Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Tasha Shilla Sangkal Mengamuk Mahu Cari Dalang Fitnah



Pelakon Tasha Shilla menyangkal dakwaan kononnya dia mengamuk di sebuah lokasi penggambaran gara-gara ingin mencari dalang yang menyebarkan fitnah selepas dikatakan 'berasmara' dengan teman lelakinya, Han.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, dia pelik bagaimana cerita terbaharu itu boleh timbul dan berharap segala khabar tidak benar tentangnya dihentikan.






"Apa yang ditulis adalah tidak benar dan saya harap hentikanlah segala cerita-cerita yang tidak benar tentang diri saya.

"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya kepada mStar Online menerusi pesanan WhatsApp di sini pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan, rakan artis yang rapat dengan pelakon itu memberitahu tindakan Tasha mengamuk itu adalah kesan daripada dakwaan tersebut yang dirasakan sangat besar dan mengaibkan.



Hubungan Tasha dan Han sentiasa mendapat perhatian.

Disebabkan perkara itu, penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba memujuk dan menenangkan Tasha.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak mampu untuk menahan mana-mana pihak daripada bercakap perkara buruk tentang dirinya dan kesal dengan kontroversi terbaharu itu.

Jelas Tasha lagi, dia sedar bukan semua orang sukakannya namun dia berharap diberi ruang untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon dan bukannya terhadap cerita gosip murahan.




"Saya sedar saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang malahan saya juga sedar tidak semua sukakan saya. Sekali lagi berilah saya ruang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha berkata, dia kini sedang berada di Kuantan, Pahang untuk menjalani sesi penggambaran drama bersiri berjudul Takbir Zulaikha untuk slot Samarinda di TV3.

View the original article here

Ainan Tasneem Kecewa Fitnah 'Tikam Belakang'


Ainan tidak terkejut apabila dituduh bersikap 'tikam belakang' terhadap seorang wakil promoter dan sudah dapat menjangkakan gosip berkenaan bakal tersebar.

Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.






"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.


Ainan tidak bimbang dengan dakwaan terhadapnya kerana ia tidak benar.

"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.


Penyanyi berusia 22 tahun ini sedang dalam tahun akhir pengajiannya di UniMAP.

Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku dan individu tersebut telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Siti Nurhaliza, Saya tegur kerana kenyataan timbul fitnah

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.

Siti berkata, ini kerana peminat artis itu menuduh beliau merasuah wartawan dengan hadiah semata-mata untuk membeli jiwa mereka.

"Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.








"Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.

Datuk Siti Nurhaliza.

"Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya," katanya.

Mengenai isu penyanyi Patah Seribu itu yang sedang berkonflik dengan media Melayu khususnya berikutan tindakan beliau menuduh media tidak menyokong kerjaya seni dan lebih suka menulis kisah peribadi, Siti sebagai penyanyi senior meluahkan pandangannya.




"Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.

"Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media," katanya.

View the original article here

Friday, 5 September 2014

MESTI TENGOK! Gambar Gadis Cantik Bertudung yang Gemar Sebar Fitnah


Apa nak jadi dah dengan remaja sekarang ini. Cuma sekadar pesanan untuk anda jika tengok link-link seperti ini janganlah klik kerana ia bukan cerita sebenar tapi fitnah belaka yang dilakukan manusia spesis ini . Sudah pasti ramai antara anda yang pernah terlihat iklan-iklan seperti di bawah ini kan? Ini sememangnya taktik orang bagi mendapatkan 20 sen untuk satu klik. Macam-macam la perangai budak zaman sekarang ni



Sistem buat duit dengan 8 share

mungkin ramai yang tahu mengenai cara mudah buat duit dengan 8 share ini dan mungkin ada juga yang belum tahu bagi yang belum tahu 8 share adalah cara mudah untuk kita menjana income hanya promosi link 8 share kepunyaan kita kepada rakan-rakan atau sebagainya seperti Nur Nabila ini kemudian setiap kali orang klik link tersebut anda akan dibayar RM0.20.Tetapi janganlah kerana RM0.20 kita sanggup fitnahkan oarang lain



Sumber : beritahariann.net





View the original article here