Showing posts with label Petrol. Show all posts
Showing posts with label Petrol. Show all posts

Friday, 3 October 2014

Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen


Harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20, berkuatkuasa 12.01 tengah malam Khamis.

Harga baharu itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter.






Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataan pada Rabu berkata, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih daripada RM21 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

"Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

"Pemberian subsidi perlu sampai kepada golongan sasar dan tidak secara pukal. Ini kerana pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan," katanya.




KPDNKK berkata, langkah penjimatan daripada subsidi petrol dan diesel tersebut dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan ia boleh digunakan untuk pembangunan bidang pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih cekap serta meningkatkan tahap keselamatan negara.

Biarpun demikian, kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

"Kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak," menurut kenyataan tersebut.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab | Seorang pelanggan syarikat Shell bermandikan petrol RON95 akibat hos noozle tercabut secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa dibasahi dengan petrol Ron 97 tersebut keseluruh badan.

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Dalam kejadian yang berlaku di Shell berhampiran jalan sebalum masuk ke RTC Gopeng, pihak stesen Shell berkenaan enggan memberikan gantirugi yang setimpal kepada mangsa kerana ini bukan kecuaian pihak Shell. Sebaliknya equipment pam yang dipersalahkan.

Bagaimanapun, pihak Shell menawarkan hanya RM50 untuk menutup mulut mangsa.

Berang dengan tindakan pemilik Shell berkenaan, mangsa akan membuat laporan kepada KPDNKK. Namun, pemilik stesen yang dipercayai berbangsa India itu tidak berkata tidak kisah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh mangsa kejadian.

"Bayangkan kalau ada spark sikit, memang terbakar satu badan," ujar mangsa.

Dalam pada itu, komen seorang pembaca Yosri Bin Abu Mahsin berkata, "Agen Perubahan at Jabatan Penerangan Malaysia. Saya cadang buat laporan polis dan KPNKK s.k kepada Biro engaduan Awam Jabatan Perdana Menteri manakala wang sogokan yang cuba diberi dilaporkan kepada SPRM"

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/pelanggan-shell-bermandikan-petrol.html

View the original article here