Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Friday, 14 November 2014

ARTIS!!! Gambar Terkini Juliana Evans Yang Hot Giteww...


Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat sekitar April 2014 yg lalu, ramai bertanyakan bilakah Juliana Evans akan kembali ke Malaysia sekaligus meneruskan penglibatan dalam dunia hiburan.

Bercakap kepada Harian Metro, Juliana Evans yg menyambung pengajian di Akademi Filem New York berkata beliau banyak menimba pengalaman ketika menetap di Los Angeles selain ada mengintai peluang berlakon serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.








Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yg ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita.

Di sini ramai kenalan yg sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.

Bagaimanapun saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.

Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran.

Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA.

Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini, jelas Juliana Evans.

Gadis berusia 25 tahun ini juga khabarnya bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015.

 


View the original article here

CUTE!! Gambar Terkini Anak Perempuan Pengacara Terkenal Tempatan


 Ally Iskandar dan Farah Lee bernama Maream Esabel yg lahir pada 7 Ogos lalu. 

Apa yg menarik, Maream kelihatan semakin tembam sekarang dan wajahnya seakan Korean look. Yalah... dah ibunya dulu bertahun belajar kat Korea dan banyak makan makanan di sana. Betul tak?



Jom tengok 6 keping foto terbaru Maream Esabel yang serius comel. - Myartis








 


View the original article here

Thursday, 6 November 2014

CUTE!!! 6 Foto terkini anak Che Ta oleh Easkey Photography

Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi pada Ahad lalu, gambar pelakon jelita ini dan bayinya dikongsikan kepada umum sebelum mula menjadi sensasi dan disebarkan di laman-laman sosial.

Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuan Che Ta dan Zain Saidin.



Selain itu, ramai juga yang terpegun melihat keadaan wajah dan rambut Che Ta yang maintain meletop seperti biasa, siap dengan bulu mata palsu yg tidak pernah ditinggalkan.

Sedangkan ibu yg baru melahirkan, biasanya kelihatan agak pucat dan letih selepas kehilangan banyak darah.



Sementara itu, Easkey Photography juga tidak melepaskan ruang yg ada bagi mengambil beberapa gambar posing ekslusif bayi perempuan Che Ta. Jom tengok di bawah.
















 


View the original article here

SO CUTE!!! Gambar Terkini Lisa Surihani


Gambar Terkini Lisa Surihani Pakai Baju Kebaya Nipis Yg Sungguh Cantik!


 



 

View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

Jom Lihat Wajah-Wajah Terkini Pelakon Back to the Future

It’s been almost 30 years since the original “Back to the Future” was released and some of these actors are looking like the could definitely use a time machine.









View the original article here

GOSIP!!! 5 Foto terkini Ku Hariz, teman lelaki baru Jihan Raja Lawak

Menyulam cinta dengan seorang gadis yg mempunyai ramai peminat atau berada dalam kategori popular kadangkala membuatkan hubungan tersebut diuji dengan seribu satu dugaan.


Apatah lagi apabila si jejaka turut berada dalam kelompok kerjaya yg sama, barangkali timbul sedikit perasaan cemburu melihat pasangannya itu lebih dikenali berbanding dirinya yg sama-sama mencari makan sebagai anak seni.

Kesempatan bertemu dengan pelakon berbakat kelahiran program realiti Pilih Kasih musim kedua, Ku Hariz, 29, di Angkasapuri baru-baru ini, Hits cuba menyelami hati dan perasaannya, lebih-lebih lagi setelah pengarang jantungnya, Jihan Muse semakin meniti popularitinya tersendiri.

Menurutnya yg mesra disapa sebagai Hariz itu, apa yg dikecapi oleh Jihan adalah berdasarkan kerja kuat yg dilakukan saban hari semenjak tamat program realiti Raja Lawak musim ketiga.

Setelah beberapa tahun cuba mengenali selok-belok dunia hiburan yg diketahui umum banyak pancaroba, Hariz memberitahu bahawa dia dan Jihan memahami situasi diri mereka yg bergelar figura awam.

“Saya bangga dengan kejayaan Jihan. Kami saling mengenali di pentas teater hampir enam tahun lalu sebelum kami berdua menyertai program realiti masing-masing.

“Setelah terjun ke arus perdana, Alhamdulillah kami dapat mengharungi ranjau dunia artis yg berliku tanpa sebarang masalah. Paling penting, sifat memahami antara satu sama lain. Itu yg kami amalkan selain kejujuran terhadap diri masing-masing,”
ujarnya yg merupakan pelakon telefilem Seteguh Kasih Ibunda yg bakal disiarkan menerusi slot Tribute P. Ramlee, pukul 10 malam setiap Ahad di TV1.

Impak kemasyhuran yg dikecapi Jihan, pemuda yg memiliki nama penuh Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli itu akur hubungan mereka kini banyak berlandaskan teknologi terkini ekoran kesibukan masing-masing.

Menurutnya, bukan sahaja Jihan, malah jadual seninya juga bertambah padat sejak kebelakangan ini dengan beberapa penggambaran termasuklah dalam menjayakan drama arahan Osman Ali itu.

“Selepas Jihan memenangi trofi Artis Komedi Wanita Popular, diakui dia semakin sibuk dengan pelbagai tawaran. Salah satunya adalah sebagai pengacara program Akademi Fantasia musim terbaharu.

“Pun begitu, pada masa yg sama, saya juga terlibat dalam beberapa penggambaran drama. Jadi, disebabkan masa yg amat terhad, kami jarang berjumpa. Namun ia bukan alasan untuk kami tidak berhubung.

“Telefon menjadi medium utama kami sebagai penghubung. Kami kerap berbual atau bermesej antara satu sama lain bertanya khabar. Di samping itu, demi mengukuhkan hubungan ini, kami saling mengingati agar memelihara dan menjaga batas masing-masing dalam pergaulan,”
katanya memberi penjelasan.

Mengulas mengenai fasa yg lebih serius, Hariz berkata, dia sedang mencari masa yg sesuai untuk memikir ke arah tersebut dan tidak menolak jika jodoh mereka berdua tiba lebih awal daripada yg dirancang.

Ujar Hariz, penetapan jodoh pertemuan itu bukan berada di tangannya dan lebih gemar membiarkan takdir tersebut diaturkan oleh-Nya serta berdoa agar perjalanan dalam mendirikan rumah tangga dimakbulkan












 


View the original article here

Sunday, 26 October 2014

GAMBAR!!! Yana Samsudin Yang Terkini




Terkini Yana amat berbeza dr awal kemunculannya dulu. Penampilan yana ini lebih 

menyerlah dan bersei-seri malah perubahan pada wajahnya begitu berbeza dimana 

hidungnya agak sedikit mancung. Kemantapan body yana samsudin membuatkan 

para jurugambar teringin sangat nak merakam gambarnya yg kini hangat diperkatakan.

Menurut beberapa sumber,perubahan pada wajah pelakon popular ini telah menimbulkan

banyak spekulasi sehingga ada pihak yg mendakwa yana samsudin telah melakukan 

pembedahan kosmetik?.

Yana samsudin mula dikenalis sejak membintangi beberapa buah filem dan drama dan 

seterusnya menjadi tumpuan ramai pada majlis anugerah skrin 2013.




Terbaru,yana samsudin sekali lagi menjadi tumpuan para jurugambar di hari majlis 

pengunguman finalis anugerah bintang popular berita harian 2013 yg telah berlangsung 

di kuala lumpur beberapa hari yg lalu.



 


View the original article here

TERKINI!!! Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia



MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.

Memetik laporan Aran News, beliau dinamakn sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkn kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

View the original article here

Friday, 24 October 2014

OH ARTISKU!!! Gambar Terkini Erin Malek dan Farriz Fauzy Yang Mengejutkan




Pelakon terkenal yg baru sahaja berkahwin baru-baru ini, Erin Malek dan suaminya

iaitu Farriz Fauzy telah membuatkan para peminat mereka terpaku seketika selepas 

berkongsi sebuah gambar yg agak mengejutkan.




Perubahan cara Erin Malek dan suaminya itu yg berpakaian seperti ini pasti meng-

gembirakan hati ahli keluarga mereka dan juga peminat mereka.





 


View the original article here

Thursday, 23 October 2014

TERKINI!!! Ibu Dyana Sofea Nafi Gambar Intim Anaknya Yang Kini Tersebar


KUALA LUMPUR: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat hari ini menafikan bahawa wanita di dalam gambar intim yg tersebar baru-baru ini adalah anaknya.

Menurut beliau dalam laporan Sinar Harian, anaknya yg merupakan bekas calon PRK Teluk Intan itu tidak bercinta dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Gambar tersebut memaparkan dua individu dalam keadaan intim yg mirip dengan wajah Dyana dan Zairil.


Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta! kata Yammy seperti yg dipetik Sinar Harian.

Katanya, tindakan tersebut seolah-olah suatu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu-isu yg lebih besar dan ianya fitnah yang mahu merosakkan imej DAP dan anaknya.


Kalau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.

Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yg dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yg jejas imej macam itu, katanya lagi.

Beliau menyifatkan pihak yg mereka serta menyebar gambar tersebut sebagai 'ketandusan idea'.

Tambahnya, dia belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana terdapat beberapa lagi kes mahkamah terhadap beberapa ahli politik di negara ini masih berjalan.

 


View the original article here

TERKINI!!! Rungkai : Isu Acara Makan Katak Di Sekolah




Status : Palsu (Disalah Tafsir)

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yg memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu

Berikut pula penjelasan dari seorang yg menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yg menghadiri program survival tersebut.



Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yg disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yg berkaitan dengan isu yg panas sebegini. Diharap juga pihak yg mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yg mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yg tidak pasti

View the original article here

TERKINI!!! Penganjur Kempen Anjing Diugut Bunuh








Penganjur program 'sentuh anjing' Syed Azmi Alhabshi kini berdepan dengan ancaman bunuh dan tuduhan murtad.

Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.

Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yg menyamar.

Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.

Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yg menyelar acara tersebut.

“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku.

“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.

Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yg mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.

“Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Program yg diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yg mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Kebanyakan yg hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.

Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yg melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.

Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.”

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.

Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yg mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

“Dari sumber yg sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.

“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.

Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.

Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.”

Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.

“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.

“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.”

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

TERKINI!!! JAKIM Akan Siasat Program "I Want To Touch A Dog"



JAKIM akan membuat siasatan berkaitain dengan program "I Want To Touch A Dog" yg telah dianjurkan baru-baru ini di Central Park, One Utama.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata dalam satu laporan Bernama bahawa program ini tidak sepatutnya berlaku, sambil menambah bahawa Jakim menyesali sikap tidak bertanggungjawab dari pihak penganjur yg tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Acara ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat. Kami adalah orang Islam dan agama telah menyatakan dengan jelas penalti mengenai isu anjing.

View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

MEMALUKAN!!! 7 Foto Trend Anak Gadis Melayu Terkini Memang Betul2 Parah..



SERIUS MEMANG PARAH !!! Selfie tunjuk buah yg tidak seharusnya berada 

di Sosial Media. Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yg 

membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yg memesongkan

akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.Pelbagai fesyen yg menampakkan 

tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya. 



Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...














 


View the original article here

WOW!!! Fesyen Terkini Izara Aishah Yang Melentik Giteww


Pelakon terkenal, Izara Aishah sememangnya menggemari 4 jenis fesyen iaitu blazer hijau lembut dipadankan dgan leather pants, long coat rona hitam, printed loose dress dipadankan dengan sandal, blouse putih disesuaikan dengan pants, crop top dipadankan dengan printed sarong dan blouse dipadankan dengan wide-leg pant.

Apa pun, mari kita skodeng gambar Izara Aishah yg kami kongsikan di bawah ini buat tatapan korang semua.









 


View the original article here