Showing posts with label Rudaini. Show all posts
Showing posts with label Rudaini. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

SYUKUR!!! Rita Rudaini, Solat buat saya tenang



KEBIASAANNYA, persepsi negatif amat mudah dijadikan senjata untuk golongan wanita yang tidak bertudung litup, apatah lagi jika mereka dalam kalangan dunia selebriti yg penuh glamor.

Malah, ada segelintir pihak beranggapan, kehidupan selebriti tidak terurus dan sering mengabaikan suruhan Ilahi termasuk rukun Islam kedua.

Namun, pendedahan pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin, mengenai tiga selebriti ini amat mengejutkan ramai pihak apabila dia memberitahu ketiga-tiga pelakon berkenaan adalah selebriti yg sentiasa menjaga solat.

Mana tidaknya, tiga pelakon wanita berkenaan iaitu Rita Rudaini, Lana Nordin dan Rosnah Mat Aris, bukanlah di kalangan artis bertudung malah kehidupan mereka disusuli dengan kontroversi yg pelbagai.

Bertanya hal ini kepada pelakon cantik, Rita Rudaini, dia memberitahu bahawa tuntutan kerja tidak pernah melalaikannya untuk mendirikan solat walau di mana sahaja dia berada.










"Ramai yg fikir negatif pada artis yang tidak bertudung kononnya tak bagus dan tak jaga solat. Tapi, saya tak kisah apa pandangan orang. Kadang-kadang macam-macam komen dan pandangan hina yang saya dapat kerana tidak berhijab.

"Pada saya, Islam itu tidak susah, sesetengah orang bermula dengan perlahan-lahan untuk berubah. Kita sesama Islam kena bagi semangat, bukan mengutuk.

"Saya tenang dalam situasi ini dan sekarang pun saya dapat lihat perbezaan pada diri setelah jadi ibu iaitu tidak lagi berbaju ketat. Alhamdulillah, solat membuatkan saya tenang dalam mengharungi cabaran dunia dan membesarkan anak seorang diri di ibu kota ini," katanya yg mengakui banyak belajar daripada pengalaman.

Jangan ganggu emosi mereka!

Menurut ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 3, ini, walaupun bergelar ibu tunggal, namun dia mendekatkan anak-anak dengan didikan agama sejak kecil lagi.

"Saya ajar mereka solat dan mengaji sejak kecil agar bila dewasa, mereka boleh nilai mana yg baik dan tidak. Mereka adalah saham dan pencen saya di akhirat nanti.

"Saya mengharapkan dia mereka bila saya tiada nanti. Saya mahu menjadi seperti Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam soal mendidik anak-anak. Malah kini, saya bangga kerana mereka sudah dapat menghafal surah-surah pendek. Sejuk perut saya mengandungkan mereka," kata pelakon drama, Sehangat Asmara ini.

Tambah Rita, anak-anak sering mengikutnya solat bersama malah Arjuna sudah dilatih sejak usia dua tahun lagi. Paling membuatkan dirinya terharu, setiap kali tidur, Rayyan akan mendoakannya agar panjang umur.

"Saya terkejut kerana saya tidak pernah ajar dia lagi untuk mendoakan saya. Tapi, dia cakap dengan saya, 'Mummy, tolong ajar Rayyan doakan mummy tak tua dan panjang umur?'

"Jadi, setiap kali sebelum tidur, akan jadi rutin anak-anak baca Al Fatihah dan surah pendek serta doa. Ia membuatkan saya lagi sedih. Sejujurnya, saya susah hati kalau tak dapat jadikan mereka anak-anak yg baik," jelas bekas isteri pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan Razak, ini.

Mengakui bukan mudah untuk membesarkan anak-anak seorang diri, Rita meminta agar orang sekeliling tidak mengganggu emosi anaknya dengan pertanyaan yg bukan-bukan.

"Pernah sekali, anak-anak saya bercerita, ada kawan-kawan tanya ayah mana? Jadi, saya tanya dia jawab apa. Katanya, Rayyan ada mummy, mummy pergi 'shooting'.

"Saya sedih dengan manusia yang tidak tahu sensitiviti mereka sedangkan mereka masih kecil. Tolong jaga emosi budak-budak. Walaupun mereka tidak pernah tanya di mana ayah mereka, namun saya tidak pernah mengajar mereka perkara yang tidak baik.

"Jiwa mereka terlalu sensitif dan saya tahu ianya terlalu sukar untuk mereka hadapi kerana saya juga pernah berada di tempat mereka ketika usia dua tahun," katanya yg mengakui anak-anak tidak menggemari sukan bola sepak.








Bukan masa cari pengganti

Mengakui mungkin tiada ruang buat lelaki untuk memenuhi kekosongan di hati buat masa ini, Rita lebih mementingkan anak-anak daripada berbicara mengenai hati dan perasaan.

Katanya, tidak perlu memperkatakan mengenai lelaki lain, malah dengan bekas suaminya sendiri, anak-anak menunjukkan riak sebenar.

"Masa Aidil datang pun mereka tak boleh tengok Aidil borak dengan saya, tambah-tambah Rayyan. Dia akan buat perangai dan lari sambil hempas pintu. Susah nak pujuk.

"Sebenarnya, kami lebih bahagia bertiga dan mereka tidak boleh berenggang dengan saya. Masa tidur pun berhimpit-himpit berebut nak dekat. Untuk anak, saya sanggup tak kahwin lagi kerana saya lebih pentingkan kebahagiaan anak-anak dari diri sendiri," katanya lagi.

Ditanya mengenai kontroversi cinta bersama pelakon kacak, Remy Ishak, Rita memberitahu perkara itu langsung tidak mengganggu emosinya namun turut kesal di atas tuduhan itu.

"Ia boleh menjejaskan maruah saya sebagai seorang ibu bila orang tuduh saya macam-macam sedangkan saya bukan jenis wanita yg kejar lelaki.

"Siapa yg kenal saya akan tahu saya macam mana. Saya susah nak suka orang tapi kalau dah suka dan jatuh cinta, saya akan setia," katanya mengakhiri perbualan.

 


View the original article here

Tuesday, 14 October 2014

Rita Rudaini Report Polis Diugut Bunuh

Kerana Mesej Aidil,

Kerana gambar yang dimuatnaik oleh Aidil tentang SMS dan juga resit bank in wang kepada Rita Rudaini, pelakon wanita ini diugut bunuh oleh seorang peminat Aidil Zafuan.

Peminat itu mencadangan Aidil untuk mencari pembunuh upahan dan membunuh Rita Rudaini. Rita telahpun membuat laporan polis di Jalan Tun Razak.

Ini komen Rita Rudaini:

“Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.

"Jadi saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,”

“Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil.

Selain itu, Rita Rudaini juga ada mendedahkan sebenarnya dia membalas mesej dari Aidil Zafuan namun kerana tiada kesungguhan dari Aidil dan sering memberi janji palsu kepada anak-anak menyebabkan Rita sudah bosan dengan mesej-mesej itu.

Ini kata Rita lagi:

 “Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?” 

 “Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej ‘jangan gatal’ seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil. 

 “Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya,”

Nampaknya masih tiada kesudahan pergaduhan mereka berdua ini. Dibawah merupakan antara mesej dari Rita Rudaini pula. (mStar)

SMS Rita Kepada Aidil

View the original article here

Monday, 13 October 2014

GOSIP Aidil Zafuan Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini

Isu yg terjadi di antara pelakon, Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil masih lagi hangat diperkatakan walaupun sudah lama.

Jika sebelum ini kita asyik mendengar cerita di sebelah Rita, kini kami bawakan cerita di sebelah Aidil pula.



Aidil baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar di Instagram beliau bertujuan menceritakan cerita sebenar di sebelahnya pula.

Gambar-gambar yg dimuat naik oleh Aidil merupakan bukti pemindahan duit kepada akaun Rita, mesej-mesej yg dihantarnya kepada Rita untuk menanyakan soal anak-anaknya dan juga keratan akhbar yg mana Rita telah menuduhnya.






Mesej yg dihantar oleh Aidil kepada Rita Rudaini.

Tak tahulah belah mana yg benar sekarang ni. Tapi yang kami tahu, Tuhan itu maha mengetahui. Siapa yg tabur fitnah keatas siapa, jawablah kat akhirat nanti

 


View the original article here

Aidil dedah SMS, bukti Rita Rudaini menipu

Menerusi laman sosial Instagram Aidil Zafuan, pemain bola sepak ini telah mendedahkan gambar bukti SMS berkaitan tentang anak-anaknya bahawa Rita Rudaini tidak pernah membalas SMS setiap kali Aidil bertanya khabar tentang anak-anak mereka.
Tindakan tersebut seolah-olah menunjukan Aidil Zafuan telah hilang sabar dengan perangai Rita Rudaini yang sering menipu dan menuduhnya mengabaikan anak-anak mereka.

Ini komen Aidil Zafuan:

Dgn manusia kau blh tipu tapi dgn tuhan jawab di akhirat nanti.tak pernah mintak konon selame ni aku diam kau pijak kepale aku 

Selame ni aku diam.bgi tau org aku langsung tak igt anak2 tapi aku msg sekali pon kau tak jwb..ni bukti dia.kadang2 aku perlu pertahan diri.dulu aku blh diam skrg jgn sekali kau pijak aku 

Ni bln ni punya duit anak2.yg lain2 tak perlu nak tunjuk coz sy dah bukti kan di makamah.sy tak pernah abai kan nafkah anak2 sy.hari ni sy btl2 hilang sabar.dulu aku diam tak bermakna aku kalah 

Selain gambar printscreen SMS, Aidil juga memuat naik gambar transaksi nafkah bulanan untuk anaknya yang berjumlah RM2000. 
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kata Rita Rudaini pula tentang perkara ini. Diharapkan Rita dan Aidil dapat menyelasaikan masalah mereka secara aman. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.




View the original article here

Saturday, 11 October 2014

MACAM -MACAM Akhirnya Rita Rudaini Minta Maaf Pada Dato Terlajak Laris

Baru-baru ini, kenyataan ‘pondan’ yg dikeluarkan oleh Rita sedikit sebanyak telah mengguris hati Dato’ Aliff Syukri. Jadi, Dato’ Aliff telah memohon agar dirinya tidak dilibatkan lagi dalam pergaduhan antara Rita dan orang ketiga di dalam akaun Instagram beliau.



Rita Rudaini buat keputusan untuk tampil dan memohon maaf dengan sejujurnya sekiranya kenyataan ‘pondan’ tersebut telah membuatkan Dato’ Aliff berkecil hati. Kata Rita:-


Sebenarnya saya dan Datuk Aliff sendiri pernah bekerjasama dalam urusniaga suatu ketika dahulu. Secara jujurnya saya kenal dia, tetapi apa yg berlaku tempoh hari bukan seperti apa yg difikirkan orang.

Saya hanya menjelaskan keadaan sebenar yg keluar dari mulut 'seseorang', tetapi mungkin secara tidak sengaja luahan saya itu mengguris hati Datuk Aliff. Memang saya tidak ada niat lain, kalau ada silap di pihak saya, saya minta maaf dengan sejujurnya.

Walaupun kami pernah menjalankan urusniaga suatu ketika dahulu tetapi saya memang tidak ada nombor telefon peribadi Datuk Aliff.

Tetapi saya tidak kisah jika Datuk mahu saya berjumpa dengan dia untuk menjelaskan keadaan sebenar dan seterusnya minta maaf jika benar-benar dia terguris dengan tindakan saya tempoh hari. Saya sedia berjumpa.



Agaknya, adakah Rita akan dimaafkan atau tidak? Bukan apa, industri hiburan ini kecil. Nanti akan berjumpa juga kan.

Apapun, kami tabik hormatlah dengan tindakan Rita yg berani meminta maaf secara terbuka ini. Harapnya, selesailah perkara ini daripada terus menjadi kontroversi negatif.

 


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Tiada Persefahaman Punca Rita Rudaini Bubar Syarikat Kosmetik


Rita akan ambil tindakan jika produk tersebut terus dijual selepas tarikh 1 Oktober 2014.

Pelakon Rita Rudaini mengesahkan dia telah membubarkan syarikat RS Cosmetik And Health Care (RSCHC) yang ditubuhkan bersama rakan karibnya iaitu Siti Saleha Idris sejak setahun lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, tindakan disebabkan kedua-dua mereka gagal untuk bekerjasama kerana tidak mempunyai keserasian dalam menjalankan perniagaan kosmetik tersebut.






"Dalam bidang perniagaan atau apa-apa sahaja kalau tiada keserasian memang tidak boleh buat apa-apa seperti dalam perkahwinan pun kalau tidak serasi tidak boleh kekal lama.

"Bagaimanapun selepas ini saya akan dapatkan nasihat daripada peguam saya dulu untuk lebih serius menjalankan bidang peniagaan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Rita berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman yang dibuatnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi Rabu bahawa sudah menghentikan pengeluaran produk di bawah nama syarikat tersebut.


Rita pernah melancarkan produk kosmetik keluaran syarikat RSCHC bersama rakan kongsinya Siti Saleha.

Dalam pada itu, Rita turut tidak membenarkan pihak ejen yang dilantik sebelum ini mengedar dan menjual produk keluaran syarikat itu berkuatkuasa pada Rabu.

Rita berkata, dia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang berlaku akibat penjualan produk tersebut selepas tarikh tersebut.

Malah, sebarang produk yang dikeluarkan atas nama syarikat itu dengan menggunakan namanya akan diambil tindakan undang-undang.

"Syarikat itu sudah bubar, jadi sebarang produk yang dikeluarkan atau diedarkan daripada tarikh yang berkuat kuasa hari ini dengan menggunakan nama saya, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang," jelasnya.

Dia bagaimanapun, menolak pembubaran dan penghentian operasi produk adalah disebabkan tiada kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rita pernah melancarkan produk kosmetik serta memperkenalkan rakan kongsi perniagaanya itu pada 22 September 2013.




Antara produk dibawah syarikat RSCHC ialah RS Collagen, RS Magic Slym, Magic Masker RS dan RS Magic White.

Sementara itu, Rita berkata, dia hanya ada dua produk sahaja iaitu rudainibeaute skincare dan luvmycoffee yang dikeluarkan di bawah syarikat milik keluarganya Bfabulousgalleria dan LMCC Empire Sdn Bhd.

"Saya kini hanya bertanggungjawab terhadap dua produk sahaja iaitu rudainibeaute skincare dan luvmycoffee di bawah syarikat keluarga sendiri," ujarnya.

View the original article here

Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan RM50,000 Sebulan



Sebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai melampau dan Aidil Zafuan sendiri dalam satu kenyataan berkata ianya sebagai mengarut.

Terbaru, Rita Rudaini mendedahkan yang bekas suaminya itu menerima pendapatan bulanan atau gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan sebenarnya mampu untuk membayar tunggakan nafkah seperti mana yang dituntut pihaknya.






“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”

“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” katanya.

Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan gagal membayar sebarang nafkah bermula Januari 2012 sehingga Ogos tahun lalu di mana mereka bercerai dan sepanjang tempoh 20 bulan itu tiada seorang wakil pun dihantar untuk memberikan nafkah.



View the original article here

Monday, 1 September 2014

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan | Rita Rudaini kecewa apabila masih terdapat beberapa pihak dilihat cuba membandingkan dirinya dengan Zarema isteri kepada bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Rita yang kini gigih menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selain menjalankan perniagaan sendiri memuatnaik satu foto serta meluahkan rasa hatinya kepada peminatnya.


"Kenapakah sy masih lg di kaitkan dan di bandingkan? get ur life..ALLAH lindungi lah sy"

Rita Rudaini Kecewa Dirinya Di Bandingkan

Berikutan itu, ramai peminat memberikan kata sokongan kepada beliau serta mahu Rita teruskan kehidupan dengan lebih cekal.

Menjadi seorang selebriti ditambah pula dengan status ibu tunggal nampaknya memberikan beribu cabaran buat Rita Rudaini. Semoga beliau tabah dan berjaya mengatasi masaalah yang melanda hidupnya.

sumber 
http://instagram.com/ritrud727

View the original article here

Rita Rudaini Dedah Perangai Buruk Pusat Taska

Rita Rudaini Dedah Perangai Buruk Pusat Taska | Rita Rudaini beberapa hari lalu menerusi Instagramnya mendedahkan perangai buruk seorang (mungkin kerani) di pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Kota Damansara.

Rita Rudaini Dedah Perangai Buruk Pusat Taska

Menurut Rita, awalnya dia hanya mahu meninjau khabar pusat tersebut menerusi panggilan telefon. Namun dia berasa terkilan apabila penyambut telefon tersebut bersikap kasar dan tidak beradab kepadanya.

Rita Rudaini Dedah Perangai Buruk Pusat Taska

Tulis Rita dilaman Instanya,

"Baru kol #realkidskotadamansara utk saje2 nk servey..yg angkat fon nya MELAYU..SO RUDE!!! Ckp m nak xnak n bila kita kata 'sori,i xdgr..dia jwb 'o xdgr ek? (Nada perli n kasar) ..MCM MANA LAA DORG NI NK JAGA ANK2 KITA KT SEK EK?? NTAH2 DI TENGKING NYA ANK2 KITA..budak2 kn perangai mcm2..kita yg kol ckp elok2 pon dia jwb dgn kasar n xde adab..TERUS PANGKAH XXXX!!! Takut nk antar ank kt situ..xtau la di layan ank kita mcm mana..klau ikut hati mmg nk letak je nama PPN MELAYU ni kt sini!"

Dalam pada itu, ramai peminat Rita Rudaini memberikan maklum balas tempat tadika yang mereka rasa baik serta selamat untuk anak-anak mereka.


Apapun, sememangnya sikap dan perangai pekerja sesebuah taska amat penting untuk ibu bapa lihat kerana mereka yang akan mendidik dan mengajar anak-anak yang dihantar. Tak begitu?

Rita Rudaini Dedah Perangai Buruk Pusat Taska

-Bila dah guna font besau tu...nampak sangatla marahnya ehhh..

sumber
http://instagram.com/ritrud727



View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000



PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.






Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.




Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Rita Rudaini Tuntut Mutaah RM300,000 Daripada Bekas Suami


Pelakon Rita Rudaini menuntut bayaran mutaah berjumlah RM300,000 daripada bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Dalam sebutan kali pertama kes itu hari ini, Rita, 38, hadir ditemani peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakilinya, namun Mohd. Aidil Zafuan gagal hadir.

Kes itu disebut di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd. Zahrullail di kamar hakim.

Beliau kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar memfailkan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.

Tuntutan mutaah iaitu pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi berkata, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada Mohd. Aidil Zafuan untuk hadir pada sebutan kes hari ini.

Walau bagaimanapun, ketua pasukan Harimau Malaya itu tidak hadir tanpa memberi sebarang alasan kepada mahkamah.

Difahamkan dia masih belum melantik peguam bagi kes berkenaan.

Mohd. Zaidi berkata, Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga gagal hadir pada proses sulh (perbincangan secara baik) yang telah ditetapkan mahkamah pada 14 Ogos lalu.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 lalu di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Keputusan kes itu akan didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari dekat sini

View the original article here