Showing posts with label Shila. Show all posts
Showing posts with label Shila. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Shila Amzah Kena Maki Rakyat China Kerana MH370



Akibat dari kejadian nahas MH370,Kak Shila Amzah  juga yang menjadi mangsa...Status terbaru yang diupdatenya disebuah laman sosial no 1 Cina Weibo.com penuh dengan komen-komen negative..ada yang menghina,ada yang memaki,bahkan ada juga yang menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding didalam program I Am A Singer.

Rakyat Cina seakan-akan bergitu marah dan cuba menyalurkan kemarahan mereka di tempat yang salah,adakah Shila Amzah punca kapal itu hilang???adakah Shila Amzah yang meng'hijack MH370???komen-komen negative bukan saja diterima oleh Kak Shila Amzah,malah semua penyanyi Cina yang berasal dari Malaysia menerima nasib yang sama.Akan tetapi....disebalik makian dan hinaan yang diterimanya,Kak Shila Amzah tetap mempunyai peminat yang setia dan tetap menyokong Shila:


"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality." -Komen Weibo Google Translate.


"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\??' patriotic dog \ '\??', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?" -Komen Weibo Google Translate.


"Shira is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."   -Komen Weibo Google Translate.

Sumber: Sini

View the original article here

Gambar Seksi Shila Amzah Pakai Blous Pendek Dan Legging Warna Kulit ?



Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging menarik perhatian ramai peminatnya.

Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dan legging dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. - billyinfo







View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Shila Amzah Bidas Di Twitter, Den Wahab Malas Ambil Pusing



Baru baru terdedah dari mulut Den Wahab sendiri yang bapa kepada penyanyi Shila Amzah, ND Lala masih berhutang belasan ribu ringgit dengan dirinya sejak tahun 2000 lagi & ini mengundang reaksi dari Shila Amzah sendiri, melalui Twitter beliau.

Shila Amzah menulis mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Satu perkaitan yang kami sendiri tidak faham.






“Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang — kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” tulisnya.

Shila Amzah juga menjawab dakwaan yang beliau bersikap biadap apabila mencampuri urusan orang tua dalam hal ini dan berkata ada pihak lebih biadap yang menimbulkan perkara ini kononnya ada hutang sejak tahun 2000.

Shila Amzah Bidas Di Twitter & Den Wahab Malas Layan


“Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui,” ulas Den Wahab tentang status Twitter itu kepada Harian Metro.

Den Wahab turut menambah yang beliau sebenarnya tidak hairan dengan hutang RM15,000 itu & akan mendermakan semuanya jika ianya dijelaskan oleh ND Lala selepas ini.

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” katanya lagi.



View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Sharnaaz nasihati Shila Amzah


Sharnaaz Ahmad

PERSETERUAN antara Shila Amzah dan media Melayu bukan sahaja menarik perhatian peminat, bahkan golongan selebriti.

Selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memberi nasihat kepada Shila, baru-baru ini, kini giliran bekas kekasih Shila pula memberikan sedikit nasihat buat penyanyi yang kini giat mencipta nama di China itu.






“Kalau boleh saya tak nak komen. Tapi apa yang saya boleh cakap, berbaik-baiklah sebab kita sama-sama dalam bidang ini dan saling memerlukan, saya dengan media pun tidak ada masalah.

“Bagi saya, apa yang dia cakap ada yang betul dan apa media cakap pun ada betulnya.

“Itu yang saya cakap bahaya media sosial ini, sebab orang akan salah interpretasi, apa salahnya kita jumpa depan-depan dan selesaikan dengan cara yang elok," katanya penuh berhati-hati.

Ujar Sharnaaz, dia juga pernah membuat kesilapan suatu ketika dahulu dan tidak menjadi satu kesalahan untuk mengaku kesilapan sendiri.

"Bagi saya kita manusia dan tak lari dari buat masalah. Saya berani untuk mengaku kesilapan saya dan harap orang orang yang melakukan kesilapan berani untuk mengaku kesalahan. Rendahkan ego, tak salah pun, orang lagi respek dan sayangkan kita," katanya.




Kunci mulut

Sementara itu, kehadiran Sharnaaz bersama 'temannya' iaitu seorang model dan pelakon baru ini pada tayangan filem Dollah Superstar di Cathay Cinneplex, e@Curve, kelmarin menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun Sharnaaz berkali-kali menegaskan enggan berbicara lanjut mengenai perhubungan mereka dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya dan bisnesnya sahaja.

"Soal peribadi, saya minta maaf, saya tak mahu bercakap kerana saya belum terfikir ke arah lain. Tapi apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya kini sibuk dengan penggambaran.

"Dalam masa sama, menjalankan perniagaan gimnasium saya yang beroperasi pada Oktober ini, di M Avenue, Segambut yang sekali masuk RM 5.00 sahaja," katanya mengenai gimnasium yang diberi nama Sharnaaz Ahmad Fitness Centre.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai wataknya dalam filem Dollah Superstar, Sharnaaz memegang peranan sebagai Shah Dazzle, seorang pelakon yang berperwatakan lembut.

“Shah Dazzle seorang pelakon yang berpewatakan lembut. Tidaklah lembut sangat, tetapi lembutnya lebih kepada ‘soft spoken’ dan metro seksual. Watak ini sangat berbeza dengan watak yang pernah saya bawakan sebelum ini. Selalunya saya akan tampil memegang watak ganas, dalam filem dan ‘Dollah Superstar’ menampilkan kelainan,” kata Sharnaaz.

Bergandingan dengan Awie, Fizz Fairuz, Neelofa dan Aziz M. Osman dalam filem arahan Khabir Bhatia ini, Sharnaaz mengakui dia belajar daripada jurusolek artis dalam menjiwai dan membawa watak yang diberikan.

View the original article here

Shila Amzah jelaskan kontroversi


Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.

"KONSERT itu bukan ditaja syarikat judi. Saya benar-benar tersinggung dengan kenyataan sebuah akhbar sebelum ini," demikian menurut penyanyi Nur Shahila Amir Amzah, 24, atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah.

Katanya, konsert sulungnya 'Shila Amzah Love Live In Malaysia' mendapat tajaan daripada syarikat Mega Ultimate, sebuah syarikat penganjur terkemuka.






"Syarikat berkenaan adalah penganjur konsert dan bukan syarikat judi seperti didakwa. Kenyataan seumpama itu mencalarkan reputasi saya sebagai seorang Muslim dan bapa saya yang begitu kuat mendukung budaya dan agama.

“Kerana kenyataan itu juga, ibu saya sedih dan menangis. Sesiapapun yang ada keluarga yang difitnah seperti ini akan berasa cukup sedih," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Berikutan kontroversi tersebut, pemenang Asian Waze 2012 itu terpaksa membatalkan urusan kerjanya di China.

“Saya terpaksa batalkan rakaman album Mandarin saya di Beijing, China untuk balik ke Malaysia untuk sidang media ini.

"Saya sangat berharap, kenyataan saya ini dapat membetulkan keadaan yang berlaku," katanya yang ditemani bapanya, penyanyi ND Lala yang juga pengurus kerjayanya.




Dalam pada itu, Shila turut memohon maaf kepada mana-mana pihak berhubung kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Instagram menerusi akaunnya @shahilaamzah.

"Saya minta maaf pada sesiapa yang terkecil hati dengan kenyataan tersebut. Saya hanya memuat naik semula kenyataan daripada @shilaamzah_photography kerana berasakan ia komen yang jujur daripada peminat.

"Tambahan pula, ia bukan kenyataan sebaliknya persoalan yang ditimbulkan. Saya menghargai pandangan daripada peminat berhubung ketidakhadiran media Melayu pada konsert saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kelab peminat tersebut dikendalikan ibunya sendiri, Shila menafikan perkara tersebut.

"Ibu saya tiada kaitan. Saya tidak mengetahui siapa pemilik akaun berkenaan," katanya.

Konsert penyanyi ini yang diadakan di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 13 September lalu, dikatakan tidak mendapat liputan media Melayu tempatan sehingga tercetusnya pelbagai kontroversi.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Shila Amzah akan buat sidang media


Shila Amzah dan ND Lala

KONFLIK yang melanda antara penyanyi tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.

Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak






Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.

Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di Beijing, China.

“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” katanya.




Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.

Riuh seketika dunia hiburan tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman Instagram milik Shila sendiri.

Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat liputan pada malam konsert terbabit.

“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini, kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu. Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagram tersebut.

Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter.

View the original article here

Shila Amzah Perlekeh media Melayu



KERATAN Shila menyokong tindakan peminat hingusannya yang menyelar media tanpa usul periksa telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat turun di Instagram peribadinya, ShahilaAmzah.

PADA awalnya, artikel ini tidak akan menyentuh tentang cerita peribadi seorang penyanyi muda yang meraih sukses jauh sehingga ke negara China, Shila Amzah.

Ia sepatutnya hanya bercerita tentang bagaimana kami terpukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.






Konsert itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia. Wartawan yang ditugaskan, Mohd. Izuan Roseli pulang membawa seribu satu kisah tentang betapa gahnya konsert tersebut.

Beliau menulis tentang dewan konsert dipenuhi dengan 80 peratus penonton yang terdiri dalam kalangan peminat Cina, yang dianggap sebagai satu fenomena luar biasa penangan Shila Amzah.

Ia sekali gus menjadi satu pencapaian yang luar biasa buat penyanyi muda yang bergelumang dengan lagu-lagu Melayu sebelum ini.

Izuan turut menulis tentang kehebatan Shila yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, sekali gus mendekatkan dirinya dengan peminat berketurunan Cina.

Konsert tersebut disifatkan Izuan sebagai sukses. Dengan lebih 20 buah lagu popular yang didendangkan Shila dalam lunak vokal berbisanya, tidak ada sesiapa yang berasa kurang puas hati dengan konsert tersebut.

Lagu-lagu seperti Bebaskan, Maaf, Sedar dan Cinta Hati serta hitnya, Patah Seribu didendangkan dengan cemerlang.

Sementelah, komposer terkenal Helen Yap yang bertindak sebagai ketua band iringan berjaya mengatur rapi susunan muzik sekali gus memantapkan lagi persembahan pada malam tersebut.

Secara keseluruhannya, menyaksikan konsert tersebut ialah satu bukti kukuh, bahawa Shila sememangnya layak memegang juara dalam pertandingan Asian Wave di China pada tahun 2012.


Shila hina media Melayu

Bagaimanapun, sebaik kisah konsert itu berakhir, pada Isnin lalu, Shila melalui akaun Instagram Shilaamzah_photography (sama ada atas pengetahuan dan persetujuan Shila atau tidak) dengan bangganya tanpa usul periksa telah memuat naik status yang berbunyi sungguh dangkal dan kurang sopan. Status itu memperlekeh media Melayu yang didakwa sebagai tidak menyokong kariernya.

Lebih parah, status itu mendakwa, media Melayu tidak berminat untuk hadir membuat liputan di konsert tersebut, sebaliknya lebih senang membuat gosip. Lantas, meriahlah status tersebut dengan sokongan dan pelecehan terhadap media Melayu.

Shila sendiri dalam salah satu jawapannya kepada peminat di akaun peribadinya, ShahilaAzmah menyokong para peminatnya. Dia mahu bertindak untuk memanjangkan status tersebut, namun bimbang ia menjadi isu dalam kalangan media Melayu.




DALAM Instagram kelab peminat Shilaamzah_photography, pengurus akaun tersebut membandingkan keratan akhbar Cina dan Melayu beserta status yang memperlekeh media Melayu sebagai tidak menyokong karier seni Shila, sebaliknya suka menjaja gosip penyanyi tersebut.

Komen sokongan tersebut bagaimanapun telah dipadamkan untuk menghapuskan bukti.

Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..

Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.

Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.

Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?

Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.

Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.

Sudah berusia 24 tahun dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, seharusnya sikap Shila perlu jauh lebih matang daripada semua rakan sebaya.

Bukan melulu dan membogelkan sikap tidak matang, tidak cerdik dan mahu diri disokong pada pihak yang benar, sedang hakikatnya tidak mengetahui punca sebenar.

Shila, ingat, jangan 'terbang terlalu tinggi' sehingga apabila anda jatuh, ia berkecai, tidak ada satu pun yang boleh dicantum lagi.

Seperti mana bangganya anda terhadap bangsa atau media Cina berhubung pencapaian anda, begitu juga media Melayu yang tidak pernah putus-putus menyokong anda selama ini.

Gosip itu lumrah. Itu bayaran menjadi orang terkenal, namun jangan sampai memperlekeh sesama kita, sesama bangsa dan lapangan tempat anda mencari rezeki. Semoga anda menjadi Melayu yang tidak mudah lupa.

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

MESTI TENGOK! Fesyen Ketat Shila Amzah Ketika Konsert Di Shanghai




Siapa tak kenal akan penyanyi tanah air kegilaan ramai, Shila Amzah. Sebelum ini kita digemparkan dengan gosip dengan Shaarnaz. Kali ini beliau menerima kecaman dan kritikan yang negatif jurusan beliau berpakaian ketat ketika mengadakan konsert di Shanghai China baru baru ini.


Sumber - funstimes.blogspot.com


View the original article here

Wednesday, 17 September 2014

MESTI TENGOK! Fesyen Ketat Shila Amzah Ketika Konsert Di Shanghai




Siapa tak kenal akan penyanyi tanah air kegilaan ramai, Shila Amzah. Sebelum ini kita digemparkan dengan gosip dengan Shaarnaz. Kali ini beliau menerima kecaman dan kritikan yang negatif jurusan beliau berpakaian ketat ketika mengadakan konsert di Shanghai China baru baru ini.


Sumber - funstimes.blogspot.com


View the original article here