Showing posts with label Sebelah. Show all posts
Showing posts with label Sebelah. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

BERITA Gadis Tingkatan 1 Diliwat Dalam Rumah Kosong Sebelah Rumahnya

 

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang di Pangkor, di sini, baru-baru ini.



Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yg berusia 13 tahun dipercayai mengikuti suspek yg dikenalinya ke sebuah rumah kosong terletak bersebelahan dengan rumahnya.


Menurut laporan SinarHarian hari ini, setelah berada di rumah rumah kosong itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.


“Mangsa melawan dengan tidak menuruti permintaan suspek. Melihat mangsa meronta-ronta, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan terus meliwat menyebabkan mangsa menjerit kesakitan,” katanya.


Bagaimanapun, kata sumber, mangsa berjaya diselamatkan seorang lelaki yg mendengar jeritan mangsa dari rumah kosong itu.


“Lelaki itu segera mengetuk pintu rumah terbabit untuk melihat individu di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut melarikan diri.


“Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke balai untuk laporan dan membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


“Kita sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yg bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan,” katanya.



View the original article here

Friday, 23 May 2014

Yusof Haslam Kecewa Lembaga Penapisan Filem Berat Sebelah

Dengan pelbagai elemen menghiburkan diadun ke dalam penceritaan filem Abang Long Fadil antaranya babak Imej Janaan Komputer (CGI) inspirasi watak Bumblebee daripada filem Transformers, pastinya klasifikasi di bawah kategori 18PL sedikit mengecewakan pengarahnya, Syafiq Yusof dan Datuk Yusof Haslam selaku produser filem ini.



Yusof Haslam yang ditemui pada sidang media selepas majlis pratonton filem ini malam kelmarin mengakui berasa ralat dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu.

“Terus terang saya berasa sedikit kecewa dan tidak tahu mengapa LPF akhir-akhir ini menjadi terlalu tegas. Pihak di sana memaklumkan mereka menonton ini sebanyak tiga kali kerana cuba untuk memberikan P13, tetapi akhirnya terpaksa mengkategorikannya sebagai 18PL.

“Filem antarabangsa Godzilla lagi dahsyat unsur ganas yang diketengahkan, tetapi diluluskan sebagai P13. Hendak bantu industri filem kalau beginilah caranya, kita fikirlah sendiri.

“Saya sebagai Presiden Persatuan Pengeluar Filem merasakan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku, apatah lagi keadaan suasana pasaran filem tempatan yang merudum sekarang ini.

“Sebagai orang lama dalam industri perfileman, saya sendiri apabila terdapat babak yang rasanya tidak sesuai, kita sendiri akan potong. Untuk pengetahuan ramai, sebanyak sembilan babak dalam filem ini dibuang,” katanya.

Yusof berkata, kebanyakannya adalah babak komedi yang boleh membuat penonton mengekek ketawa tetapi pihak LPF mendapati ia ada unsur ‘double meaning’, jadi kita akur dengan keputusan itu. Kita tidak menafikan peranan mereka walaupun ada drama televisyen yang lebih ekstrem serta berbaur lucah tetapi boleh pula lepas,” jelasnya.

Beliau berkata, pembikin filem tempatan walaupun ramai semakin berani melakukan eksperimen tetapi belum sampai ke tahap ekstrem. Malah, sebagai pembikin filem, dia setuju jika ada filem tempatan yang melanggar tatasusila, adat dan sebagainya harus diberi pemantauan yang ketat.

Syafiq pula ketika diminta bercerita mengenai idea pembikinan Abang Long Fadil berkata, ia sebuah karya bercita rasa filem antarabangsa dari segi garapan dan pengarahannya.

“Pembikinan filem ini diinspirasikan daripada filem Hollywood, Hong Kong dan Tamil seperti Padayappa, Kungfu Hustle dan Bad Boys. Memandangkan Abang Long Fadil sebuah filem komedi, saya boleh bereksperimen selain memaksimumkan penggunaan CGI. Apabila bercakap mengenai CGI, ia sinonim dengan watak dalam Transformers,” katanya.



Salah satu babak.

Ditanya adakah dia tidak bimbang dikatakan mencuri idea dan dikenakan sebarang tindakan menggunakan dua watak seakan-akan Iron Man dan Bumblebee itu, Syafiq berkata, watak CGI yang ditampilkannya itu hanya menyerupai tetapi tidak 100 peratus.

Apa yang menarik mengenai filem ini, dalam memberi hiburan kepada penonton, ia diperkuatkan dengan isu mempertahankan harta orang Melayu apabila memilih Kampung Baru sebagai simbolik memandangkan kawasan penempatan yang bernilai ratusan juta ringgit itu menjadi rebutan banyak pihak untuk melaksanakan projek pemba–ngunan.

Abang Long Fadil adalah sebuah filem gengster komedi berbentuk parodi dan yang lebih menarik lagi, ia adalah kesinambungan daripada filem KL Gangster arahan abangnya, Syamsul Yusof yang pernah mencipta sejarah kutipan ‘box-office’ tertinggi dalam industri perfileman tanah air pada 2011.

Selain Zizan Razak selaku Abang Long Fadil, filem yang menggunakan hampir 60 peratus teknik kesan khas dan bakal menjengah pawagam pada 29 Mei ini, turut menampil–kan pelakon hebat lain antaranya Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka dan Harun Salim Bachik. -Harian Metro