Showing posts with label Enggan. Show all posts
Showing posts with label Enggan. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

BEGONG!!! , Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan..



SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yg tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year.

Wanita yg dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yg memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.

Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.





 

View the original article here

Sunday, 2 November 2014

ARTIS!!! Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka

 "Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yg dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan.

Mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu, ia dilahirkan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri.

Afeeq yg dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.

"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.

"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.

Bayi perempuan yg masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yg berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yg kurang bernasib baik.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yg dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.

Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.

"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.

"Buat masa ini kami tak dapat dedahkan dulu gambar bayi sebab dah ada perjanjian eksklusif dengan pihak Astro," katanya -




 


View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Ibu Enggan Ulas Dakwaan Aliff Aziz Mencuri



Susulan mengenai dakwaan mencuri, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil mengambil keputusan untuk tidak mengulas mengenai kes kecurian telefon seperti yang di paparkan oleh media cetak Singapura.

Menurut ibunya, dia tidak mahu berlaku sebarang percangaahan yang boleh mengganggu proses mahkamah.






“Auntie tidak mahu beri sebarang komen, dikhuatiri akan bercanggah dan boleh menggangu proses mahkamah. Maafkan Auntie, kena tanya Aliff sendiri mengenai dakwaan itu,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Portal Murai.

Berdasarkan keratan akhbar di Singapura, Aliff dikenakan denda sebang SGD 2000 (RM5000) atas kesalahan mencuri 2 jenis telefon bimbit. Model telefon yang disyaki Aliff mencuri ialah HTC One dan Samsung Note yang tiap satu berharga SGD800 (RM2000).

Aliff dipercayai telah mengambil telefon bimbit itu daripada seorang lelaki bernama Muhammad Norazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam di sebuah daerah di Singapura.

“Apa-apa pun Aliff kena jawab sendiri mengenai kes ini, Auntie mohon maaf sangat kepada semua pembaca dan peminatnya,” katanya.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman



Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.






"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.


Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.




Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.


Datuk Mustapha Maarof

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here

Tuesday, 9 September 2014

Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad


Zara enggan mengulas mengenai gosip dia kini berkawan rapat dengan aktor Fahrin Ahmad.

Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu.






"Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.


Fahrin Ahmad.

Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara.




Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Atilia Enggan Tangguh Timang Anak


Atilia bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.






"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.

Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.


Atilia dan Adam mula berkawan sejak 12 tahun yang lalu.

"Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.

"Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan," ujarnya.




Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.

"Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin.


"Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab | Seorang pelanggan syarikat Shell bermandikan petrol RON95 akibat hos noozle tercabut secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa dibasahi dengan petrol Ron 97 tersebut keseluruh badan.

Pelanggan Mandi Petrol, Shell Enggan Bertanggungjawab

Dalam kejadian yang berlaku di Shell berhampiran jalan sebalum masuk ke RTC Gopeng, pihak stesen Shell berkenaan enggan memberikan gantirugi yang setimpal kepada mangsa kerana ini bukan kecuaian pihak Shell. Sebaliknya equipment pam yang dipersalahkan.

Bagaimanapun, pihak Shell menawarkan hanya RM50 untuk menutup mulut mangsa.

Berang dengan tindakan pemilik Shell berkenaan, mangsa akan membuat laporan kepada KPDNKK. Namun, pemilik stesen yang dipercayai berbangsa India itu tidak berkata tidak kisah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh mangsa kejadian.

"Bayangkan kalau ada spark sikit, memang terbakar satu badan," ujar mangsa.

Dalam pada itu, komen seorang pembaca Yosri Bin Abu Mahsin berkata, "Agen Perubahan at Jabatan Penerangan Malaysia. Saya cadang buat laporan polis dan KPNKK s.k kepada Biro engaduan Awam Jabatan Perdana Menteri manakala wang sogokan yang cuba diberi dilaporkan kepada SPRM"

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/pelanggan-shell-bermandikan-petrol.html

View the original article here

Friday, 29 August 2014

David Teo Selar Stesen Radio Enggan Putar Lagu Nyanyiannya



Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo berasa pelik apabila single lagu pertamanya berjudul Kacang tidak diterima baik oleh pihak stesen radio tempatan sedangkan ia mendapat sambutan di YouTube dengan jumlah lebih 112,000 tontonan.

David berkata, lagu yang turut menampilkan penyanyi Fida Ibrahim, Zarul dan Cat Farish itu hanya dimainkan selama seminggu di beberapa buah stesen radio menerusi segmen lagu baru tempatan dan kemudian ia tidak lagi ke udara.

"Mereka (pihak radio) menganggap lagu itu tidak mencapai piawaian seperti yang dikehendaki.

"Jika benarlah lagu saya itu biasa-biasa sahaja, tidak mungkin Kacang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, malah ia masih lagi ditonton sehingga kini. Malah liriknya juga sarat dengan mesej yang berguna buat masyarakat kita," katanya yang dihubungi mStar Online.






Tambah David, dia tidak terkilan pun dengan mana-mana stesen radio kerana menganggap Kacang sudah mencetuskan fenomena tersendiri walaupun hanya menerusi di YouTube sahaja.



David Teo

Bagaimanapun, David menyifatkan kebanyakan stesen radio di negara ini terlalu syok sendiri kerana memutarkan lagu-lagu yang diminati pihak stesen terbabit tanpa mengikut trend terkini di media sosial.

"Sebelum ini saya memberikan lagu Kacang kepada stesen radio untuk mereka jadikan ia sebagai eksklusif sebelum memuat naik klip video di YouTube. Malangnya ia hanya dimainkan untuk beberapa kali sahaja.




"Patutlah… baru saya faham mengapa ramai penggiat muzik berbakat hanya popular di laman sosial, tetapi tidak secara arus perdana.

"Sudah tiba masanya pihak radio mengubah format mereka mengikut cara media sosial yang lebih kemas kini berbanding cara mereka memilih lagu," tegasnya.

Sementara itu, David berkata, dia telah melaburkan sebanyak RM30,000 untuk lagu tersebut termasuklah kos pembikinan klip video bagi memberikan kualiti yang terbaik buat penonton yang menyaksikannya.

View the original article here