Showing posts with label Wahab. Show all posts
Showing posts with label Wahab. Show all posts

Friday, 31 October 2014

APA KES!!! Luahan menyayat hati Nurul Wahab isu bayi kandungan terlalu besar

Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yg semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yg rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yg sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yg kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yg lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yg sedang mengandung,
" ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.




Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yg mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yg emosi," ujarnya kepada mStar Online.






 


View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Shila Amzah Bidas Di Twitter, Den Wahab Malas Ambil Pusing



Baru baru terdedah dari mulut Den Wahab sendiri yang bapa kepada penyanyi Shila Amzah, ND Lala masih berhutang belasan ribu ringgit dengan dirinya sejak tahun 2000 lagi & ini mengundang reaksi dari Shila Amzah sendiri, melalui Twitter beliau.

Shila Amzah menulis mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Satu perkaitan yang kami sendiri tidak faham.






“Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang — kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” tulisnya.

Shila Amzah juga menjawab dakwaan yang beliau bersikap biadap apabila mencampuri urusan orang tua dalam hal ini dan berkata ada pihak lebih biadap yang menimbulkan perkara ini kononnya ada hutang sejak tahun 2000.

Shila Amzah Bidas Di Twitter & Den Wahab Malas Layan


“Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui,” ulas Den Wahab tentang status Twitter itu kepada Harian Metro.

Den Wahab turut menambah yang beliau sebenarnya tidak hairan dengan hutang RM15,000 itu & akan mendermakan semuanya jika ianya dijelaskan oleh ND Lala selepas ini.

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” katanya lagi.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala


Den Wahab (kiri) yang merupakan pengusaha pakaian Baju Melayu pernah menjadi sahabat baik ND Lala.

Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.






"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.




Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.

View the original article here