Showing posts with label Tolak. Show all posts
Showing posts with label Tolak. Show all posts

Monday, 17 November 2014

LAWAK: Lelaki Ini Tergamam Kekasihnya Tolak Lamaran di Tempat Awam ( Video )




Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yg telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yg sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di Los Angeles baru-baru ini.



Kejadian itu (lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.



Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.



Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yg terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yg berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yg kamu lakukan?".



Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yg berada dalam keadaan tergamam. Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yg kelihatan amat kecewa.



Adussss.Kesian gilee.

Tidak diketahui sebab apa lamaran itu ditolak, samada teman wanitanya malu dilamar dihadapan orang yg ramai..







 


EJENINFO


View the original article here

Friday, 31 October 2014

OH FAZURA!!! Punca Tunku Mahkota Johor Tolak Cinta Fazura



Tunku Mahkota Johor pernah digosipkn ada hubungan cinta dengan digosipkn dengan seorang aktres cantik iaitu Fazura tetapi terpaksa berhenti di tengah jalan.

Semuanya kerana keluarga Tunku Mahkota Johor yg tidak menyukai dan menghalang percintaannya dngan selebriti tersebut.

View the original article here

Thursday, 25 September 2014

Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan



Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim.

Liyana, 25, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.






"Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti.

"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.

Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.




"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.

"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.





Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection, Liyana hanya mengambil masa dua minggu menghasilkan busana tersebut di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara.

Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati.

"Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.

"Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai.

"Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Ia dijua dengan harga hanya RM294.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Farhan, Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya


Muhammad Noor Farhan menjelaskan dia cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby namun ditolak wanita itu.

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.

Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.






"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.


Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.

Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.


Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.




Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.

Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.

View the original article here