Showing posts with label selamatkan. Show all posts
Showing posts with label selamatkan. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

BERITA!!! Suami Ditetak Bertalu-talu Cuba Selamatkan Isteri



Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.

Mangsa yg hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.

Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.

“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

“Penjenayah itu yg seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yg diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yg membonceng motosikal berkenaan.

“Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.

Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.

“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yg sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Raja Azmi berusaha selamatkan perkahwinan



BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang melanda penerbit filem yang sering diselubungi kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Siapa sangka mahligai kedua yang dibina atas dasar cinta bersama pemain bass band CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, pada 13 Oktober 2013 itu kini dilanda badai.

Raja Azmi sewaktu dihubungi enggan menjelaskan punca keretakan rumah tangganya itu. Dalam nada sedih, penerbit yang berusia 55 tahun itu, tidak berselindung, mereka kini sudah sebulan tidak tinggal sebumbung.






“Masalah sudah berlaku selama sebulan dan dalam tempoh itu kami telah tinggal secara berasingan. Bukan untuk lari daripada masalah tetapi kami memerlukan ruang untuk berfikir tentang masa depan rumah tangga kami.

“Saya tidak akan berkongsi punca masalah rumah tangga kami. Biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu. Banyak hati yang harus dijaga, saya bimbang jika saya berkata lebih akan mengguris hati banyak pihak,” kata Raja Azmi mohon difahami.

Kesedihan hati Raja Azmi jelas terpancar menerusi nada suaranya yang tidak ceria seperti selalu. Terangnya, tiada perkataan yang boleh menggambarkan gundah hatinya ketika ini.

“Jujur saya tidak tahu bagaimana mahu menerangkan dengan perkataan tepat tentang keadaan saya ketika ini. Memang saya sedih, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta menghadapi masalah.

“Semua orang berkahwin kerana ingin bahagia, sama juga seperti saya. Namun, apa daya saya apabila dugaan datang dalam keadaan saya tidak bersedia untuk menghadapinya,” ujarnya.

Terang penerbit filem ...Dalam Botol itu, beliau kini sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dan belum membawa masalah rumah tangga mereka ke peringkat mahkamah syariah lagi.

“Buat masa sekarang kami berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga dan belum terfikir untuk ke mahkamah syariah lagi.

“Jika boleh, saya mahu rumah tangga kami pulih seperti biasa tetapi saya bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang ditulis oleh Allah untuk saya,” terangnya tentang perkahwinan yang dibina sejak 11 bulan yang lalu.

Dalam pada itu, Raja Azmi yang lantang bersuara dalam segala isu itu sudah terbiasa dilanda kontroversi. Hatinya cukup kental dan tidak kisah dengan risiko yang dihadapinya selepas mengeluarkan sebarang kenyataan.


SUDAH sebulan tidak tinggal sebumbung, Raja Azmi masih mahu menyelamatkan hubungan rumah tangganya bersama Eddie.

Bagaimanapun kali ini amat berbeza. Raja Azmi tidak lantang seperti selalu. Nada suaranya juga suram, malah, beliau juga gagal menyusun ayat untuk memberi jawapan yang terbaik tanda tekanan yang amat besar sedang dihadapinya.

“Memang saya sudah biasa dengan kontroversi. Saya tidak kisah orang mahu berkata apa sahaja tentang saya kerana sebelum ini kontroversi hanya melibatkan saya seorang sahaja.

“Namun, kali ini berbeza kerana membabitkan rumah tangga dan keluarga saya. Memang saya akui, dalam banyak kontroversi yang melanda, masalah rumah tangga ini memberikan tekanan paling besar buat saya.

“Saya minta maaf andai saya tidak dapat memberi kerjasama kepada pihak media yang cuba menghubungi saya. Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat saya dan Eddie,” luahnya.




Raja Azmi dan Eddie berkenalan pada Februari tahun lalu ketika menonton persembahan band NRG. Sejak itu, mereka menjalinkan hubungan cinta dan bertunang pada 15 Julai tahun yang sama.

Hubungan Raja Azmi dan Eddie bukan sahaja direstui oleh keluarga, malah bekas suaminya, Mohd. Jalani Sidek turut hadir ke majlis perkahwinan gilang gemilang yang berlangsung pada 13 Oktober tahun lalu di Laman Beringin, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Eddie merupakan suami keduanya. Sebelum itu, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga selama 27 tahun bersama pemain badminton negara, Mohd. Jalani Sidek.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20 dan bercerai pada 27 Jun 2012. Eddie mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Daniel, 22, dan Effy, 20.

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Lelaki selamatkan bayi jatuh tingkat dua

type='html'>

Li dibantu seorang lelaki cuba menangkap bayi yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Guangdong, China, barubaru ini. - AGENSI

GUANGDONG 25 Mei - Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.

Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.

Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.

?Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.

?Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.

Utusan

View the original article here