya'.



 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

KECOH!!! Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yg hadir pada satu acara yg membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yg sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yg datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yg tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yg bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yg betul sekiranya ada yg was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

View the original article here