Showing posts with label pernah. Show all posts
Showing posts with label pernah. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

4 Kes Kecurian Yang Paling Pelik Pernah Belaku

Di India bahagian timur, penduduk tempatan dari kampung Mahatma mencuri puncak gunung yang dikenali dengan nama Humta pahad. Walaupun ia kedengaran sangat mustahil, namun kes kecurian ini benar-benar terjadi. Disyaki para pencuri menjual hasil curiannya itu kepada pemaju hartanah supaya mereka dapat wang untuk makan.

Penduduk kampung bekerja sebelas jam sehari untuk memotong batu pada bahagian puncak. Akibatnya, satu pertiga bahagian gunung hilang. Kerosakan yang mereka lakukan tidak boleh dijangka. Namun, kerajaan menolak ikut campur tangan kerana kawasan kampung itu berada di bawah MCC (Maoist Communist Centre).

Sebuah gereja tua berusia 200 tahun yang terletak di desa Komarovo, Rusia ini dicuri oleh penduduk desa setempat. Bata demi bata, dicuri oleh para penduduk lalu kemudian menjualnya kepada salah seorang usahawan tempatan.

Gereja yang sudah berdiri sejak tahun 1809 ini, habis dicuri kerana sudah tidak digunakan lagi. Namun, apabila para pegawai gereja memutuskan untuk menggunakan gereja itu kembali, mereka dikejutkan dengan keadaan gereja yang hanya tinggal asas dan beberapa bahagian tembok yang tersisa.

Pada tahun 2007, jambatan besi seberat 200 tan telah dicuri oleh orang tak dikenali. Jambatan yang terletak di Khabarovsk, Rusia ini lenyap hanya dalam waktu semalaman. Sebuah syarikat yang sangat bergantung pada jambatan ini kerana setiap hari para pekerja melewati jambatan tersebut untuk bekerja. Akhirnya pihak syarikat terpaksa menggantikan jambatan itu.

Ternyata pantai pun boleh menjadi sasaran para pencuri. Pada bulan Julai 2008 lalu, beratus-ratus tan pasir dicuri dari pantai Coral Spring di Trelawny, Jamaica. Selain pasir para pelaku juga mencuri harta yang ada di pantai. Menurut polis, para pencuri menjualnya ke salah satu resort saingan pantai itu.

View the original article here

Monday, 20 October 2014

Gambar Haiwan-Haiwan Aneh Yang Pernah Menggemparkan Dunia

Kejadian alam semula yang di ciptakan macam-macam bentuk oleh yang maha kuasa. Mewujudkan perkara keajaiban dan keseronokan tetapi ia tidak di ciptakan semuanya sempurna. Mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. Tetapi di sebalik ketidak sempurnaannya ada keanehannya. Seperti haiwan-haiwan dalam gambar ini yang pernah menggemparkan dunia. Dengan kewujudannya untuk kita berfikir dan mengkaji di manakah kesilapannya.











View the original article here

Monday, 13 October 2014

Kamal Adli Akui Pernah Melutut Untuk Raih Kembali Cinta Intan Ladyana






Ramai yang sudah tahu percintaan hampir 6 tahun dua selebriti popular Kamal Adli dan Intan Ladyana telah putus baru-baru ini. Intan dikhabarkan telah memutuskan perhubungan itu dengan alasan tersendiri.

Namun, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi pihak Kamal Adli yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, dia berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.

Berikut merupakan luahan Kamal Adli menerusi BiPop hujung minggu lalu.
"Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.
"Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.

"Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.

"Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.

"Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?

"Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon.
"Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh.

"Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

View the original article here

Sunday, 12 October 2014

Undang-Undang Paling Pelik Pernah Wujud Di Dunia


Undang-undang sememangnya penting di dunia ini dan undang-undang bagi setiap negara adalah berbeza-beza. Namun apa yang melucukan, terdapat beberapa negara yang telah menggubal beberapa undang-undang menjadi satu undang-undang yang agak unik dan pelik. Jom tengok kompilasi undang-undang unik dan pelik yang telah digubal di seluruh dunia

Di Alabama, salah di sisi undang-undang jika menjalankan perlawanan gusti beruang

Di Switzlerland, mengepam tandas di sebuah apartment selepas pukul 10 malam adalah salah di sisi undang undang

Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil di mana-mana die mahu, termasuk jika diminta dalam topi seorang polis

Di Alabama, salah di sisi undang-undang jika menutup mata semasa memandu

Di Bahrain, seorang doktor lelaki hanya dibenarkan memeriksa kemaluan seorang wanita dalam pantulan cermin.

Di Singapura, salah di sisi undang-undang jika menjual dan memiliki gula-gula getah

Di Burma, salah di sisi undang-undang untuk mendapatkan akses internet

Di Florida, ibu tunggal tak boleh bermain Parachute pada hari Ahad

Di Scotland, jika seseorang mengetuk pintu rumah dan memerlukan penggunaan tandas, anda perlu benarkan

Di Vermont, Amerika, isteri perlu meminta kebenaran bertulis daripada suami untuk memakai gigi palsu

Di Alaska, tak boleh melihat Rusa Amerika Utara dari kapal terbang

Di Connecticut, salah di sisi undang-undang jika mendidik anjing

Di Arkankas, anjing tak dibenarkan menyalak selepas pukul enam petang

Di Michingan, salah di sisi undang-undang jika membiarkan babi peliharaan anda bersiar-siar melainkan jika ia mempunyai cincin di dalam hidungnya

Di Arizona, salah di sisi undang-undang jika tidurkan keldai dalam tub mandi

Di Maryland, salah di sisi undang-undang jika membawa singa menonton wayang

Di Florida, salah di sisi undang-undang jika mengadakan hubungan seksual dengan landak

Di Oklahoma, orang yang membuat wajah hodoh pada anjing boleh dikenakan denda dan penjara

View the original article here

Saturday, 11 October 2014

CANTIK Seni Mulut Yang Menarik Yang Anda Belum Pernah Lihat (GAMBAR)



Setakat ini, tidak diketahui siapa tuan empunya Lip Art ini. Namun, apa yg hendak kami highlightkan ialah keunikan dan kecomelan hasil kerjanya yg sangat superb dan kreatif.


Bagi sesetengah orang ini hanyalah lukisan biasa sahaja. Tetapi, bagi yg bosan di rumah atau di pejabat, bolehlah mencuba. Jangan terlukis benda lain pula, takut disalahertikan. Haha!




































































































SHARE !

 


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Syamsul Yusof, Saya Tidak Pernah Cakap Nak Bersara


Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam bergandingan dalam siri Gerak Khas musim terbaharu.

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menafikan dia mahu bersara daripada terus menghasilkan filem baharu gara-gara karya arahannya iaitu KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum ia ditayangkan pada Oktober tahun lalu.

Syamsul, 30, berkata, sepanjang dia berdiam diri hampir setahun, lalu dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk berbuat demikian dan ia cuma andaian sesetengah pihak.






"Saya sebenarnya agak keliru apabila saya dikatakan merajuk dan enggan lagi menjadi pengarah kerana saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


Syamsul kembali bersemangat untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah.

"Itu hanya presepsi orang lain dan bukannya datang daripada mulut saya sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut sikapnya yang mengambil langkah berdiam diri sebelum ini, Syamsul berkata, dia memerlukan waktu untuk memulihkan semangatnya ekoran kejadian itu kerana ia bukan isu ringan untuk terus dilupakan begitu sahaja.

Bagaimanapun kata Syamsul, sokongan dan dorongan daripada isteri iaitu Puteri Sarah Liyana selain kedua ibu bapanya banyak membantu untuk dia bangkit semula memperjuangkan cintanya terhadap dunia perfileman.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, selepas sambutan Hari Raya Aidiladha, dia bakal kembali ke set penggambaran sebagai pengarah filem Munafik dan Tailong yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Tambahnya lagi, sebelum kembali mengarah dia bakal membintangi sebuah filem arahan adiknya sendiri, Syafiq Yusof dan mengakui teruja untuk bekerjasama dengan pengarah muda itu.

"Alhamdulillah jadual saya kembali padat dengan pelbagai aktiviti lakonan dan pengarahan. Paling saya teruja adalah untuk berlakon dibawah arahan adik saya sendiri.


Syamsul bakal kembali mengarahkan dua filem terbaharunya.


"Harapan saya semua peminat dan penyokong filem tempatan mendoakan saya dalam hasrat ingin memajukan industri perfileman pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Syamsul yang bakal muncul dalam Gerak Khas musim terbaharu berkata, dia mempunyai misi tersendiri dalam membawa siri popular itu ke tahap lebih tinggi agar lebih segar dan terkini.

Jelasnya lagi, selain berlakon dia juga bertindak sebagai pengarah bersama drama itu dan berjanji akan meneruskan legasi siri itu yang sudah bertahan selama 13 tahun.

"Sebelum ini sudah banyak kali bapa minta saya berlakon dalam Gerak Khas namun pada masa itu saya sibuk dengan perkara lain selain tidak yakin mampu membawakan watak sebagai anggota polis dengan baik.

"Alhamdulillah akhirnya dapat saya bekerjasama dengan bapa saya dalam drama bersiri itu dan kebetulan pula saya menyertai keluarga Gerak Khas pada usia 30 tahun sama seperti bapa saya dahulu," ujarnya.

Jelas Syamsul lagi, selepas menjalani penggambaran beberapa episod musim terbaharu siri itu, dia semakin selesa memegang watak sebagai Superitendan Jefri.

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia dan Puteri Sarah kini berjinak-jinak dalam dunia fesyen dengan mengeluarkan label mereka sendiri iaitu Shara yang mengkususkan kepada pakaian jenis Abaya.

Jelas Syamsul, mereka berdua turut mereka sendiri pakaian berkenaan dan telah pun mengeluarkan enam rekaan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Alhamdulillah kami berdua dapat bekerjasama untuk mengeluarkan jenama pakaian kami sendiri dan seronok dapat sama-sama mengeluarkan idea dan rekaan untuk Shara.

"Setakat ini peminat yang ingin mendapatkan Abaya keluaran kami boleh buka Instagram dan Twitter kami untuk melihat rekaan dan membuat tempahan," katanya.

Tambah Syamsul, perancangan jangka panjang dia dan isterinya akan mengeluarkan Abaya untuk lelaki dengan rekaan yang lebih dinamik dan pelbagai.



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Farhan, Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya


Muhammad Noor Farhan menjelaskan dia cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby namun ditolak wanita itu.

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.

Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.






"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.


Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.

Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.


Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.




Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.

Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

5 Artis Cantik Ini Pernah Di Tuduh Jadi Pencuri

1 Lindsay Lohan

Pastinya kes pencurian yang dilakukan Lindsay Lohan bukan perkara yang asing di telinga kita. Tahun 2011, dia disahkan menjalani hukuman undang-undang lantaran terbukti melakukan pencurian di salah satu kedai perhiasan. Kalung yang dicurinya bernilai US $ 2,500. Dan pada tahun 2012, dia kembali dituduh melakukan pencurian perhiasan di sebuah rumah mewah, namun tuduhan itu tidak terbukti.

2 Winona Ryder

Winona Ryder yang pada tahun 2001 ditangkap meninggalkan lokasi penggambaran SAKS Fifth Avenue dengan barang-barang yang dicuri bernilai lebih dari US $ 5,000. Semasa itu, dia mengaku sedang menjalani proses rawatan sehingga memerlukan banyak kos.

3 Miranda July

Dalam sebuah wawancara dengan New Yorker, pelakon dan juga pengarah Miranda July mendedahkan sebuah pengakuan mengejutkan. Semasa masih belajar kolej, ternyata dia sering melakukan pencurian semasa mengunjungi kedai.

4 Britney Spears

Dengan harta yang banyak dan kemasyhuran yang melekat dalam dirinya, seolah tidak ada yang kurang dalam diri Britney Spears. Namun tahun 2007-2008 memang bukan tahun yang baik untuknya. Dia mengalami kemurungan berat akibat pelbagai tekanan yang dia alami. Alhasil, dia bertingkah aneh dan tidak masuk akal layaknya orang gila. Suatu hari, dia meninggalkan stesen minyak dengan membawa pemetik api yang digunakannya untuk mengancam paparazzi. Dia mengaku telah mencuri sesuatu.

5 Peaches Geldof

Tidak hanya sekali dua kali Peaches Geldof dituduh meninggalkan kedai pakaian tanpa membayar barang yang dia beli. Peristiwa itu terjadi pada tahun 2008, namun dia tidak pernah terbukti bersalah.

View the original article here