Showing posts with label Bersara. Show all posts
Showing posts with label Bersara. Show all posts

Friday, 3 October 2014

Syamsul Yusof, Saya Tidak Pernah Cakap Nak Bersara


Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam bergandingan dalam siri Gerak Khas musim terbaharu.

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menafikan dia mahu bersara daripada terus menghasilkan filem baharu gara-gara karya arahannya iaitu KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum ia ditayangkan pada Oktober tahun lalu.

Syamsul, 30, berkata, sepanjang dia berdiam diri hampir setahun, lalu dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk berbuat demikian dan ia cuma andaian sesetengah pihak.






"Saya sebenarnya agak keliru apabila saya dikatakan merajuk dan enggan lagi menjadi pengarah kerana saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


Syamsul kembali bersemangat untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah.

"Itu hanya presepsi orang lain dan bukannya datang daripada mulut saya sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut sikapnya yang mengambil langkah berdiam diri sebelum ini, Syamsul berkata, dia memerlukan waktu untuk memulihkan semangatnya ekoran kejadian itu kerana ia bukan isu ringan untuk terus dilupakan begitu sahaja.

Bagaimanapun kata Syamsul, sokongan dan dorongan daripada isteri iaitu Puteri Sarah Liyana selain kedua ibu bapanya banyak membantu untuk dia bangkit semula memperjuangkan cintanya terhadap dunia perfileman.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, selepas sambutan Hari Raya Aidiladha, dia bakal kembali ke set penggambaran sebagai pengarah filem Munafik dan Tailong yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Tambahnya lagi, sebelum kembali mengarah dia bakal membintangi sebuah filem arahan adiknya sendiri, Syafiq Yusof dan mengakui teruja untuk bekerjasama dengan pengarah muda itu.

"Alhamdulillah jadual saya kembali padat dengan pelbagai aktiviti lakonan dan pengarahan. Paling saya teruja adalah untuk berlakon dibawah arahan adik saya sendiri.


Syamsul bakal kembali mengarahkan dua filem terbaharunya.


"Harapan saya semua peminat dan penyokong filem tempatan mendoakan saya dalam hasrat ingin memajukan industri perfileman pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Syamsul yang bakal muncul dalam Gerak Khas musim terbaharu berkata, dia mempunyai misi tersendiri dalam membawa siri popular itu ke tahap lebih tinggi agar lebih segar dan terkini.

Jelasnya lagi, selain berlakon dia juga bertindak sebagai pengarah bersama drama itu dan berjanji akan meneruskan legasi siri itu yang sudah bertahan selama 13 tahun.

"Sebelum ini sudah banyak kali bapa minta saya berlakon dalam Gerak Khas namun pada masa itu saya sibuk dengan perkara lain selain tidak yakin mampu membawakan watak sebagai anggota polis dengan baik.

"Alhamdulillah akhirnya dapat saya bekerjasama dengan bapa saya dalam drama bersiri itu dan kebetulan pula saya menyertai keluarga Gerak Khas pada usia 30 tahun sama seperti bapa saya dahulu," ujarnya.

Jelas Syamsul lagi, selepas menjalani penggambaran beberapa episod musim terbaharu siri itu, dia semakin selesa memegang watak sebagai Superitendan Jefri.

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia dan Puteri Sarah kini berjinak-jinak dalam dunia fesyen dengan mengeluarkan label mereka sendiri iaitu Shara yang mengkususkan kepada pakaian jenis Abaya.

Jelas Syamsul, mereka berdua turut mereka sendiri pakaian berkenaan dan telah pun mengeluarkan enam rekaan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Alhamdulillah kami berdua dapat bekerjasama untuk mengeluarkan jenama pakaian kami sendiri dan seronok dapat sama-sama mengeluarkan idea dan rekaan untuk Shara.

"Setakat ini peminat yang ingin mendapatkan Abaya keluaran kami boleh buka Instagram dan Twitter kami untuk melihat rekaan dan membuat tempahan," katanya.

Tambah Syamsul, perancangan jangka panjang dia dan isterinya akan mengeluarkan Abaya untuk lelaki dengan rekaan yang lebih dinamik dan pelbagai.



View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Aamir Khan bersara



AAMIR KHAN mengumumkan, filem Delhi Belly bakal menjadi naskhah terakhir lakonannya untuk layar perak.

SETELAH 30 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan, akhirnya aktor tersohor Bollywood, Aamir Khan mengambil keputusan untuk mengundur diri sepenuhnya daripada bidang lakonan.

Keputusan tersebut ternyata mengejutkan para peminatnya apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dengan alasan bahawa orang ramai kini tidak mahu melihat filem lakonannya lagi.






Dia yang mengakui dirinya tidak lagi sehebat dahulu berkata, orang ramai kini tidak lagi menonton dirinya dalam filem tetapi lebih menumpukan perhatian terhadap lakonan pelakon yang lebih muda.

"Baru-baru ini kami telah melancarkan sebuah filem berjudul PK dan pada waktu tersebut kebanyakan wartawan menemu bual pelakon lain dan bukan saya, padahal saya yang memegang watak utama dalam filem tersebut.




"Disebabkan hal itu, saya sedar kini diri ini tidaklah sehebat dan terkenal berbanding dahulu. Justeru, saya mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan," ujarnya yang membuat pengumuman tersebut dalam program televisyen, Satyamev Jayate.

Biarpun begitu, Aamir yang popular menerusi filem Three idiots itu memberitahu dia kini sibuk dengan penggambaran untuk filem terakhir lakonannya yang berjudul Delhi Belly.

View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Jamal Abdillah Mahu Bersara Pada Usia 60 Tahun

Penyanyi Pop, Datuk Jamal Abdillah, 54, berhasrat untuk bersara daripada industri seni pada usia 60 tahun kerana terlalu letih setelah lebih 30 tahun bergelar penyanyi.



“Saya sekarang sedang memperlahankan persembahan seperti minggu setiausaha dan korporat. Tetapi, saya akan tetap akan keluarkan album sehingga saya betul-betul bersara.

“Saya sudah letih nak fikirkan konsep, baju dan persembahan sebab itu mengambil keputusan untuk mempertimbangkan persaraan saya,” katanya yang ditemui selepas persembahan Minggu Setiausaha Antarabangsa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengumuman hasratnya itu mengejutkan peminat yang hadir pada majlis itu. –BH Online