Showing posts with label Rungkai. Show all posts
Showing posts with label Rungkai. Show all posts
Tuesday, 28 October 2014
BERITA!!! Pakar Forensik Akan Rungkai Kesahihan Klip Video Skandal UAI
KUALA LUMPUR – Polis sudah menghantar klip video seks seorang lelaki mirip penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi merungkai kesahihan video kontroversi tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia perlu menganalisis kandungan video itu untk mengenal pasti keasliannya selain menyiasat sama ada ia menggunakan teknik pertindihan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yg menyebarkan video ini.
“Kita menyiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan penyebaran dan memiliki bahan lucah. Jadi kita kena siasat dulu untk pastikan dari mana punca video itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam
Thursday, 23 October 2014
TERKINI!!! Rungkai : Isu Acara Makan Katak Di Sekolah
Status : Palsu (Disalah Tafsir)
Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yg memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.
Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.
Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu
Berikut pula penjelasan dari seorang yg menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yg menghadiri program survival tersebut.
Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yg disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yg berkaitan dengan isu yg panas sebegini. Diharap juga pihak yg mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yg mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yg tidak pasti
Subscribe to:
Posts (Atom)


