Showing posts with label Ulama. Show all posts
Showing posts with label Ulama. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

LAGI OSU!!! Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor




Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.



Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yg dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.



"Jangan cuba mencipta budaya yg bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.



"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yg bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yg kering tanpa darurat.



Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yg jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.



Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yg bercanggah dengan mazhab Shafie.



Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.



"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yg lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yg kini bekerja dengan sebuah NGO.



Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.



"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yg dicipta Allah yg memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yg sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.



"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yg kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.



Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yg hadir pada majlis itu yg dihadiri lebih 1,000 orang.



Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.



"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yg cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

View the original article here

Friday, 10 October 2014

BUAT HAL Bayi Tabung Uji: Julia Perez Minta Ulama Bertenang



JAKARTA – Selebriti seksi dan sensasi Julia Perez tetap nekad mendapatkan anak melalui proses tabung uji dan tanpa pernikahan walaupun cadangannya itu ditentang keras Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Kata penyanyi berusia 34 tahun itu, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas rancangan hamil melalui proses persenyawaan di luar rahim itu.

Justeru, kata Julia, MUI dan orang ramai diminta bertenang.

“MUI harap bertenang, orang ramai juga diminta bertenang. Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa saya bertanggungjawab penuh atas sebarang kesan daripada keputusan ini,” katanya.

Julia kini sedang solo selepas berpisah dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina dan kini mewakili kelab Pelita Bandung Raya, Gaston Castano, 29.

Disebabkan mengidam memiliki anak, Julia dilaporkan menyimpan benihnya di sebuah hospital di Pulau Pinang dan menunggu masa disenyawakan dengan sprema penderma yg tidak didedahkan identitinya.

Kata Julia, orang ramai perlu sedar bahawa dia berada di negara yg memiliki undang-undang.

“Saya pula muslimah yg belajar undang-undang. Jadi, semua pihak dinasihat bertenang,” katanya.

Menurut Julia, cadangan mendapatkan anak melalui tabung uji dibuat selepas mendapat nasihat doktor pakar.

“Rahim saya sukar mendapat anak selepas berusia 30 tahun. Justeru kata doktor saya harus hamil sekarang,” katanya.

Julia dijadual berangkat ke Pulau Pinang esok (9 Oktober).

View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Ulama Arab Saudi Haramkan Lelaki dan Wanita Chatting Online

type='html'>
imej

RIYADH - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menyatakan bahawa perbualan secara online antara lelaki dan wanita adalah haram kerana boleh mencetuskan perbuatan dosa. 

Seperti dikhabarkan harian terbitan Saudi, Al-Eqitisadiya, Kamis (29/5/2014), Sheikh Abdullah al-Mutlaq, anggota Jawatankuasa Ulama Senior Arab Saudi, berkata sembang dalam talian melalui jejaring sosial meletakkan lelaki dan wanita dalam sebuah bilik persendirian yang menurutnya adalah terlarang . 

Sheikh al-Mutlaq, dalam wawancara dengan sebuah stesen radio tempatan, memberi amaran bahawa syaitan akan hadir saat perempuan berbicara dengan seorang lelaki. 

Sehingga, Sheikh al-Mutlak melarang para perempuan bercakap sendirian dengan seorang lelaki, meski tujuan perbincangan itu adalah untuk meminta petunjuk dan nasihat. 

Kenyataan Sheikh al-Mutlaq ini mengundang reaksi pelbagai pengguna media sosial di Arab Saudi. 

Sebahagian warga Saudi menyokong namun tak sedikit yang mengecam fatwa Sheikh al-Mutlaq ini.

tribunnews.com

View the original article here