Showing posts with label acara. Show all posts
Showing posts with label acara. Show all posts
Thursday, 23 October 2014
PENJELASAN!!! Orang Islam Sertai Acara Pegang Anjing Tiada Otak Tetapi Ada Ulat - TGNA
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan acara menyentuh anjing yg dijalankan baru-baru ini dan menyifatkan orang Islam yg terlibat di dalam program kontroversi itu sebagai tidak mempunyai akal.
"Mereka (Melayu Islam )yg pegang anjing seperti dalam kepalanya tiada otak tetapi ada ulat", ujarnya.
"Tidak munasabah orang Melayu Islam berhimpun ramai-ramai untuk pegang anjing, apa kebaikan yg mereka dapat tidak berguna langsung di akhirat," tambahnya lagi.
TGNA membuat kenyataan itu ketika berucap di Majlis Sambuta Tahun ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam baru-baru ini -
TERKINI!!! Rungkai : Isu Acara Makan Katak Di Sekolah
Status : Palsu (Disalah Tafsir)
Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yg memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.
Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.
Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu
Berikut pula penjelasan dari seorang yg menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yg menghadiri program survival tersebut.
Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yg disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yg berkaitan dengan isu yg panas sebegini. Diharap juga pihak yg mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yg mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yg tidak pasti
Tuesday, 21 October 2014
KECOH!!! Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yg hadir pada satu acara yg membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.
Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yg sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.
“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yg datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.
Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.
Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Untuk ‘haters’ (mereka yg tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.
Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”
Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yg bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.
Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.
Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yg betul sekiranya ada yg was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)